Checklist Persiapan Menyambut Bayi Baru

Assalamualaikum Cantekss..


Samada baby pertama atau ke-2, ke-3 dan seterusnya, keterujaan mendapatkan kelengkapan bayi mesti berbeza.


Untuk yang pertama kali mesti macam tak tahu mana nak mula, apa yang patut beli dulu dan apa yang kemudian.


Ada yang terlebih excited sampai terbeli perkara yang tak penting dan mungkin menjadi pembaziran.


So kat sini mama yang dah masuk anak 3 ni nak share senarai kelengkapan untuk menyambut bayi baru.


Persiapan menyambut bayi baru


Checklist Baby



Pada pendapat saya, kelengkapan bayi lebih mudah disediakan beranding kelengkapan ibu. Sebab barang-barang dan pilihan agak direct to the point.



Pakaian


Pada saya tak perlu banyak beli baju bersaiz new born sebabnya baby membesar dengan cepat so kalau beli banyak nanti pakai sekali 2 dah tak muat. Dan percaya tak ada baju anak saya masa baby tak sempat pakai pun.


Saya suka beli baju berbutang di hadapan sebab lebih mudah nak pakaikan sebab jenis yang sarung ni agak takut sikit nak angkat kepala baby and paksa masuk kat kepala baby.


Dan macam saya jenis suka bedungkan baby so saya agak "jarang" pakaikan baby seluar so saya hanya pakaikan baju dan bungkus baby je dengan bedung. Plus, baby akan selalu berak / kencing semasa dalam pantang so kita memang akan kerap tukar lampin baby so that why saya tak pakaikan seluar.


Kuantiti yang diperlukan untuk short sleeve terpulang pada kerajinan nak basuh by daily ke selang beberapa hari. Pada saya 10 pasang pun dah kira banyak.


Long Sleeve pakai malam je so 3 pasang mencukupi.


Saiz pula tak perlu new born semuanya beli untuk 0-3 bulan juga ok untuk baby yang dijangka lebih 3 kg.


Tambahan lagi akan ada sahabat handai / saudara mara yang akan bagi hadiah untuk baby. Heeeee... So awal-awal tak payah beli banyak dan yang branded sangat sebab takut tak sempat pakai.


(Makcik memang pembajet)



Rompers


rompers


Bila baby dah masuk 2 minggu keatas saya dah berani nak sarungkan baju ke kepala baby memang saya suka rompers.


Rompers makes your parenting life easier. Heeee... Sebab macam saya nyatakan kat atas saya tak pakaikan seluar untuk baby yang dalam bedung. So rompers lebih menyenangkan.


Then kat bahagian leher rompers ada bukaan / butang so lebih mudah nak sarung kat kepala baby berbanding round neck shirt.


Rompers boleh pakai lama mean boleh beli / pakai secara longgar atau fit di badan bayi.


Mudah bila nak keluar untuk mempelbagaikan fungsi rompers dengan menggunakan legging. Means siang kita hanya pakaikan rompers so kalau kita keluar sampai malam dan baby dah kesejukan kita boleh pakaikan legging di bahagian dalam. So tak perlu bawak sepasang baju lengkap hanya bawa lengging sahaja.


Macam ni..


6-12m_ABCDE


Alala omeynya ontot dia.. rasa nak bab kuat-kuat.


DSC00331


Haaa.. gambar budak Kaseh 5 tahun lepas. Alololoh.. Rasa tak sabau nak pegang baby lagi bila tengok gambar dak Kaseh ni. Sabau ya sayang baby dalam perut mama.. Lagi separuh perjalanan je.. Ehhhh.. back to topic..


Ni lah fesyen anak saya masa baby.


Sebab mamanya mau simple je bila keluar. Malas nak bawak banyak barang. Bila breastfeed lagi la maknya lenggang kangkung.



Barut


barut bercorak 015


Saya cadangkan beli yang cotton. Lembut je. Boleh pilih nak yang jenis ikat tali or tape. Saya tak pernah guna yang tape so untuk baby sayang ni memang consider kot. Saje nak try.


Barut ni leh beli lebih sikit bukan sebab nak guna lama tapi akan ada insiden masa nak pakaikan baby terkucil sampai kena barut/ or baby yayak sampai bocor so nanti tak sempat nak basuh lak. So saya cadangkan beli 10 helai.



Bedung Bayi


Uit.. bedung pun ada teknologi tau.


Saya dulu guna kain lampin yang 4 segi tu je buat bedung baby. Cara buatnya macam ni.



download


Tapi terhad kalau baby tu tu besar nanti tak cukup kain nak lilit baby. Boleh juga kita beli kain  sendiri dan ikut ukuran keselesaan sendiri. Sebaiknya kain yang "sejuk" means tak memerangkap haba. Sebab selain untuk mengelakkan rasa sejuk baby, bedung juga berfungsi untuk "mengikat" baby means baby selesa dalam bedung so kalau dalam cuaca tengahri berbedung dengan kain yang tebal mesti baby tak selesa.


Teknologi terbaru pulak bedung moden ni.


bedung_bayi


Guna Velcro tape je. Senang tapi tak tau pulak saya tahap keketatannya.



Tilam baby



Tilam baby ada 3 pilihan / jenis


1. Tilam untuk baby cot


2. Tilam kekabu


3. Toto



Pada saya setiap tilam ni ada fungsi tersendiri so terserah kalau nak beli 1 set setiap jenis or 1 jenis sahaja.


Tilam untuk baby cot semestinya tilam yang kat dalam katil baby tu. Tak bergerak dan kekal disitu.



tilam 1


Tilam kekabu selesa untuk letak baby kat lantai. Or atas katil sebelah kita. Tilam kekabu ni selesa sangat untuk baby Tapi bila baby dah besar sikit means bila baby dah boleh guling-guling takut baby terjatuh so nanti tergolek lak dari tilam.



C360_2013-01-27 15-30-58


Toto.. menyenangkan. Toto leh lipat-lipat je. So kalau kita nak bertandang kat rumah orang atau saudara mara just lipat dan letak dalam kete. So bila baby nak baring or tukar lampin kita leh keluarkan toto tu. Tapi bukan toto yang boleh baring 1 keluarga tu ye.. tapi toto yang saiz kecil mcam tilam kekabu tu je.


Haissss... sambil-sambil google gambar untuk entry ni teruja lak dengan pilihan yang ada. heee..


So diharap perkongsian peribadi saya ini dapat memberi manfaat kepada semuanya. Ingat persiapan biar besederhana.. Jangan membazir..



Tiada ulasan: