Assalamualaikum Canteks dan Sihat.
Hari ni Lynd nak share pasal buku yang Lynd tengah baca sekarang.
21 Formula Hidup Luar Biasa
Penulis : Asraff Ayob & Azizan Osman
Buku ni memang best untuk sesiapa yang sedang cuba menjadi insan yang lebih baik dan juga cuba memahami setiap amalan yang disaran dalam islam yang akan membawa kita kearah menjadi insan luar biasa hebat.
Jujur tiap kali baca buku ni Lynd terasa sentap / ditampar sebab banyak benda yang "konon" kita dah tahu tapi Lynd tak pernah go deep into the reason. Kenapa kita kena buat sesuatu amalan yang disuruh dalam islam seperti solat, doa, sedekah dan lain-lain.
Mungkin sebab ditulis oleh seorang ustaz dan penulis bersama adalah pakar kejayaan No 1 Asia so combination tu macam "in". Yup.. bab islam mungkin dah tahu kita kena solat tapi kenapa bila azan disebut "Mari menuju kejayaan".
Solat untuk menuju kejayaan akhirat ye.. tapi macamana dengan kejayaan dunia boleh dicapai dengan solat?
Macamana..?
Itu yang Lynd selalu fikir dulu tapi 1 per 1 persoalan "basic" terjawab lepas baca buku ni.
Kalau kena gaya memang kita rasa sayang nak tinggal solat termasuk solat sunat sebab bila kita dah tahu manfaat setiap kali kita solat.
Tu baru solat yang kita tahu wajib. Yang lain macam selawat, sedekah, doa dan lain-lain. Semuanya jelas dikupas dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Gaya bahasa orang kebanyakan orang even tak pernah pegang buku-buku ilmiah lain pun boleh faham.
21 Formula Hidup Luar Biasa
Bab 1 : The Power od Sedekah
Bab 2 : The Power of Seikhlas
Bab 3 : The Power of Serah
Bab 4 : The Power of Syukur
Bab 5 : The Power of Semangat
Bab 6 : The Power of Sabar
Bab 7 : The Power of Salam
Bab 8 : The Power of Sayang
Bab 9 : The Power of Segera
Bab 10 : The Power of Sejahtera Jiwa
Bab 11 : The Power of Selawat
Bab 12 : The Power of Senyum
Bab 13 : The Power of Serving Others
Bab 14 : The Power of Siddiq
Bab 15 : The Power of Silaturahim
Bab 16 : The Power of Suasana
Bab 17 : The Power of Suci
Bab 18 : The Power of Sujud
Bab 19 : The Power of Sunnah
Bab 20 : The Power of Syafaat
Bab 21 : The Power of Submission : Doa
Bab 22 : Upgrade Kedudukan Anda
Tips best bila nak baca buku ini.
Tips 1 : TAK PAYAH IKUT TURUTAN BAB..
Kita baca yang mana kita rasa nak tahu dulu
Tips 2 : 1 hari 1 bab
Bagi yang dapat bisikan "Tak sempat nak baca", "Buku ni tebal sangat lambat habis", " Tak boleh nak hadam kalau banyak sangat tips"..
Tips saya baca 1 hari 1 bab je, so 22 hari lah ambil untuk habiskan. Sebab bila baca dan kena "Lempang" tu, kita ada masa nak fikir dan renungkan dan kaitkan dengan kehidupan kita.
Buku ni bukan untuk dibaca untuk tahu jalan cerita tapi untuk masukkan apa yang dalam buku ni dan masukkan dalam jalan cerita hidup kita.
Sebab tu Lynd tekankan baca yang mana kita rasa nak tahu dahulu. Bukan ikut urutan bab. Itu pendapat Lynd sendiri lah.
Ini antara ayat yang berjaya buat Lynd sentap. Page ni ada dalam The Power of Submission : Doa.
Menjawab persolan bagaimana sifat Allah dalam memakbulkan doa dan juga kenapa doa kita "rasa" tak termakbul.
Serius.. you will see your life in different way.. Kita akan lebih yakin dan jalan kita akan rasa lebih terang untuk terus melangkah.
Ada sesiapa berminat tak nak dapatkan buku ni?
Masa gi IMKK hari tu pihak Richworks ada tawarkan harga istemewa untuk peserta. So Lynd fikir-fikir apa kata Lynd ambil lebih sedikit dan boleh share dengan kawan - kawan yang berminat.
Ok.. Untuk pembaca blog Vitalynd.com sahaja Lynd bagi tawaran istimewa.
Harga Buku : Rm 45.90
Kos Penghantaran : Rm 0.10
TOTAL (Termasuk Pos) : Rm 46.00
Mana nak dapat kos pos 10 sen?
Setem pun tak dapat. Tapi untuk berkongsi kebaikan dan manfaat apa salahnya kan?
Dengan Rm 46, anda akan dapat :
Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa
Poster + Book Mark + Calender Vitalynd.Com 2015
Cepat-cepat hubungi saya sebab buku tak banyak. Then takder stok lain dah lepas tu.
Lynd : 019 - 603 8353
COD : Klang / Shah Alam / Puncak Alam
2 ulasan:
[…] Lynd masih dalam proses membaca buku 21 Formula Hidup Luar Biasa. […]
[…] lepas baca dari 1 bab ke bab yang lain dalam buku 21 Formula Hidup Luar Biasa, Lynd akan terus apply dalam kehidupan Lynd sebab tu Lynd baca sikit-sikit sebab nak kasi faham dan […]
Catat Ulasan