Bersangka Baik

Assalamualaikum Canteks Sihat.

Jumaat sudah.. Hari ni Lynd join 1 lagi kelas Doctor Azizan Osman, Millionaire Marketing Mastering. Kelas kali ni fokus on marketing, banyak yang Lynd boleh apply dalam bisness di Vitalynd.Com dan juga bisness pusat service suami saya Redoz Motorsports.

Ehh.. Lynd tak nak citer pasal MMM ni, tapi Lynd nak share pasal apa yang Lynd belajar masa IMKK hari tu.



Allah Mengikut Seperti Sangkaan Hambanya

Apa yang dapat dari ayat yang simple tu

1. Kita perlu set/fokus dalam hati dan minda kita lebih kepada apa yang kita nak.

Kita kena selalu tanam dan ingat benda-benda positif kerana itu yang Allah akan beri sebab Allah ikut apa yang kita sangka.

Jika kita rasa kita bagus maka bagus lah Allah beri.

Jika kita rasa kita menarik dan orang suka kat kita maka menarik lah kita.

Sebab tu kita kena bisikkan benda-benda yang baik sahaja mengenai dirikita sebab itu adalah DOA.

2. Bersangka Baik Kepada Orang Keliling Kita.

Jangan sesekali bersangka buruk pada orang lain keranaitu umpama magnet. Buruk kita sangka maka buruk lah  yang datang. Bukan sebab "sangkaan kita betul" tapi Allah memakbulkan sangkaan kita itu.

Kadang-kadang benda simple je macam orang cakap jerit2 di kedai makan.. kita sangka mungkin orang ni tak beradap suka cakap jerit2.. mula fikir yang bukan-bukan.. Tapi sebenarnya mana tahu kawan dia tu kurang pendengaran ke.

Tapi.. dari dok fikir and ulas pasal orang tu Lynd ada tips camner sibukkan diri dari fikir pasal orang.

Tips Bersangka Baik :

Sibukkan diri dengan berselawat 1000x.

Pegang digital counter genggam dan boleh sorokkkan dalam genggaman.

So bila kita sibuk nak cukupkan 1000x tu so kita tak sempat fikir pasal orang. Pahala dapat.. jiwa bersih..

Serius.. cubalah.. anda akan "sibuk" dari bercakap kosong dan fikir yang bukan-bukan.

Harap perkongsian Lynd ni dapat memberi kebaikan dan manfaat pada semua.

Salam jumaat.

IMG-20140816-WA0004




Tiada ulasan: