Krisis Ekonomi 2015

Assalamualaikum Cantekss..


Ok hari ni rasa macam nak share hal ekonomi sikit. Bukan apa dalam awal tahun lepas kita dah dikhabarkan dengan "jangkaan" keadaan krisis ekonomi 2015.


It's good to know about what going to happen in the future tapi tak bermaksud kita kena ikut mood jangkaan itu.


Maksudnya kalau jangkaan mengatakan ekonomi dunia / Malaysia tidak bagus, adakah itu bermaksud yang ekonomi kita pun kena merudum juga?


Kita boleh baca dan kita boleh ambil tahu tapi itu tak sepatutnya mengganggu gugat IMPIAN kita. Maksudnya kalau kita berimpian nak tambah duit lebih, nak start bisness  atau nak jadi work at home mom, adakah kita perlu kuburkan impian kita tu disebabkan oleh masalah ekonomi.


Sooooo.. cara untuk menerima "jangkaan" ini secara positif adalah kita "berganjak / keluar" dari zone selesa kita.


Patut tak kita dah tahu pasal jangkaan ekonomi tak memberangsangkan tapi kita masih kekal di takuk lama / rutin lama tanpa berbuat apa-apa.


Dah tahu perkara tak best akan berlaku tapi kita dok diam-diam je dengan alasan apa?


"Kalau aku buat sesuatu nanti rugi"


"Kalau aku banyak bergerak, ekonomi tak best tu akan nampak aku dan akan menyerang aku"


Cuba tanya diri sendiri apa jawapan kita?


Atau adakah kita memilih untuk bergerak dan melakukan sesuatu supaya masalah ekonomi tak menggugat ekonomi peribadi kita?


Apa yang kita leh buat?


Apa yang ada dalam kawalan kita?


Adakah kita memilih untuk berhujah di media sosial meminta bantuan dari kerajaan? Dan adakah itu dalam kawalan kita? Kebarangkalian berhasil tu berapa %?


Adakah kita boleh minta majikan naikkan gaji kita tahun ni ? Adakah itu dalam kawalan kita?


Mana dalam kawalan kita? Meminta dari orang atau meminta diri kita melakukan sesuatu?


Inilah masa yang sesuai untuk berganjak dari takuk / zon selesa kita.


Lakukan sesuatu untuk menjana pendapatan tambahan.


Tiada masa? Tiada tenaga?


Kalau kita tak bersedia untuk buat sesuatu lebih dari semalam macamana tuhan nak bagi rezeki lebih dari semalam?


Kalau usaha kita sama macam semalam macamana rezeki nak datang lebih dari semalam?


Jujur.. bisikan ni yang saya tiup kat diri saya setiapkali saya rasa lemah. Saya kena buat sesuatu supaya Allah nampak "sebab" kenapa Dia kena bagi rezeki lebih kepada saya hari ini.


So saya kena terus berimpian dan berfikiran yang baik-baik supaya kehidupan saya juga akan jadi baik dan excellent.


03-inspirational-quotes-16-638




images (1)



Good Day and have a good and great year.

Tiada ulasan: