Disember 28, 2014

Vitalynd.com Sudah berdaftar dengan SSM

by , in

Alhamdulliah.


ssm-logo


Kedai Maya Vitalynd.Com sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diatas nama Relynd Enterprise.



Logo RelyndSA0315069-V


Alhamdulillah. Selangkah lagi langkah saya dalam menunjukkan komitmen yang saya serius dalam bisness.


Proses untuk membuka akaun syarikat Relynd Enterprise masih dalam proses kelulusan bank. Diharap semuanya berjalan lancar.


Nantik bila sudah complete semua saya update cara-caranya ya. Harap perkongsian saya dapat membantu rakan-rakan yang lain.


Terima kasih.


Disember 18, 2014

Produk Shaklee Murah

by , in

Assalamualaikum Cantek..


Percayalah produk Shaklee ni murah.


Beberapa hari lepas kami buat kelas "alam maya" tajuk malam tu Kebaikan Vitamin C. Salah 1 kebaikan group bisness Shaklee Vitalynd Empire dibawah group exclusive Jutawan, sesi tambah ilmu atau meeting hanya dilakukan menggunakan teknologi ikut peredaran zaman.


Sebab tu bisness ni memang sesuai u semua sebab tak perlukan masa dan kena keluar rumah. Tapi hati-hati pilih group ye takut nanti terdaftar bawah group tak aktif nanti tak bergerak jugak bisness kita.


Ehhhh.. ke laut pulak.


Back to topic Shaklee produk murah.


Ada sorang SID ni share kesan kebaikan Vitamin C selepas 1 tahun ambil secara konsisten.


Disebalik kisah-kisah kebaikan Vitamin C Shaklee saya macam tertarik dengan statement " Dah licin 2 botol maksudnya dah setahun lah consume SR Vitamin C"


Aihhhhh... setahun 2 botol je?


Macam tak logik.


Screenshot_2014-12-17-09-39-36


Jom kira..


1 botol SR Vitamin C = 180 tablet.


Kalau untuk imunisasi kita suggest 1 tablet sehari.


1 botol = 180 hari


180 hari = 6 bulan


6 bulan x 2 botol = 1 tahun.


Betul la...


Patut la rasa macam tak ingat bila last saya bukak botol baru SR Vit C tu.


Sooo.. memang terbukti lah Shaklee produk murah.


Sooooo.. semua ada peluang boleh jadi Si Cantekssss..

Disember 14, 2014

My Passion 2015

by , in
Assalamualaikum Canteks dan Sihat

December 2014 sudah.

Ada yang tengah review what happened during last 2014.

Dan ada yang tengah merancang for the next 2015.

Saya..

Impian Sentiasa Besar.

Walaupun yang diinginkan belum tercapai tapi setiap apa yang kita jalani mesti kita ada belajar sesuatu.

So what will be my passion for 2015?


Business


Of course with Shaklee will be the first. Because of what?

With Shaklee you not only learn how to sell. It's more than that.

Belajar untuk gaya hidup lebih sihat tubuh badan dan rohani, kemudian kongsi dan rezeki / sale akan menyusul. It's all about healthy life ever after.

Waahhh.. walau apa pun cubaan bisness lain yang kita cuba buat dengan Shaklee we never be alone. Lagi-lagi untuk baru yang nak berjinak-jinak dengan bisness.

Cuba kita buka bisness lain, kedai makan ke, hardware ke bengkel ke, dalam 100 nak jumpa 1 orang yang sudi tunjuk ajak step by step tu memang susah.

Dengan Shaklee you learn a lot of things but it will usefull for others bisness also.



Beauty


Wah..wah..wah.. dah masuk 3 series dan beranak 3 baru nak fikir pasal kecantikan Cik Lynd?

Krisis wanita pertengahan usia. Tapi trust me, if you feel healthy you will fill beautiful.

Dah rajin fikir pasal bedak yang sesuai, camner nak putar belitkan shawl.

Semangat wajar nak canteksss dan sihat.


Organise

Nak kembali aktif menguruskan kehidupan. Bukan sekadar follow the flow.

Nak merajin-rajin update kat www.rumahkuhidupkuterurus.blogspot.com

Organise rumah, financial dan life.

Yeahh.. yeah.. semangat Cik Lynd.



Disember 13, 2014

Cara Menguruskan Rumah Tangga

by , in

Assalamualaikum Canteksss..


Tajuk tak beringat.


Tapi apa salahnya yang baik dikongsi.


Saya memang agak suka bab-bab organising ni sebab life saya selalu tunggang langgang because of tak tau nak buat keje yang mana dulu.


Pernah jadi tak bila kita tengah lipat baju, perasan ada baju yang memang anak kita dah tak bleh pakai, then kita bangun dan gi cari kotak untuk letak baju lama.


Jumpa kotak ada berisi barang lain, kuarkan dulu barang lain tu, masukkan baju anak-anak then teringat yang baju kita pun ada dah tak bleh pakai, selongkar almari gi cari baju kita pulak. Habis 1 jam disitu.


Then bila ditoleh, lipat baju terbengkalai, barang lama dalam kotak tadi tak tempat plak.


Sudahnya?


Mak stress.


So memandangkan rumah sekarang memang agak tak terurus, then laptop kat rumah pun rosak so tak bleh nak uruskan hal bisness dengan lancar so saya nekad untuk menyelesaikan urusan rumah tanpa gangguan.


Tips nak menguruskan urusan rumah dengan lancar :




1. Buat To Do List


Supaya kita sedar bertapa banyaknya kerja yang perlu dibuat dan susun ikut priority. No-no-no masukkan urusan lain yang tiada dalam senarai.




2. Stay away from smartphone - loptop - TV


Ni pengacau ni. Niat hati nak scroll newsfeed laju-laju, sekali tersadai berejam. Aduih ni memang pengacau.




3. Kenyang perut suka hati.


Tolong selesaikan urusan perut sendiri dan anak-anak dulu. Baru je mula lap-lap dapur sekali anak request fries, keropok, nugget, telur hancur. Hais.. boleh buat lepas tu rajin nak ngelap lagi sekali. Lagi bagus request siap-siap dengan family nak ishtihar hari gantung kuali barang sehari 2.




4.Sediakan keperluan sebelum memulakan tugas.


Alaaa... sabun habis.. ala.. berus dah rosak.. alaaa.. penyapu bengkok. Haissss macam-macam pulak yang takder.




5. Enjoyyyyyyyy.


Don't be so stress. Kalau tengah vakum lantai tu ajak anak menari sekali. Kalau Kaseh n Awatif suka bertenggek atas vaccum. Jangan stress senyum sambil suruh dorang kutip mainan dorang yang besepah tak kira masa tu.


Dan ini To-Do-List saya untuk weekend ni.


Todolist


Wish me luck canteksss semua..


Jom menari sambil mop lantai..


Have a nice weekend.

Disember 13, 2014

Kenapa Jerawat Tumbuh dan Punca Jerawat di muka

by , in

Assalamualaikum Canteks..


Jerawat-jerawat jerawat


Like a never ending story to the me.


Saya terfikir kenapa jerawat tumbuh


Apa punca jerawat di muka


Tapi akibat dari krisis wanita usia perterngahan ini, nampaknya memang semangat nak fight with "jurawat" (Anak saya yang sebut)


Tambahan lagi kalau siapa dah baca entry saya sebelum ni tahu kenapa semangat membara sangat nak bercanteks sangat ni.


Kisah Saya Melawan Jerawat


Dalam dok study or search kat youtube pasal Routine Skin Care For Acne terjumpa satu video menarik ni.



Sebenarnya lokasi tempat jerawat tumbuh adalah petunjuk kepada masalah pada badan kita.




Jerawat



Macam saya jerawat banyak di sekitar mulut dan pipi.


Means saya ada masalah penghadaman dan mungkin pernafasan / udara.


Wahhhh.. sekarang saya fokus nak menyediakan persekitaran sihat untuk penghadaman saya.


Jerawat kawan-kawan kat mana?


November 13, 2014

Kembalikan Senyuman Ibu Hamil

by , in

images


Alhamdulillah.


Akhirnya diberi kekuatan untuk kembali bertugas.


Maafkan mama sayang, menyalahkan "pembawakan budak" atas kelesuan or mood swing 2-3 menjak ni. Besar dosa mama bila meletakkan kamu sebagai sebab.


Yup. Memang mood swing. Badan lesu or malas untuk buat apa sahaja. Sekadar meneruskan rutin harian. Ambil supplemen, menguruskan bisnes dan pergi kerja semuanya tunggang langgang.


Alasan?


Alahan.


Pembawakan budak.


Tapi alhamdulillah, saya dikelilingi orang-orang yang positif dan tidak jemu-jemu memberi semangat. Itulah kelebihan enviroment bisness yang saya ceburi ni. Bukan bercakap mengenai RM sahaja. Tetapi sokongan yang tak pernah jemu.


Sooooo.. untuk membuat come back sebagai supermama, saya perlu mempunyai badan yang sihat dan bertenaga. Dan surprising, dengan 1 tablet selepas sarapan sehari membuatkan saya semakin tegap berjalan. Bukan angkuh.. tapi bertenaga.


Serius, B-Complex bukanlah favourite supplemen saya sebab sebelum hamil boleh dikatakan "kurang" kepentingan.




Kepentingan B-Complex


B-Complex Shaklee mengandungi Asid Folic yang memang dikatahui ramai penting untuk ibu hamil. Kandungan lain B-Complex Shaklee adalah :


Vitamin B1 (thiamine)


Membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.


Menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga


Mengelakkan diabetes


Vitamin B2 (riboflavin)


Menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat


Menguatkan fungsi otak


Vitamin B3 (niasin)


Memberi tenaga, mengelakkan kelesuan


Mengurangkan perasaan stress dan tertekan


Memberi ketenangan


Vitamin B5 (pathotenic acid)


Mengelakkan kekejangan otot


Vitamin B6 (pyriodoxine)


Membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia


Memberi tenaga


Menghilangkan rasa lesu


Vitamin B9 (folic acid)


Penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan


Mengurangkan risiko spina bifida pada bayi


Menjaga fungsi saraf


Mengelakkan kurang darah


Vitamin B12 (cyanocobalamin)


Mencegah anemia


Menjaga kesihatan kulit


Mencegah kelesuan



b-complex


Langkah pertama kebangkitan saya adalah B-Complex.


Hari ni hari ke 4 saya ambil secara konsiten dan mula nampak kesan. Alhamdulillah. Darah seakan-akan mengalir laju. Tenaga menyelinap masuk ke dalam darah.


Wahhhhh.. Over ayat makcik.


Tapi betul.


Rasa kesan yang sangat ketara. Senyuman lebih ringan dihulurkan. Kalau tak asal yang lalu depan meja saya je akan cakap "U nampak tak sihat la Linda'.


Sekarang the actual Mama Lynd is coming.


Syukur. Kesihatan dan semangat kembali pulih. Terima kasih Allah.


B Complex Shaklee penambah tenaga ibu hamil


Saya memang recommend B-Complex Shaklee memang wajib bagi ibu hamil yang ingin kembali tangkas dan bertenaga menjalan aktiviti harian.


Yeayyyy.. i'm back..


Lebih info mengenai Set Kehamilan Shaklee Disini.


Oktober 16, 2014

Hebatnya Kebaikan Kacang Soya

by , in

artikel16


Minuman berasaskan soya mudah diperolehi di Malaysia.


Selain sedap.. ia juga mempunyai 1001 khasiat.


Sumber : Mingguan Wanita (10-16 October 2014)



Kebaikan Soya


 

Murah dan Tinggi Protein


Ia merupakan makanan tinggi protein yang seimbang dan baik untuk kesihatan. Pada masa yang sama, harganya lebih murah dari sumber protein lain seperti daging merah, susu atau telur. Dikatakan sumber protein yang terkandung di dalamnya adalah sebanyak 50% bagi setiap 100 gram sekali gus menjadikan ia 2x ganda lebih hebat dari kacang tanah, 11x lebih bagus dari susu dan 3x lebih elok dari telur.


Kaya Dengan Bahan Mineral


Kacang soya juga kaya dengan sumber mineral yang berkhasiat seperti Kalsium, sodium, manganese, magnesium, zat besi dan fosforus. Pada masa yang sama, ia juga kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lechitin.


Kurangkan Risiko Serangan Jantung


Sesuai dijadikan bahan pengganti susu untuk bayi yang menghadapi alahan terhadap susu lembu. Dipercayai, protein soya juga membantu untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.


Membekalkan Tenaga


Dikatakan kacang soya mudah dicerna sekaligus mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak selain membekalkan tenaga.


Kadar Lemak Yang Rendah


Bagi si penggemar sayur, berita baik untuk anda. Memandangkan kacang soya adalah sumber makanan protein yang baik maka ia turut mempunyai kadar lemak yang rendah. Oleh itu maka tidak hairanlah jika ia sesuai diambil oleh pesakit jantung dan kecing manis.


Kalau diikutkan produk soya terdapat dalam pelbagai bentuk. Minuman Kotak / Tin, Tou FoFa dan kegemaran saya soya panas.


Memang mudah diperolehi di kedai runcit dan juga pasar malam.


Tetapi.. ada 1 lagi sumber produk berasaskan soya yang terbaik.


Yang menjadi kegilaan penggemarnya kerana khasiatnya dan juga keberkesanannya menjalankan tanggungjawabnya sebagai "soya" yang selamat.


Apakah produk tu?


esp-soy-protein




Serbuk ESP Shaklee merupakan merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualit tinggi dengan asid amino yang tubuh anda perluakn untuk proses sintesis protein termasuk dengan 9 asid amino penting



Kebaikan Protein Soya ESP Shaklee


kebaikan esp shaklee


Bagaimana mempelbagaikan cara pengambilan ESP Shaklee?


20-MUST-TRY-RECIPES


Dapatkan lebih info mengenai ESP


ESP Shaklee 


Testimoni ESP Shaklee


Hubungi saya untuk mendapatkan ESP Shaklee anda sekarang.


contact-icon


Mahu lebih Jimat?


Jom sertai promo October 2014 yang super jimat.


September 30, 2014

Tips untuk Ibu Mengandung

by , in

Walaupun anak ke 3, debaran dan keinginan untuk beri yang terbaik untuk bayi memang semangat.


Ibu Mengandung


Kepada ibu mengandung sekelian, tips dibawah adalah perkara yang perlu kita consider apabila disahkan hamil.






  1. Buat pemeriksaan antenatal




Sebaik mengetahui anda hamil, segeralah buat janji temu untuk pemeriksaan antenatal. Pemeriksaan ini penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Doktor sakit puan yang memeriksa anda sejak awal hingga akhir kehamilan dapat memantau kesihatan anda sepanjang hamil.







  1. Jaga pemakanan




Hamil bukan bermakna perlu makan untuk dua orang sebaliknya pastikan pengambilan makanan memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu sekitar 200 kalori sehari. Anda perlu bijak memilih makanan yang kaya dengan khasiat dan nutrisi yang diperlukan walaupun kadang kala ada ibu yang hilang selera terhadap sesuatu makanan. Tetapi ia boleh digantikan dengan makanan lain yang mempunyai khasiat yang sama.






  1. Jaga kebersihan makanan




Ketika hamil ada makanan tertentu yang perlu dielakkan oleh bakal ibu kerana ia membawa risiko kesihatan kepada bayi yang dikandung. Antaranya makanan mentah atau separuh masak seperti telur mentah, stik daging separuh masak. Ia boleh menyebabkan ibu terkena jangkitan bakteria salmonella. Bakal ibu juga perlu elakkan mengambil keju matang lembut seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton. Keju keras seperti cheddar dan keju lembut diproses seperti keju kotej, adalah selamat untuk dimakan.






  1. Jangan lupa suplemen asid folik




Suplemen yang satu ini sangat sinonim dalam kalangan ibu hamil. Ia sangat penting bagi membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Seeloknya suplemen ini diambil oleh bakal ibu yang merancang untuk hamil dan jika sudah disahkan hamil ia penting diambil sepanjang tiga bulan pertama kehamilan. Selain suplemen, ia turut boleh diperoleh daripada pemakanan terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan vitamin.






  1. Lakukan senaman lantai pelvik




Biasanya wanita hamil mudah mengalami masalah tekanan inkontinens iaitu air kencing bocor akibat aktivti tertentu seperti bersin, ketawa, batuk dan senaman. Bagi membantu mengelakkan perkara ini , lakukan  senaman lantai pelvik sebelum atau semasa mengandung. Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ia akan terasa lemah daripada biasa semasa hamil disebabkan tekanan tambahan ke atasnya dan hormon kehamilan menyebabkan ia mengendur sedikit. Lantai pelvik boleh diperkuatkan dengan melakukan senaman lantai pelvic tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali.


SUMBER


InsyaAllah.. hanya yang terbaik untuk anak mama.



*******************************************************************



Dapatkan lebih info :


SET KEHAMILAN SHAKLEE


Atau hubungi saya


contact-icon


Saya menyediakan perhidmatan Cash on Delivery sekitar Shah Alam / Klang dengan consultation secara percuma.

September 30, 2014

Testimoni sendiri Set Kesuburan Shaklee

by , in

Setiap yang mengamalkan Set Kesuburan Shaklee akan berimpian untuk beralih kepada Set Kehamilan Shaklee.


10653419_720497161320283_3702912018394820143_n


Dan itu impian saya.


Lynd ingat lagi akhir 2013,  mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee disebabkan saya ingin mencuba set kesuburan Shaklee.


Ada yang tanya apa yang tak subur kalau anak dah 2 orang?


Kisah Lynd, selepas melahirkan anak yang ke -2 pada March 2012, saya tak pernah period. Mungkin juga disebabkan suntikan perancang yang Lynd ambil setiap 3 bulan. Mengikut perancangan kami suami isteri ingin menimang cahaya mata yang ke-3 dalam tahun 2014. So gap setiap anak adalah 2 tahun.


So last suntikan yang saya ambil adalah pada May 2013. Tetapi saya masih tidak period jadi manakan boleh kira waktu suburkan?


Tunggu punyer tunggu saya jumpa dengan Set Kesuburan Shaklee. Setelah study beberapa point saya mula consume Set Kesuburan Shaklee.


Kenapa saya pilih Shaklee?


1. Selamat : Berdaftar dengan KKM dan semula jadi.


2. Cara Set Kesuburan Shaklee sangat natural, tidak mengganggu sistem badan.


Set Kesuburan Shaklee


3. Shaklee dah establish and lebih 60 tahun so kalau tak selamat dan berkesan takdernya bertahan lama. Saya perhatikan banyak produk-produk di pasaran yang meletup mula-mula je pastu diam.


Alhamdulillah. Dengan consultansi yang betul selepas hampir 3 bulan consistent (Yang betul2 komited.. sebelum tu main2), akhir bulan July saya period. Syukur sangat. Langkah pertama dah berjaya. Saya period. So target saya adalah terus konsistenkan period saya.


Buat UPT test dah jadi "hobi"saya. Even dari sebelum period lagi. So saya selalu standby pregnancy test kit kat rumah. Sampailah 2 minggu lepas, lebih seminggu saya low bloog pressure. Bila doctor tanya saya pregnant ke, konfident saya cakap tak.


Sampai lah 3 hari lepas. Saya buat "hobi" saya. Tanpa harapan yang tinggi menggunung.. hampir nak buang dah pun upt test tu. Tapi macam perasan ada 2 line yang samar.


Esok test lagi kali.




20140926_191323


Alhamdulilllah syukur.


1780661_720440851325914_2794983932283668732_n


Pill Box saya bertukar set. Dari Set Kesuburan Shaklee ke Set Kehamilan Shaklee


Alhamdulillah tak terhingga dijumpakan Shaklee.


Dapatkan lebih info disini



Set Kesuburan Shaklee


Atau hubungi saya


contact-icon

September 25, 2014

Vivix Shaklee Antipenuaan atau Diabetis

by , in
Diabetes

 

Fakta menakutkan.


Patutlah mostly pakcik or makcik yang baru mencecah 40-an dah menjadi ayat "biasa" ada masalah kencing manis.


Yang lebih teruk, "Kena potong kaki sebab kencing manis"


gambar diabetis


Haaaa... tak sanggup tengok..!!!!


Siapa kat sini ada kencing manis?


Ke ayah atau mak yang ada diabetis ni?


Dan tahukan anda yang jika orang tua kita ada diabetis, kita pun berisiko untuk ada diabetis.


Takut?


Gerun?


Apa kata kita ikhtiar menggunakan Vivix Shaklee?


VIVIX RESVERATROL


Apa kata kita ikhtiar menggunakan Vivix Shaklee yang kaya dengan Resveratrol.



Bagaimana Resveratrol membantu mengawal Diabetis?


Ok. Kencing manis atau diabetis terjadi apabila insulin tidak terhasil apabila paras gula meningkat dalam darah. Insulin berfungsi untuk menukarkan gula kepada tenaga, tetapi apabila insulin tidak sensitif terhadap perubahan paras gula dalam darah, so gula akan kekal tinggi.


Jadi apa fungsi Resveratrol?


 Cara 1 : Resveratrol akan meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin. Jadi apabila insulin sensitf pada perubahan paras gula dalam darah, maka kencing manis dapat dikawal.


Cara 2 : Resveratrol berfungsi mengaktifkan Enzim SIRT1 yang berkuasa dalam mengawal diabetis. Kerana Enzim ini yang bertanggungjawab untuk mengawal rembesan hormon insulin


Sudah terbukti ke?


Jom tengok testimoni penggunaan Vivix Shaklee untuk pesakit diabetis


vivix kencing manis 1


vivix diabetes


testi-vivix-diabetis-kaki


Vivix Shaklee adalah supplement jadi, kepada yang mengambil ubat-ubatan doktor saya sarankan teruskan pengambilan ubat yang doktor bekalkan.


Pengambilan 1 sudu teh Vivix setiap hari tidak akan bertindakbalas dengan ubat-ubatan yang doktor bekalkan. Untuk kepastian, boleh juga tanya pendapat dan nasihat doktor sebelum pengambilan Vivix.


Bukan itu Sahaja..!!!!


Jika keluarga anda mempunyai sejarah penyakit diabetis, anda wajar memulakan pengambilan Vivix dari sekarang.


Kebaikan Vivix Shaklee sebagai Anti-Penuaan


Ingin dapatkan Vivix Shaklee hari ini?


Untuk Pembelian Menggunakan Credit Card / Debit Card


beli sekarang


Untuk Pembelian Menggunakan Online Transfer atau COD sekitar Klang / Shah Alam dan Consultation Percuma,


Hubungi Saya


contact-icon



Ingin Lebih Jimat?


Diskaun 15 - 20 %?


Daftar Sebagai Ahli Shaklee.


Ketahui caranya disini.


Daftar Keahlian Shaklee

September 23, 2014

Tips Kurus Mudah Dengan Senaman Di Rumah

by , in

Saya suka..saya suka..


Saya suka bersenam.


Saya suka berpeluh.


Jika sebelum ni saya peruntukkan masa 30 minit selepas kerja bersenam dirumah guna video youtube, best sangat dapat berpeluh. Tapi tak lama sebab mungkin boring buat sorang2 kat rumah.


Then saya pergi Gym bertemankan adik ipar.


Tapi ambil masa sebab, Nak kena pergi ambil dia dulu, Lepas tu cari line clear untuk lari dari anak-anak.


Jadi usaha lebih kepada "proses" bukan aktiviti bersenam itu sendiri.


Tambah lagi suami saya pergi masjid, jadi takkan dia keluar pergi masjid saya keluar pergi Gym. Dia dah balik saya belum sampai. En Suami takderlah cakap apa-apa. Dia izinkan je tapi tanggung jawab kita yang buat saya rasa bersalah.


Then saya kena cari alternative lain.


 


Kena kembali ke senaman dirumah sahaja.


Dan seronok sangat jumpa channel baru untuk senaman dirumah.


Kalau kita search tips kurus dimana sahaja akan sebut mengenai senaman.


Dengan senaman bersama dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee (Sebenarnya saya lebih suka guna nama Set Pengurusan Berat Badan), saya rasa badan saya lebih ringan dan fit dan berat badan akan turun secara sihat.


Itu peranan supplemen Shaklee.


Walau apa pun tips kurus yang kita amalkan, pastikan ia sentiasa semulajadi dan tidak memudaratkan kesihatan.


Tips kurus dengan senaman mudah di rumah ini sangatlah bagus. Dan tak perlukan masa yang panjang.


Jadi mak-mak boleh la cari masa sedikit untuk senaman dirumah ini ye.

September 23, 2014

Tukar selera dengan Resepi ESP Shaklee

by , in

Assalamualaikum..


Hai.. Saya baru lepas buat senaman lunges / squat tadi.


Semput jap. Dah lama tak exercise so metabolisme rate memang menjunam la.


Tak per Lynd.. Jangan patah semangat. Bertabah lah.


2-3 menjak ni saya memang perasan yang saya tak berapa nak layang breakfast berat2.


Nasi lemak or nasi goreng or mee goreng tak berapa nak telan dah.


Kopi pagi-pagi pun dah tak berapa lalu dah.


Adakah pengambilan supplemen buat saya kurang dah caffein addicted?


Alhamdulillah.. bagus.. saya memang addicted caffein yang sangat teruk.  Mesti 2-3 cups sehari. Tapi sekarang dapat 1 cup pun dah cukup. Tu pun kadang-kadang tak habis.


Sekarang saya breakfast ESP + Oat.. Best..


Cukup mengenyangkan, just tukar-tukar lah samada dengan milo or tropicana twister.


Tapi rasa macam nak tukar selera. Nak try smoothies lah.


image


Jom try Resepi ESP Shaklee.


Boleh guna resepi dalam video ni, just tambah 2 sudu ESP Shaklee.




 

Walllllahhhh... memang sedap dan berkhasiat lah.


Tak sabau nak try.


Ni senarai Resepi ESP Shaklee yang lain.


20-MUST-TRY-RECIPES


Siapa ada resepi ESP Shaklee yang sedap


Jom kongsi.

September 17, 2014

Tips Ibu Hamil Dapat Tidur Dengan Selesa

by , in

imagesCARQWA7A



Semakin kandungan membesar, semakin tidak selesa pergerakan bakal ibu. Waktu tidur adalah masa yang paling mencabar . Walaupun ia adalah masalah biasa tetapi kekurangan tidur boleh membuatkan ibu menjadi letih dan tidak bermaya.


Untuk mendapatkan tidur yang cukup dan selesa, ibu boleh mempraktiskan beberapa panduan berikut:




Kurangkan minum


imagesCA59EDQF

Minum air sebanyak-banyaknya pada waktu siang tetapi menjelang waktu tidur, kurangan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini untuk mengurangkan kekerapan ke bilik air untuk membuang air kecil.




Tidur siang


Sekiranya tidak mendapat tidur mencukupi pada waktu malam, pastikan anda mencari masa untuk melelapkan mata seketika pada waktu siang. Ini membantu mengurangkan keletihan. Walau hanya 10 minit, ia sangat membantu memulihkan tenaga dan kesegaran anda.




Senam di siang hari


untitled

Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia membantu memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Tetapi elakkan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.




Atasi pedih ulu hati


Bagi mengelakkan pedih ulu hati, jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah pedih ulu hati menjadi penyebab anda tidak dapat tidur, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring. Elakkan makanan berempah, berasid, berlemak atau bergoreng.




Betulkan posisi tidur


Dalam trimester ketiga, amalkan tidur mengiring. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.



September 12, 2014

Kepentingan Supplement

by , in

Kenapa Kita Perlukan Supplement?


suplimente-nutritive-masa-musculara

Tidak dinafikan bagi sesetengah orang merasakan badan kita tidak perlukan makanan tambahan atau supplemen.


Orang zaman-zaman mak kita dulu tidak perlukan supplemen tetapi kenapa sekarang semua orang bercakap mengenai kepentingan supplemen.


Apakah Kepentingan Supplement?



1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.


2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tingga bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.


3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.


4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok


5. Rutin pemakanan kebanyakkan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet seimbang.


 

Kenapa Supplemen

 6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.


7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutama di kedai makanan, restoren makanan segera dan sebagainya.


 
September 12, 2014

Shaklee Ada Set Kesihatan Jantung?

by , in

Institut Jantung Negara (IJN) mencadangkan kita berdaftar untuk pemeriksaan jantung jika :




  • Lelaki yang berumur melebihi 30 tahun

  • Wanita berumur melebihi 35 tahun

  • Mempunyai sejarah keluarga berpenyakit jantung

  • Cepat Letih

  • Mempunyai berat badan berlebihan

  • Berkembangan tekanan kerja berpanjangan

  • Kerap merokok dan mengambil alkohol

  • Sudah lama tidak menjalani pemeriksaan kesihatan


 

Faktor / Punca Sakit Jantung


1) Asap rokok
* Mempercepatkan pembekuan darah
* Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
* Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
* Tekanan
* Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan


2) Kandungan lemak tinggi
* Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging


3) Kurang bersenam
* Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung


4) Darah Tinggi
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung


5) Kencing manis
* Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung


Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari


* Keturunan menghidap penyakit jantung
* Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
* Merokok
* Gagal kawal tekanan darah
* Hidap penyakit kencing manis
* Tekanan
* Kurang bersenam


Sumber


Dalam bahasa yang lebih mudah, sakit jantung / serangan jantung berpunca apabila jantung tidak dapat / terpaksa bekerja keras untuk menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh tubuh.


blood_circulation-621


Punca 'kerja keras" jantung ini adalah :


1. Otot jantung yang tidak kuat untuk mengepam darah


2. Saluran darah kita yang menjadi sempit akibat kolestrol yang menyelaputi dinding salur darah.


Rangkaian Produk Shaklee menyediakan barisan produk yang bertindak untuk mengatasi masalah / mengurangkan risiko individu terkena serangan jantung.


Jantung 33


Jantung 59


Dapatkan info lanjut mengenai Supplemen Jantung Sihat Disini


Atau Hubungi Kami


contact-icon

September 11, 2014

Panduan Diet.. Mudahkan DIet

by , in

Bukan mudah untuk memastikan diet berjaya. Sehingga ada 1 masa ianya membuatkan anda betul-betul kecewa dek gagal dalam berdiet.


5-diet-tips


Jangan mudah menyerah, ada tips yang boleh memudahkan kita berdiet.


1. Komitmen


weightloss-300x300


Jelas dan terang. Kita harus membuat komitmen pada diri sendiri. Walaupun nampak berat tapi tidak bermakna anda tidak boleh melakukannya. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa usaha ini pasti membuahkan hasil.


2. Tampal Gambar Idaman


rita rudaini2




(Saya pilih gambar Rita Rudaini sebab dia anak dua macam saya tapi badan dia maintain)


Anda boleh menampal gambar atau foto tubuh ideal yang anda inginkan. Kekuatan pada gambar ini kan menghantar isyarat agar anda sentiasa ingat dengan tujuan sebenar. Malah dengan meletakkan gambar model yang anda kagumi juga boleh memberi motivasi pada anda.


3. Pilih kawan


body-back


Pilih kawan yang mempunyai pelbagai aktiviti sihat. Contohnya, kawan yang suka bersenam, yoga atau bersukan. Ini kerana, aktiviti yang dilakukan bersama akan lebih menyenangkan. Malah, ia boleh mengalihkan tumpuan anda pada makanan. Namun begitu, ia tidak bermakna anda harus melanggar kebiasaan makan pada waktu yang tepat.


4. Buat Catatan


diet-plan2


Buatlah catatan perkembangan anda atau juga diari foto tentang perubahan bentuk badan anda dari masa ke semasa. Dengan melihat perubahan ini, ia boleh membuatkan anda terus berusaha dengan program diet yang anda lakukan.



5. Free Your Mind


How to Stick to Your Diet While on Vacation


Jangan tertekan kerana ia boleh membuatkan anda merasa bebabn dan buat anda lagi stress. Inilah yang boleh menggagalkan diet anda. Akhirnya apabila stress, anda akan makan secara emosional.



6. Jangan Bandingkan


Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain kerana ia boleh mengalihkan tumpuan anda dan menimbulkan tekanan pada diri. Jadi adalah lebih baik anda fokuskan pada probram yang anda lakukan.



7. Nikmati prosesnya


ads1


Anda pasti tidak akan gagal dalam diet sekiranya anda menjalani proses diet dengan tenang dan menikmati prosesnya. Anggaplah anda sedang membersihakan badan dan pola pemikiran anda. Jika apa yang anda lalui itu betul, ia akan menjadi kebiasaan yang sihat sehinggakan anda tidak hanya fokus pada berat badan tetaki kesihatan badan dan fikiran.



8. Pandang Ke Depan




d29a0321ddedb5dcc84e30fc3263d2df


Memikirkan masalah berat badan memang menyakitkan dan pasti ada orang yang mengalami perkaara yang sama. Tetapi anda harus pandang ke depandengan tujuan yang sebenar. Jadikan masa lalu anda sebagai motivasi bukannya tekanan.


September 10, 2014

Petanda Baik Dengan Healing Crisis

by , in

Healing Crisis


1381016106_pijatan_redakan_sakit_kepala_kronis


Ramai yang membuat andaian bahawa tahap kesihatan seseorang dinilai melalui "rasa sihat".


Dan apabila kita merasa sakit selepas pengambilan sesuatu produk, ia sebenarnya simptom Healing Crisis


Healing Crisis adalah rasa kurang selesa / rasa sakit sementara yang dirasai apabilla proses penyembuhan berlaku secara semulajadi untuk membuang toxin dari badan.



Healing Crisis adalah petanda awal pemulihan cara semulajadi


Healing crisis adalah salah satu aspek penting dalam proses penyembuhan secara semula jadi. Memang agak menyakitkan tapi, ia memberi tunjuk balas bahawa badan sedang menjalani proses penyembuhan secara semulajadi.


road



Simptom Healing Crisis


 

  • Pening

  • Mual

  • Badan panas

  • Demam

  • Sakit kepala

  • Sakit pinggang

  • Mengantuk

  • Muntah-muntah

  • Berpinar-pinar

  • Ulser

  • Rasa tak larat

  • Emosi terganggu


 

Teruskan pengambilan supplemen kerana healing crisis akan berkurangan apabila kesihatan dalaman bertambah baik.


 

Cara Mengurangkan Kesan Healing Crisis



  • Banyakkan pengambilan air masak 2-3 Liter sehari

  • Dapatkan rehat dan tidur yang cukup

  • Kurang Dosage supplemen jika sakit masih berpanjangan.


 

 

hero

 

Dibawah adalah antara penerangan untuk healing crisis yang dirasai.


krisis-penyembuhan

 

Harap post ini dapat membantu kita memahami apa yang dikenali sebagai Healing Crisis. Pengambilan supplemen adalah langkah yang bijak bagi membaiki kualiti kesihatan kita.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :

 

contact-icon