Kenapa Saya Bersusah Payah

[ Kenapa Saya Bersusah Payah?]


Kenapa saya memilih untuk bersusah payah memerah otak dan keringat untuk berkongsi kebaikan produk dan peluang menjana pendapatan?


Kenapa saya tidak memilih untuk tercongok depan tv, menguruskan rumah tangga 1 per 1, melayan anak-anak sepuas-puasnya dan menjalani hidup yang tenang?


Kenapa saya memilih untuk menyusun dan menyelitkan segala tanggungjawab saya sebagai ibu, pekerja sepenuh masa dan part time bisnes dalam masa 24 jam yang sama seperti orang lain ada?


Kenapa? Kerana DUIT?
Terdesak sangat ke kewangan saya?


--------------------------------------------------------------------------------


SEBAB 1 : Saya "penat" membaca kisah orang.


Yes.. saya penat baca cerita orang..


"Dia selesaikan segala hutang dalam masa 4 tahun.. Dia buat gini..begitu.. dan begini.. sudahnya hidup dia bebas hutang sekarang"


What???? Bukan ke normal kehidupan dengan hutang kerete, hutang kredit kad, personal loan, ansuran pinggan mangkuk, main kutu untuk bayar road tax. Dapat gaji.. bayar hutang..
Kalau ko takder hutang tak normal.


Setakat ada duit sikit-sikit dari bonus sekali setahun boleh je nak bawak anak-anak gi berjalan, nak renovate rumah sikit-sikit. Dah lah.. itu kehidupan normal.


"Pasif income dia buat dia boleh pergi bercuti sebulan pun takper.. gi haji / umrah tiap tahun.. Anak dia tak sihat tak payah fikir nak apply cuti.. Masa dia untuk keluarga no 1 kerana masa dia untuk bekerja dan dapat duit tu no 2.."


Penat baca kisah orang "TAK NORMAL".. Aku pun nak kehidupan tak normal macam tu..
Penat sangat bercerita hal orang..
Bila aku nak cerita hal aku, apa yang aku buat hingga aku berada di tempat yang orang lain pun nak jadi macam aku?


Penat baca dan dengar cerita orang.. biar aku penat berusaha untuk buat kisah aku sendiri..


----------------------------------------------------------------------------------


SEBAB 2 : Kalau Saya Mati...


Pejamkan mata sejenak... kalau aku mati..


** Siapa nak bayarkan hutang aku?
** Siapa nak bagi duit belanja kat mak ayah aku?
** Berapa biji masjid aku dah buat untuk jadi saham aku kat kubur?
** Ada ke "Mama Baru" yang sanggup menanggung anak-anak aku?


-------------------------------------------------------------------------------------


SEBAB 3 : Ini je yang aku tahu..


Kenapa Shaklee?
Bukan bisnes lain yang "menjanjikan" pulangan lompat bintang..


Sebab ini je yang aku yakin dan aku "mampu"..
Aku takder modal berkoyan-koyan nak bukak kedai..
Aku takder kemahiran buat kek, jahit manik, bagi training, atau apa-apa kemahiran lain.


Yang aku mampu menjaga kesihatan sendiri, rasa berkesan, aku kongsi. Perkongsian yang membawa manfaat kepada orang memberi manfaat kepada orang lain.


Aku takder masa 36 jam untuk join meeting, jumpa supplier, gi cari pelanggan. Aku hanya ada masa 24 untuk tercongok depan computer / hp untuk berkongsi, belajar dan berbincang dengan rakan niaga yang lain.


--------------------------------------------------------------------------------


Dan kerana 3 sebab inilah saya memilih untuk keluar dari zon tersadai.. Saya nak "design" kehidupan saya sendiri..
Saya baru tahu "Allah mengikut seperti sangkaan hamba-Nya"


Saya tak boleh menjalani kehidupan "Normal"
Saya nak jadikan kehidupan "Impian" itu menjadi sesuatu kehidupan "Normal".. Bukan sekadar mimpi..


Saya mula bermimpi.. dan biar Allah beri apa yang saya sangka..
dan itu kehidupan "Normal" saya.. Dan bukan lagi sekadar membaca kisah kehidupan orang lain..


Saya mahu Normal kan Impian saya..
Dan sebab itulah saya bersusah payah demi "menormal"kan Impian saya..


Haslinda Lynd
I create and design my own life..


https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=797476503670833&id=686796594738825

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=797476503670833&id=686796594738825

1 ulasan:

Jacky berkata...

Susah sekejap, hasilnya inshaallah manis..