Kenali Siapa Vitalynd sebagai Pengedar Shaklee

[ Siapa dan Apa Vitalynd Health and Beauty ]


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya Haslinda (Lynd), pemilik website vitalynd.com dan juga Page Vitalynd Health And Beauty 




Kepakaran saya adalah membekalkan Set Berpantang / Bersalin Jenama Shaklee dan juga memberi khidmat nasihat / konsultansi pemakanan dan penjagaan ibu dalam pantang.


Saya juga menyediakan khidmat nasihat mengenai penyusuan susu ibu, pengurusan dan persediaan bagi ibu bekerjaya dalam menyusukan anak.


Saya adalah ibu kepada 2 orang cahayamata dan bakal menimang cahaya mata yang ke -3 pada bulan May 2015. Saya berpengalaman sendiri dalam menyusukan 2 puteri saya disamping kerjaya sebagi seorang jurutera. Saya juga menerima latihan mengenai kaedah penyusuan susu ibu dari sebuah persatuan yang disokong oleh WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) dan juga dari Hospital Kuala Lumpur atas tiket Sukarelawan Penyusuan Susu Ibu.


Kenapa saya memilih Set Berpantang Shaklee sebagai FOKUS saya?


Jenama Shaklee adalah jenama makanan tambahan terbaik didunia tetapi kenapa saya hanya fokus pada Set Berpantang sahaja?


Proses Melahirkan seorang bayi adalah umpama "Reset" button untuk seorang wanita kembali mendapatkan tubuh badan yang sihat dan bergerak aktif selepas 9 bulan "berjaga-jaga" membawa kandungan. Oleh yang demikian seorang wanita itu perlu mendapat nutrien dan penjagaan terbaik semasa proses berpantang atau dengan kata lain proses pemulihan.


Selain itu, proses bersalin adalah merupakan butang "START" untuk tugasan baru sebagai ibu. Jika sebelum ini, hanya diri sendiri sahaja yang dijaga tetapi dengan adanya si manja yang dilahirkan, ia umpama "nyawa" yang ke- 2 yang perlu dijaga dan perlu diberikan yang terbaik.


Oleh yang demikian, amatlah penting dalam kehidupan seorang wanita untuk mendapat penjagaan dan proses pemulihan yang CEPAT dan TERBAIK dengan kos yang BERPATUTAN semasa dalam pantang.


Kepada para suami, mereka juga harus faham mengenai kepentingan penjagaan isteri semasa dalam pantang supaya suami juga dapat memantau dan memastikan isteri tersayang mendapat khasiat dan layanan terbaik dalam pantang.


Selain dari itu, salah satu matlamat saya yang lain adalah membantu menyediakan peluang menjana pendapatan tambahan tanpa modal bagi wanita dan lelaki diluar sana melalui skim yang ditawarkan oleh Shaklee. Pendaftaran keahlian Shaklee dibawah Vitalynd Empire akan melayakkan ahli mendapat bimbingan menjana tambahan bermula dengan secara sambilan sehingga membina empayar sendiri.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk Shaklee yang lain termasuk set kesihatan lelaki, kesihatan kanak-kanak dan warga emas, dan juga peluang perniagaan yang disediakan oleh Shaklee, sebagai Pengedar Shaklee Malaysia boleh layari www.vitalynd.com atau hubungi saya (Haslinda) melalui sms / WhatApps di talian 019 - 603 8353.


Terima Kasih.
Jagalah tubuh badan kerana ia adalah amanah dari Allah



Tiada ulasan: