Tips untuk Ibu Mengandung

Walaupun anak ke 3, debaran dan keinginan untuk beri yang terbaik untuk bayi memang semangat.


Ibu Mengandung


Kepada ibu mengandung sekelian, tips dibawah adalah perkara yang perlu kita consider apabila disahkan hamil.






  1. Buat pemeriksaan antenatal




Sebaik mengetahui anda hamil, segeralah buat janji temu untuk pemeriksaan antenatal. Pemeriksaan ini penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Doktor sakit puan yang memeriksa anda sejak awal hingga akhir kehamilan dapat memantau kesihatan anda sepanjang hamil.







  1. Jaga pemakanan




Hamil bukan bermakna perlu makan untuk dua orang sebaliknya pastikan pengambilan makanan memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu sekitar 200 kalori sehari. Anda perlu bijak memilih makanan yang kaya dengan khasiat dan nutrisi yang diperlukan walaupun kadang kala ada ibu yang hilang selera terhadap sesuatu makanan. Tetapi ia boleh digantikan dengan makanan lain yang mempunyai khasiat yang sama.






  1. Jaga kebersihan makanan




Ketika hamil ada makanan tertentu yang perlu dielakkan oleh bakal ibu kerana ia membawa risiko kesihatan kepada bayi yang dikandung. Antaranya makanan mentah atau separuh masak seperti telur mentah, stik daging separuh masak. Ia boleh menyebabkan ibu terkena jangkitan bakteria salmonella. Bakal ibu juga perlu elakkan mengambil keju matang lembut seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton. Keju keras seperti cheddar dan keju lembut diproses seperti keju kotej, adalah selamat untuk dimakan.






  1. Jangan lupa suplemen asid folik




Suplemen yang satu ini sangat sinonim dalam kalangan ibu hamil. Ia sangat penting bagi membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Seeloknya suplemen ini diambil oleh bakal ibu yang merancang untuk hamil dan jika sudah disahkan hamil ia penting diambil sepanjang tiga bulan pertama kehamilan. Selain suplemen, ia turut boleh diperoleh daripada pemakanan terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkaya dengan vitamin.






  1. Lakukan senaman lantai pelvik




Biasanya wanita hamil mudah mengalami masalah tekanan inkontinens iaitu air kencing bocor akibat aktivti tertentu seperti bersin, ketawa, batuk dan senaman. Bagi membantu mengelakkan perkara ini , lakukan  senaman lantai pelvik sebelum atau semasa mengandung. Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ia akan terasa lemah daripada biasa semasa hamil disebabkan tekanan tambahan ke atasnya dan hormon kehamilan menyebabkan ia mengendur sedikit. Lantai pelvik boleh diperkuatkan dengan melakukan senaman lantai pelvic tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali.


SUMBER


InsyaAllah.. hanya yang terbaik untuk anak mama.



*******************************************************************



Dapatkan lebih info :


SET KEHAMILAN SHAKLEE


Atau hubungi saya


contact-icon


Saya menyediakan perhidmatan Cash on Delivery sekitar Shah Alam / Klang dengan consultation secara percuma.