Cara Menguruskan Rumah Tangga

Assalamualaikum Canteksss..


Tajuk tak beringat.


Tapi apa salahnya yang baik dikongsi.


Saya memang agak suka bab-bab organising ni sebab life saya selalu tunggang langgang because of tak tau nak buat keje yang mana dulu.


Pernah jadi tak bila kita tengah lipat baju, perasan ada baju yang memang anak kita dah tak bleh pakai, then kita bangun dan gi cari kotak untuk letak baju lama.


Jumpa kotak ada berisi barang lain, kuarkan dulu barang lain tu, masukkan baju anak-anak then teringat yang baju kita pun ada dah tak bleh pakai, selongkar almari gi cari baju kita pulak. Habis 1 jam disitu.


Then bila ditoleh, lipat baju terbengkalai, barang lama dalam kotak tadi tak tempat plak.


Sudahnya?


Mak stress.


So memandangkan rumah sekarang memang agak tak terurus, then laptop kat rumah pun rosak so tak bleh nak uruskan hal bisness dengan lancar so saya nekad untuk menyelesaikan urusan rumah tanpa gangguan.


Tips nak menguruskan urusan rumah dengan lancar :




1. Buat To Do List


Supaya kita sedar bertapa banyaknya kerja yang perlu dibuat dan susun ikut priority. No-no-no masukkan urusan lain yang tiada dalam senarai.




2. Stay away from smartphone - loptop - TV


Ni pengacau ni. Niat hati nak scroll newsfeed laju-laju, sekali tersadai berejam. Aduih ni memang pengacau.




3. Kenyang perut suka hati.


Tolong selesaikan urusan perut sendiri dan anak-anak dulu. Baru je mula lap-lap dapur sekali anak request fries, keropok, nugget, telur hancur. Hais.. boleh buat lepas tu rajin nak ngelap lagi sekali. Lagi bagus request siap-siap dengan family nak ishtihar hari gantung kuali barang sehari 2.




4.Sediakan keperluan sebelum memulakan tugas.


Alaaa... sabun habis.. ala.. berus dah rosak.. alaaa.. penyapu bengkok. Haissss macam-macam pulak yang takder.




5. Enjoyyyyyyyy.


Don't be so stress. Kalau tengah vakum lantai tu ajak anak menari sekali. Kalau Kaseh n Awatif suka bertenggek atas vaccum. Jangan stress senyum sambil suruh dorang kutip mainan dorang yang besepah tak kira masa tu.


Dan ini To-Do-List saya untuk weekend ni.


Todolist


Wish me luck canteksss semua..


Jom menari sambil mop lantai..


Have a nice weekend.

Tiada ulasan: