Bagaimana menyusun file di computer

Assalamualaikum Canteks dan Sihat.


Post kali ni nak share 1 lagi passion saya iaitu Home Organising.


Ermmm.. sebenarnya ramai yang kat luar yang kemas dan teratur dan organise.. tapi bezanyanya mereka share ke tak.


Macam kat blog-blog Omputih memang suka share kat blog mengenai Home Organising dari sekecil-kecil hal macam cara asingkan baju kotor sampai lah sebesar-besar cari susun baju dalam almari.


So entry Lynd kali ni nak share benda kecil je tapi Lynd dapat idea "kecil" ni dari blog home organising luar negara. Entry asal saya dah tak jumpa.. Tapi masa jumpa tu macam tersedar la..


"Simple things tapi sangat bermanfaat"


Ok.. Lynd nak share macamana Lynd susun file kat computer.


First hal-hal personal terutama gambar anak-anak, document2 penting dan hal-hal bisness. Boleh dikatakan 80% adalah gambar.


So macamana Lynd susun gambar dalam computer?


GAMBAR PERSONAL



Step 1 : Bahagikan itu TAHUN



How Organise Computer File 4Kalau ini first time nak buat house keeping dan banyak sangat gambar lama, boleh bahagikan pada kategori besar-besar dulu. Then bila ada masa baru go deep dan evaluate 1 persatu gambar.




Step 2 : Asingkan mengikut bulan dan Special Event 


How Organise Computer File 5


Yang ikut bulan tu mana yang gambar mix la. Macam gambar saje-saje anak-anak. Special event pulak macam gambar untuk acara-acara besar yang biasanya gambar pun banyak.


How Organise Computer File 7




Step 3 : Asingkan mengikut Special Event


How Organise Computer File 6


Then Yang special event tu letak nama event or boleh letak tarikh sekali.


Percaya lah.. kalau guna cara ni memang lagi mudah bila kita nak cari gambar terutama untuk update blog.


Dan 1 kelebihan lagi bila devide by month ni, kadang-kadang Bila memori dah full kita nak delete file dan tak sure gambar dari camera / handphone dah transfer ke belum.  So kita just copy ke computer, then bila nak paste ikut bulan, jika gambar tu dah copy kita boleh "skip" je lah file baru dan jika belum ada maka maka selamat lah kita.



Gambar Bisness


How Organise Computer File 2



Macam gambar bisness Shaklee pulak lebih simple. Saya divide by Set Shaklee dan Product Shaklee. Senang nak refer nanti.


So apa-apa pun file / gambar yang kita ada cuba kategorikan supaya computer kita tak penuh dengan file / gambar yang sama dan lebih mudah untuk kita cari balik.


So itulah cara Bagaimana menyusun file di computer yang Lynd amalkan.


Hope perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Kalau sesiapa ada idea best boleh la share. Walaupun kecil je tapi memang sangat berguna dan bermanfaat.


Bye..

Tiada ulasan: