Pemakanan Semasa Mengandung

Apabila anda disahkan hamil, pastinya ia satu berita gembira buat anda dan pasangan. Pelbagai langkah diambil bagi memastikan kandungan anda sihat termasuk juga dari segi pemakanan.

Ini kerana apa sahaja yang anda makan, makanan itulah akan menjadi sumber nutrien kepada kandungan anda. Contohnya ketika hamil, anda memerlukan protein dan kalsium kerana ia baik untuk tisu dan tulang bayi anda.

Jadi apakah jenis makanan yang patut anda amalkan ketika hamil?

Berikut adalah antara jenis makanan yang boleh anda ambil:

BIJIAN
Roti gandum dan bijirin mempunyai lebih banyak asid folik, zat besi dan fiber jika dibandingkan dengan roti putih dan juga nasi. Malah tahukah anda bertih jagung juga kaya dengan fiber dan pelbagai nutrien seperti vitamin E dan selenium? Amalkan pemakanan bijian dalam kehidupan seharian anda seperti bijirin oat untuk sarapan pagi, roti gandum untuk makan tengahari dan pasta atau nasi perang untuk makan malam.

SALMON
Salmon bukan sahaja kaya dengan protein dan vitamin B, ia juga mempunyai lemak Omega-3 yang baik untuk otak dan mata bayi anda. Salmon juga rendah merkuri jika dibandingkan dengan jenis ikan yang lain. Anda boleh memanggang atau diletakkan bersama dengan salad. Anda boleh makan ikan rendah merkuri seperti salmon sehingga 340 gram setiap minggu.

TELUR
Telur juga adalah sumber protein baik kerana ia mengandungi asid amino yang diperlukan oleh anda dan juga bayi. Malah ia mempunyai kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral, termasuk kolina yang baik untuk perkembangan otak bayi anda. Namun pastikan anda tidak memakan telur mentah atau separuh masak sepanjang kehamilan.

WALNUT
Tidak menggemari ikan atau telur, tetapi masih inginkan kebaikan Omega-3 yang penting untuk tumbesaran bayi anda? Apa kata anda mencuba walnut dengan meletakkannya bersama salad atau dimakan begitu saja sebagai snek? Walnut juga adalah antara tumbuhan yang kaya dengan khasiat Omega-3, seperti yang diperlukan oleh bayi anda.

YOGURT GREEK
Yogurt Greek mempunyai protein dua kali ganda lebih daripada yogurt biasa, kaya dengan kalsium jika dibandingkan dengan susu dan sesuai untuk diet ketika hamil. Pilihlah yogurt asli tanpa sebarang perasa dan tambahan gula. Lebih enak jika anda makan bersama buah-buahan atau bijirin gandum yang rangup.

Untuk melengkapkan keperluan nutrisi ibu mengandung, pengambilan supplemen amatlah baik.
Dapakan Set Kehamilan Shaklee disini.



Tiada ulasan: