21 Formula Hidup Luar Biasa Power Of Selawat

Assalamualaikum.

Lynd masih dalam proses membaca buku 21 Formula Hidup Luar Biasa.

1 Hari 1 Bab.

Selain tidak mengambil masa yang lama dan untuk pastikan kita tidak rasa terbeban "masa" untuk duduk dan membaca, Lynd suka baca 1 bab sehari sebab Lynd ada masa nak "hadam" sesuatu topik. Penerangan dalam tu simple dan gaya bahasa yang santai so buku tu bukanlah macam "kitab" atau buku rujukan agama.

Macam malam tadi Lynd baca mengenai "Power of Selawat".

Ini kisah Lynd sendiri mengenai selawat. Sebelum ni Lynd pelik dan tak faham kenapa kita selawat. Memanglah ada baca mengenai kebaikan selawat dan fadhilat selawat tapi tak faham kenapa.



"Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah. Tempat dia sudah ditentukan di syurga. Kenapa kita kena berselawat dan berdoa untuk nabi? Tempat kita yang belum tentu ini yang perlu di doakan untuk diri sendiri"



Bukan nak mempersoalkan tapi tak faham. Bila tak faham perasaan nak buat tu takder. So tak payah lah buat. Itulah sifat manusia.

Then mula-mula Lynd cuba nak faham masa program Klinik Usahawan 2014 rasanya. Program Doctor Azizan Osman yang percuma di Times Square. Katanya..



"Selawat ke atas Nabi Mohammad SAW tu bukan untuk dia.. Tapi untuk kita..

Dia tak perlukan selawat kita pun, tempat dia dah sah di syurga"


Untuk kita?

Tahu konsep sedekah? Kita beri 1, Allah beri 10x ganda.

Sama jugak selawat. Kita selawat 1 kali Allah bagi balik 10 rahmat.

Faham tak Cik Lynd....!!!!!!

Allah sediakan lubuk pahala untuk kita. Tinggal buat je.

Allah.. Sayangnya Dia dekat kita. Menyediakan lubuk-lubuk pahala untuk kita tangkap dan gunakan.

Masa tu rasa nak nangis. Kenapa la aku tak nampak semua ni dulu.

Then malam tadi baca buku 21 Formula Hidup Luar Biasa, The Power of Selawat, membuatkan saya lebih faham lagi.

Kisah rahsia kejayaan luar biasa seorang hartawan yang baru nak belajar mengaji dengan lancar tetapi dia sudah dikurniakan harta, kehormatan dan anak-anak yang berjaya.

Apa tips dia dalam bisnes? Jawapannya "Dia tak tahu sangat uruskan bisnes, adik-adik dia yang banyak tahu"

Apa tips dia dalam mendidik anak-anak ? Jawapannya "Biasa-biasa sahaja. Anak-anak dia dihantar ke sekolah harian biasa je bukan sekolah private atau berasrama"

Habis takkan senang-senang macam tu je kehidupan dia?

Mesti ada rahsia lain.

Dan akhirnya dia setuju dedahkan rahsia dia kepada penulis buku 21 Formula Hidup Luar Biasa, Ustaz Asraff Ayob dengan 2 Syarat.

Apa syaratnya? Tak penting.. Kalau nak tahu baca sendiri 21 Formula Hidup Luar Biasa.

Tapi saya dedahkan rahsia dia.

 20150304_231522

The Power of Selawat.

Tak percaya?

Simplekan?

Dalam buku 21 Formula Hidup Luar Biasa ada menerangkan kenapa Allah suka sangat hambanya yang berselawat.

Dan hari ini saya terus tanya pakcik google mengenai selawat. Saya jumpa 1 blog ni. Full page pasal selawat.




Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat


1. Para Malaikat berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:

  1. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.

  2. Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.

  3. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.

  4. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.

2. Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:

a. Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.

b. Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.

c. Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat dunia.

d. Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.


Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”



3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:

  1. “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).

     2. “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

.

  1. “Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].

.

  1. ” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

.

  1. “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”




Allah.. Senang-senang je. Tu nak buat?

Lynd bazirkan 31 tahun macam tu je. Tapi tak per Lynd at least tahu jugak akhirnya. Syukur sebab masih diberi kesempatan untuk tahu. Barang yang lepas usah dikenang. Yang penting saya bertindak sekarang untuk mempergunakan "lubuk pahala" yang Allah dan bentangkan.

Saya harap, pembaca yang lain juga dan dapat apa yang saya cuba sampaikan.

selawat-solat-ghaib

2 ulasan:

Look For Someone You Can Talk With berkata...

[…] Boleh baca Power of Selawat kat sini. […]

Amalan Hari Jumaat Sunnah Untuk Wanita berkata...

[…] Power of Selawat […]