Panduan Diet.. Mudahkan DIet

Bukan mudah untuk memastikan diet berjaya. Sehingga ada 1 masa ianya membuatkan anda betul-betul kecewa dek gagal dalam berdiet.


5-diet-tips


Jangan mudah menyerah, ada tips yang boleh memudahkan kita berdiet.


1. Komitmen


weightloss-300x300


Jelas dan terang. Kita harus membuat komitmen pada diri sendiri. Walaupun nampak berat tapi tidak bermakna anda tidak boleh melakukannya. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa usaha ini pasti membuahkan hasil.


2. Tampal Gambar Idaman


rita rudaini2




(Saya pilih gambar Rita Rudaini sebab dia anak dua macam saya tapi badan dia maintain)


Anda boleh menampal gambar atau foto tubuh ideal yang anda inginkan. Kekuatan pada gambar ini kan menghantar isyarat agar anda sentiasa ingat dengan tujuan sebenar. Malah dengan meletakkan gambar model yang anda kagumi juga boleh memberi motivasi pada anda.


3. Pilih kawan


body-back


Pilih kawan yang mempunyai pelbagai aktiviti sihat. Contohnya, kawan yang suka bersenam, yoga atau bersukan. Ini kerana, aktiviti yang dilakukan bersama akan lebih menyenangkan. Malah, ia boleh mengalihkan tumpuan anda pada makanan. Namun begitu, ia tidak bermakna anda harus melanggar kebiasaan makan pada waktu yang tepat.


4. Buat Catatan


diet-plan2


Buatlah catatan perkembangan anda atau juga diari foto tentang perubahan bentuk badan anda dari masa ke semasa. Dengan melihat perubahan ini, ia boleh membuatkan anda terus berusaha dengan program diet yang anda lakukan.



5. Free Your Mind


How to Stick to Your Diet While on Vacation


Jangan tertekan kerana ia boleh membuatkan anda merasa bebabn dan buat anda lagi stress. Inilah yang boleh menggagalkan diet anda. Akhirnya apabila stress, anda akan makan secara emosional.



6. Jangan Bandingkan


Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain kerana ia boleh mengalihkan tumpuan anda dan menimbulkan tekanan pada diri. Jadi adalah lebih baik anda fokuskan pada probram yang anda lakukan.



7. Nikmati prosesnya


ads1


Anda pasti tidak akan gagal dalam diet sekiranya anda menjalani proses diet dengan tenang dan menikmati prosesnya. Anggaplah anda sedang membersihakan badan dan pola pemikiran anda. Jika apa yang anda lalui itu betul, ia akan menjadi kebiasaan yang sihat sehinggakan anda tidak hanya fokus pada berat badan tetaki kesihatan badan dan fikiran.



8. Pandang Ke Depan




d29a0321ddedb5dcc84e30fc3263d2df


Memikirkan masalah berat badan memang menyakitkan dan pasti ada orang yang mengalami perkaara yang sama. Tetapi anda harus pandang ke depandengan tujuan yang sebenar. Jadikan masa lalu anda sebagai motivasi bukannya tekanan.


2 ulasan:

yat berkata...

Diet tak susah kalau disiplin. ;-)

yang penting kena ada target weight yg nk di capai.

Tengku Sofia berkata...

Kena bersenam baru cepat turun tapi sangat liat nak bersenam