Happy Birthday Kesayangan Dan Kebijaksanaan

Hannah Damia Awatif..


Kasih Sayang, Kebijaksanaan, Kesayangan.


Haaaa.. nampak tak di situ?


2 kali penekanan "Sayang" kat nama budak ni.


Tu yang terlebih kesayangan..


Tang bijak? Panjang akalnya.. lagi-lagi tang bahasa dia..


01042012701



07042012715-Optimized



31032012699



Inilah budaknya.. Hari-hari terawal kelahiran.


Kerana Awatif lah mama bersedia untuk bijak.


Masa mengandungkan Awatif ni, mama berdebar sebab takut tak dapat handle 2 orang anak. Kerana Awatif lah mama belajar dan berkecimpung dalam dunia Home Organising. Kes gelabah punyer pasal. Tapi Alhamdulillah.. kerana Awatif lah mama lebih bijak dan tenang handle budak 2 ketui.


Walaupun masa lahirkan Awatif agak tragedi sikit, proses contraction sampai bersalin sume "senang" tapi nak keluarkan budak 3.89kg tu secara normal dan "mudah" menyebabkan mama ke OT.


P1020265-Optimized



Budak selamber tenang..


Yes.. tenang dan senang..


Tak mencabar macam kakak.


Kalau ingatkan senangnya jaga Awatif ni masa kecik-kecik memang anak lagi 8 pun sanggup.


Tak pernah terfikir pun dalam pantang boleh tidur dari malam sampai ke pagi.


Yes.. Dari dalam pantang, sampai ke setahun sampai lah dah stop susu badan budak dodet ni memang tak bangun malam.


Bukan ke itu yang biasa jadi igauan ibu-bapa?


Dengan Awatif.. mama tidur malam macam takder anak kecik. Masa minum botol pun memang takdernya bawak termos ngan botol susu masuk bilik.


Masa nyusu badan pun lepas susukan, letak kat baby cot, terkelip-kelip lepas tu tidur.


Tak ker nikmat ada anak macam tu?


Gi nursery pun.. tiada istilah menangis taknak gi sekolah. Meragam ke apa. Selamber tenang.. mama yang risau budak ni tenang sangat naper? Tak sayang mama ke? Tak sedih ke mama nak gi work ni?


Ok mama touching lebih.


P1020948



Tenang tak saya di pagi hari? Saya tenang pun mama ada masalah?


20130202_104717 20130202_104750



Bila semakin besar, keceriaan makin terserlah. Peramah dia semakin berkembang. Manjanya jadi igauan.


Budak ini.. boleh buat kita sengeh sorang-sorang. Dia memang toys mama. Digolek.. digentel.. diuli.. itulah Awatif.


Riak muka dia yang selamber.. Sengeh dia bak bulan.. Manja dia yang menggoda.. Ouhhhh.. buat mama rasa taknak berganjak.. Dunia hilang bila mama dengan Awatif.


Haslinda Lynd 2 Haslinda Lynd 3 Haslinda Lynd



Haaaa.. tak tahan tengok gambar-gambar Awatif..!!!


Di usia 3 tahun.. kebijaksaan bercakap tak dapat dibendung lagi.


Celoteh dia.. peramah dia.. Memang meleleh air mata..


Suara halus dia memang...ermmmmm... Tak tau lah..


Mungkin sebab tu lah dia kesayangan.. Kesayangan nursery, acu, nenek dan semua orang.. Sebab suara manja dan bodek dia memang menghiburkan.


Pandai ambil hati.. Allah.. terima kasih atas kurniaan pinjaman-Mu ini.


Kalau orang kata tunggu bulan jatuh ke riba.. Yes.. bulan dah jatuh keriba dan dalam pelukan mama.


3 tahun Allah pinjamkan Awatif.. dan mama harap pinjaman ni kekal selama-lamanya..


Semoga Allah beri mama kebijaksanaan untuk mendidik anak-anak Syurga ini supaya kita dapat berkumpul lagi di syurga.


Terima Kasih Allah..


Atas kurniaan Anak Syurga ini..


Ketahuilah Awatif.. Mama adalah mama yang paling bertuah kerana menjadi mama kepada Awatif.


3 tahun yang indah.. dan demi masa depan yang terang.. Mama Doakan Awatif berjaya dunia akhirat..


Happy Birthday and I Love You Hannah Damia Awatif.


Haslinda Lynd 4


Terima Kasih Allah.

Tiada ulasan: