Assalamualaikum Cantik-cantik sekelian.
Hari ni saya nak kongsi hasil penemuan / pembacaan saya dari majalah Rapi Edisi 15 June 2014.
Yang Cover Si Cantik Manis Emma Maembong tu.
Boleh refer mukasurat 32-34 artikel mengenai kebaikan collagen.
Dan disini saya akan cuba olah dalam bahasa yang lebih simple.
Collagen merupakan bahan penting dalam dunia kecantikan.
Ia bukan sahaja membantu mengurangkan dan melambatkan kedutan malah memastikan kulit kekal segar dan anjal.
Kebaikan Collagen Untuk Tubuh Badan :
1. Collagen Untuk Kesihatan Sendi
Kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia mencadangkan pengambilan Collagen diamalkan sebanyak 7 - 10 gram sehari selama 30-90 hari bagi mengurangkan kesakitan disebabkan arthritis.
Collagen juga dipercayai dapat membantu melancarkan kesihatan sendi dan mengurangkan kesakitan terutamanya bagi anda yang mengidap osteoperosis.
2. Kolagen untuk Kesihatan Rambut
Collagen dapat membantu meningkatkan kekuatan struktur protein malah dapat menstabilkannya.
Salah satu punca keguguran rambut juga berpunca daripada kekurangan Collagen.
Terdapat produk shampoo yang mempunyai Collagen, tetapi pengambilan supplemen adalah cepat menampakkan kesan.
3. Collagen Untuk Kuku
Masalah kuku rapuh berpunca dari faktor umur, rutin harian, kekurangan air, faktor cuaca dan juga kekurangan Collagen dalam badan.
kekurangan Collagen akan mengganggu penjanaan semula tisu lembut yang mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem llimfa.
Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan menyeluruh.
4. Kolagen untuk Kulit.
Kandungan Collagen dapat membantu mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit.
ia juga mempercepatkan pemulihan sel kullit jika berlaku kecederaan yang menyembakan parut.
Collagen menggalakkan penyerapan asid amino yang penting bagi mengurangkan lemak dalam badan.
Cara semulajadi untuk menggalakkan Collagen secara semula jadi.
- Kurangkan pendedahan kepada pancaran sinar UV
- Amalkan senaman Wajah setiap hari
- Berhenti Merokok
- Tidur yang cukup
- Pakai krim pelindung matahari SPF 30
Untuk Lebih Info untuk produk yang bersesuaian dengan anda, boleh hubungi
Shaklee Independent Distributor Anda
Haslinda (Lynd)
SID : 1090071
Sms / Wassap / Call : 0196038353
FB : LivelyLynd Redo
Email : sitinorhas_linda@yahoo.com
COD :
3 ulasan:
[…] KEBAIKAN COLLAGEN […]
[…] Kebaikan Collagen memang tidak perlu dipersoalkan lagi. […]
[…] Kepentingan Collagen […]
Catat Ulasan