Cara Mengira Waktu Subur

Assalamualaikum.

 

2 3 menjak ni saya ada memberikan consultation kepada wanita yang cuba hamil TTC (Try To Conceive) bersama  dengan pembelian Set Kesuburan Shaklee.

 

Termasuk dalam sesi konsultation tersebut adalah cara mengira waktu subur.

Saya dapati ada yang tidak faham cara pengiraan dan kepentingan cara mengira waktu subur.

 

Ok kali ni saya akan terangkan serba sedikit bagaimana pengiraan dan kepentingan dalam mendapatkan zuriat dan boleh juga menjadi salah satu cara merangcang keluarga secara kiraan / semulajadi.

 

Kitaran haid wanita berbeza mengikut individu.

Kitaran normal adalah antara 28-32 hari.

Dan kitaran tersebut terbahagi kepada 4 fasa.

 



Fasa Pertama : Darah Haid (Menstruation)

Day 1 - 5

 

Hari pertama haid adalah dikiri sebagai Hari No 1 dalam kitaran haid wanita.

Ada yang konfius.

Ada yang kata hari terakhir period adalah hari pertama dalam kitaran haid.

Salah..salah..salah..

Hari No 1 : Hari pertama period.

Jadi tandakan dalam kalender bila hari pertama anda period setiap bulan.

 

 

Fasa 2 : Follicular

Day 5 - 13

 

Pada fasa ini dinding rahim akan mula menebal, harmon estrogen meningkat, telur di dalam kantung ovari mula matang.

 


Fasa 3 : Waktu Subur

Day 14 - 17

 

Hari ke 14, telur matang mula dilepaskan ke tiup fallapio, dan menunggu untuk disenyawakan.

Selepas ovulasi, Jangka hayat ovum ada 24 jam manakala jangka hayat sperma adalah 72jam.

 

Persenyawaan boleh berlaku samada dalam keadaan sperma sudah ada dalam rahim atau sperma masuk kemudian dalam tempuh 24 jam selepas ovulasi.

 

Untuk Hamil, sperma perlu masuk ke dalam rahim wanita untuk disenyawakan.

Manakala jika untuk mengelak kehamilan, waktu ini adalah perlu dielakkan berlaku persenyawaan.

 

Fasa 4 : Fasa Luteal / Secretory

Day 17 - 28

 

Dalam fasa ini hormon progesteron akan meningkat, dinding rahim akan semakin menebal untuk menerima telur yang disenyawakan 

(Pada fasa ini menentukan kalau orang melayu cakap "sangkut atau tak sangkut")

 

Jika tiada persenyawaan berlaku, hormon progenteron akan menurun dan menyebabkan pembuluh darah dirahim "gugur" sebagai darah haid yang akan memulakan kembali kitaran hari pertama.

 

Cara Mengira Waktu Subur.

 

Kitaran 28 Hari : 28 - 14 = 14 (Hari ke 14 adalah waktu subur)

Kitaran 30 Hari : 30 - 14 = 16 (Hari ke 16 adalah waktu subur)

Kitaran 32 : 32 - 14 = 18 (Hari ke 18 adalah waktu subur)

 

Tanda-tanda waktu subur / Cara mengetahui waktu subur.

1. Suhu badan meningkat

2. Lendir dari vagina pekat dan lebih banyak dari biasa.

3. Menggunakan Menstrual test kit (Boleh didapati di farmasi)



Pengiraan waktu subur amat penting dalam usaha mendapatkan zuriat / merancang kehamilan.

 


 Dalam Usaha Mendapatkan Zuriat?

 


 

Dapatkan informasi lengkap mengenai 


 




 

Untuk Lebih Info untuk produk yang bersesuaian dengan anda, boleh hubungi 


 





Shaklee Independent Distributor Anda

 

Haslinda (Lynd)

SID : 1090071

Sms / Wassap / Call : 0196038353


 

Email : sitinorhas_linda@yahoo.com

 

COD :

 Klang / Shah Alam / Setia Alam / Kuala Selangor

 

Atau Untuk Pengguna Kredit Kad / Debit Kad

Order Terus Melalui Online 

Set Kesuburan Shaklee

 



 




 

1 ulasan:

Harga Set Kesuburan Shaklee berkata...

[…] Cara Mengira Waktu Subur. Kitaran 28 Hari : 28 – 14 = 14 (Hari ke 14 adalah waktu subur) Kitaran 30 Hari : 30 – 14 = 16 (Hari ke 16 adalah waktu subur) Kitaran 32 : 32 – 14 = 18 (Hari ke 18 adalah waktu subur) Tanda-tanda waktu subur / Cara mengetahui waktu subur. 1. Suhu badan meningkat 2. Lendir dari vagina pekat dan lebih banyak dari biasa. 3. Menggunakan Menstrual test kit (Boleh didapati di farmasi) Pengiraan waktu subur amat penting dalam usaha mendapatkan zuriat / merancang kehamilan. Cara Lengkap pengiraan Waktu subur […]