Anak No 2 Hannah Damia Awatif

Assalamualaikum Canteks dan sihat.


Selamat tahun baru cina kepada semua masyarakat cina dan selamat bercuti kepada yang tumpang cuti.


This is a good things about Malaysia.


Ok lah.. Sempena hari cuti ni, mood entry blog pun santai. Rasanya kat blog ini saya tak pernah cerita lagi mengenai anak-anak say secara detail.


Tapi kat blog Kasehku-Hidupku memang banyak lah.


Soooo.. sebagai pengenalan saya perkenalkan My Puteri Ke- 2..



Hannah Damia Awatif.


01042012701


Lahir pada 300312 dengan berat 3.89kg.


Kussss semangat.. Anak istimewa ni membuatkan saya rasa nak beranak setiap tahun. Masa kecil budak ni memang tenang dan senang dijaga. Tido malam lena sampai ke pagi even dalam pantang. Tido pun tak berapa nak mengempeng sangat. Dah kenyang.. letak dalam baby cot.. terkelip-kelip pastu tidur.. Memang senang dijaga.. Boleh dikatakan sume senang lah. Bila dah wean off breastfeeding pun tak payah nak bertermos ke buat susu malam-malam. Dia tidur je sampai siang.


P1020742


Haaaa.. she is my toys..  Lynd suka uli dia.. golek-golekkan dia dan dia layan je. Bila dai dah masuk 2-3 tahun ni memang agak manja tapi pandai memujuk. Yes.. dia pandai pujuk kita.




"Nanti saya dah kaya saya belikan kereta baru untuk mama ye? Mama nak warna apa?"



20140926_074715


Kalau ajak sembang memang best. Dan saya rasa dia memang kesayangan kat nursery. Kakak-kakak selalu cakap yang sunyi kalau Awatif tak datang. Dannnnnn... budak yang takder masalah nak gi nursery.. She excited nak g school.. tak kisah lah dah cuti berapa lama pun.. dia tetap buat muke selamber tak mandi dia masuk sekolah.


20140713_121320


Kalau nak tidur memang tak boleh pandang dia.. sebab gerenti tak jadi tidur sebab sengeh dia tu, aura muka dia tu, manja minta peluk tu, adeh buat mama sasau tak jadi tidur.



20140725_205900


Awatif cinta hati mama. Budak yang buat sentiasa tersenyum.


Ouhhh.. taip ni je buat mama rasa nak golek-golek Awatif.


Ok.. Next entry saya introduce mengenai anak no 1 pulak.


(Heee.. citer anak no 2 dulu sebab idea datang dulu)

Tiada ulasan: