Tips Ibu Hamil Dapat Tidur Dengan Selesa

imagesCARQWA7A



Semakin kandungan membesar, semakin tidak selesa pergerakan bakal ibu. Waktu tidur adalah masa yang paling mencabar . Walaupun ia adalah masalah biasa tetapi kekurangan tidur boleh membuatkan ibu menjadi letih dan tidak bermaya.


Untuk mendapatkan tidur yang cukup dan selesa, ibu boleh mempraktiskan beberapa panduan berikut:




Kurangkan minum


imagesCA59EDQF

Minum air sebanyak-banyaknya pada waktu siang tetapi menjelang waktu tidur, kurangan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini untuk mengurangkan kekerapan ke bilik air untuk membuang air kecil.




Tidur siang


Sekiranya tidak mendapat tidur mencukupi pada waktu malam, pastikan anda mencari masa untuk melelapkan mata seketika pada waktu siang. Ini membantu mengurangkan keletihan. Walau hanya 10 minit, ia sangat membantu memulihkan tenaga dan kesegaran anda.




Senam di siang hari


untitled

Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia membantu memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Tetapi elakkan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.




Atasi pedih ulu hati


Bagi mengelakkan pedih ulu hati, jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah pedih ulu hati menjadi penyebab anda tidak dapat tidur, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring. Elakkan makanan berempah, berasid, berlemak atau bergoreng.




Betulkan posisi tidur


Dalam trimester ketiga, amalkan tidur mengiring. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.



4 ulasan:

Nadiah Suhaidi berkata...

Nice info, Lin!

yat berkata...

info yang sangat2 berguna. saya suka :-)

Tengku Sofia berkata...

Kak pia dulu beli pregnancy pillow. Baru boleh tidur. Terpaksa angkut juga bila nak balik kg. Memang xleh tidur tanpanya.

wani berkata...

Masa pregnan..posisi tido mengiring jadi pilihan..hehe..