Cara Daftar Syarikat dan Akaun Syarikat

Assalamualaikum Canteks dan Berjaya

Alhamdulillah.

Macam saya dah intro di entry sebelum ini, saya dalam proses menunggu kelulusan untuk membuka akaun Syarikat.


Cara Mendaftar Syarikat


Mudah sahaja. Hanya perlu ke SSM terdekat ambil borang di kaunter, isi borang, tunggu giliran untuk pendaftaran dan pembayaran dan terakhir sekali tunggu cetakan sijil.


Apa yang perlu disediakan?



  1. 2-3 nama Syarikat yang kita inginkan. Fikir siap-siap beberapa pilihan sebab kadang-kadang nama yang kita nak tu ada orang lain dah guna.

  2. Photostat Kad Pengenalan

  3. Jenis dan perniagaan yang kita jalankan.


Tips berguna dari salah seorang mentor saya, kalau boleh nama Syarikat buat se general mungkin dan tak menggambarkan jenis perniagaan kita kerana kita mungkin akan gunakan syarikat yang sama untuk beberapa perniagaan lain. Nama Syarikat berbeza dengan nama kedai ye.


Contohnya, nama kedai / website saya "VITALYND.COM", sedikit sebanyak kita dah boleh agak jenis perniagaan tersebut.  Tapi nama syarikat saya adalah RELYND Enterprise, so kalau ada rezeki saya boleh gunakan Relynd untuk perniagaan lain nama tersebut tidak akan menjadi isu.  (Perbezaan antara Enterprise dan Sdn Bhd perlukan masa untuk terangkan).



Cara Buka Akaun Syarikat

Syarat membuka akaun Syarikat Maybank

1. Perlu ada Referal yang mempunyai akaun sayrikat bersama Maybank melebihi 1 tahun.

2. Deposit Rm  2000

3. Cop Bulat yang ada nama company dan no company

4. Salinan Sijil SSM

5. Salinan Kad Pengenalan



Syarat membuka akaun Syarikat CIMB


1. Cop bulat lengkap dengan Nama dan Nombor Company

2. Salinan Sijil SSM

3. Sijil Perniagaan (Syarat baru bermula November 2014)

4. Deposit Rm 1000

5. Salinan Kad Pengenalan


Pengalaman peribadi saya, cimb semakin strict dengan perlukan sijil perniagaan means kena ke Majlis perbandaran untuk dapatkan sijil. Saya buat online je so far so saya tak nampak keperluannya disitu.


Untuk Maybank pula, perlukan referall so kalau ada kawan yang boleh tolong untuk jadi referal so mudah lah. Tapi proses menunggu kelulusan tu ambil masa lebih 2 minggu. Dah lulus baru bank ini Rm 2000 sebagai pengaktifan akaun. So masa pergi bank tu tak perlu bawak duit Rm 2000 tu. Bila Maybank call bagi no akaun baru kita transfer online pun boleh.

So ini lah serba ringkas cara daftar syarikat dan buka akaun syarikat.

Harap perkongsian ini dapat bantu pembaca untuk move a step in your bisness.

Cara Daftar Syarikat dan Akaun Syarikat

Sedang mencari idea untuk bisness?

Jom sertai Team Vitalynd Empire dan lihat peluang perniagaan bersama Shaklee


Atau Hubungi Saya

contact-icon

1 ulasan:

NaF5z berkata...

salam, saya dalam proses untuk daftar syarikat. saya kurang faham... kia perlu daftarkan nama syarikat dgn ssm. mcm mana dengan nama kedai? perlu daftar juga ke?