Aku Tiada Cara Berhenti Merokok

[Manusia Takkan Berjaya Buat Aku Berhenti MEROKOK - Perokok tegar 20 tahun]


Alhamdulillah hari ni last day saya di program MMM.. Tiap kali break, Lynd dan  kawan-kawan dikenal ni akan makan dan duduk bersama berkongsi cerita dan kehidupan lepas IMKK awal bulan lepas..


Dalam banyak2, kisah ni paling touching.. bergenang air mata saya dengar.




Bila sorang rakan bertanya
"Eh.. orang-orang yang buang rokok masa IMKK hari tu camner ye? Dorang berenti merokok terus ke?"


So kawan yang sorang lagi ni bukak cerita..


Dia datang dengan adik dan adik ipar dia yang merupakan perokok tegar. Semasa dalam 1 sesi di IMKK tu, macam orang lain hampir semua perokok mencampakkan rokok dalam plastik sampah yang disediakan sebagai ikrar untuk berhenti merokok.


Seminggu lepas IMKK pasangan ini balik kampung. Si ibu mintak lighter sebab nak bakar sampah, tapi si anak ni jawab,


"Saya mana ada lighter, saya dah tak merokok"


Maka ibunya masuk rumah dan jumpa si isteri sambil menangis "Apa yang ko dah buat kat suami ko? Dah lama mak suruh dia berenti tapi tak berjaya, ni kenapa tiba-tiba? "


Si Isteri diam je..


Maka adik beradik bertanya lah pada si suami Cara berhenti merokok dan kenapa dia berhenti merokok dengan tiba-tiba?


"Kalau kau nak berhenti merokok sebab kesihatan, sebab sayang anak bini ko takkan berjaya.
Ko akan berjaya jika ko nak berhenti sebab ALLAH"


Berubah air muka adik beradik merokok yang lain.


Tu je yang dia cakap sebab orang takkan faham apa yang kami jalani dan alami di IMKK kalau tak alami sendiri sendiri. Baik diam dan buat biar result yang bercakap.


Ada sekali si isteri tanya si suami tak sakit ke or tak teringin ke bila tiba-tiba je berhenti merokok?


Jawapannya, bila dia rasa dan teringat je kat rokok dia akan buat solat sunat. Kalau waktu pagi dia buat solat sunat dhuha dan solat sunat lain yang sesuai dengan waktu.


Mengalir air mata isteri.. tak sangka mendalam kesannya walaupun dalam masa 3hari setengah sesi IMKK tu berlangsung. Sekelip mata perubahan..


Allah.. Sesuatu itu hanya boleh berlaku kerana Dia dan sebab Dia..


Cuba tanya diri, jika kita ingin berubah, kerana siapa?
Sebab Siapa?



Tiada ulasan: