Mommy Blogger

Assalamualaikum Canteksss..

Blog vitalynd.com memang agak baru. Tapi sebenarnya kehidupan saya sebagai blogger sudah agak lama. Tapi takder la tegar sangat setakat mommy blogger je lah.

mommy_blogger_hat

Saya ada 3 blog dengan platform blogspot.

Blog Personal Life : Kasehku Hidupku

Blog Home Organising : Hidupku Rumahku Terurus

Blog Bisness Shaklee : Mama Sihat Keluarga Sihat

Blog Kasehku Hidupku sememangnya menceritakan dan memaparkan kehidupan harian saya dan perkembangan dengan anak-anak. Sayang sangat dengan blog tu sebab banyak sangat milestone Kaseh di kongsi disitu. semestinya anak first memang excited sangat semuanya nak di abadikan dalam blog.

Di blog tersebut banyak cerita pasal breastfeeding dan sebab itulah banyak silaturahim dengan blogger2 lain terjalin.

Then masa mengandung anak ke -2 mula jatuh cinta dengan Home Organising dan banyak entry-entry asalnya saya share di Kasehku tapi macam tak best pulak sume dilambak dalam 1 blog. Masa terberanak la blog Rumahku Hidupku Terurus.


Then since mencebur diri dalam bidang bisness Shaklee, saya create blog khas untuk bisness. Dan Vitalynd.com adalah penjenamaan semula Mama Sihat Keluarga Sihat.

So bermula sebagai suka-suka sebagai blogger sekarang menjadikan ilmu blogger ini sebagai punca pencarian.

Sebab tu saya seronok sangat dan galakkan kepada ahli Shaklee yang berdaftar dengan Vitalynd Empire untuk menceburkan diri berbisness melalui blog dan saya sedia untuk ajar mereka yang berminta dalam Vitalynd Empire.

Sekarang ni tengah dok pikir-pikir nak share kat vitalynd.com atau di Kasehku Hidupku mengenai my personal life untuk membuatkan blog ini lebih bewarna warni.

Apa pendapat rakan-rakan canteks?

HiRes-e1359145422990

Tiada ulasan: