Look For Someone You Can Talk With

Look For Someone You Can Talk With


Assalamualaikum Canteks Sihat.


Hari ni jumaat. Kita cerita santai sikit lah.


Anyway.. jumaat.. dah selawat?


Boleh baca Power of Selawat kat sini.


Oklah.. hari ni Lynd nak share sikit dengan seseorang yang Lynd sangat admire.


Seorang lelaki India, Rajoo yang Lynd anggap dia macam sifu. Sifu dalam kerjaya dan juga life.


Dia suka cerita pasal ermmm.. nak kata personal life pun tak jugak . Tapi dia suka cerita how he self motivate diri, dia suka cerita pasal how he communicate with God some sort of that. Ouhhh.. dia memang jarang cerita pasal isu semasa macam politik ke atau sembang-sembang kosong.


Ok dia ni saya rasa dah umur 6o lebih dah. Sebenarnya dah retire then company panggil dia kerja balik sebagai contrak untuk support "young engineer". Tapi semangat dia, energy dia, kesihatan dia omak aihhh.. kalah kita yang muda.


Dia cakap masa awal-awal masuk dulu dia macam risau sebab gap umur / generasi akan mengganggu serba sedikit kerja. Tapi kami-kami ni kan out going.. dan dengan rasa hormat membuatkan kita boleh IN. Tapi tu la hal-hal main2 gurau-gurau ni dia gelak je la.. (Tiba-tiba terbayang senyuman dia).



Dia selalu bagi kata-kata semangat. Dia selalu cerita macamana dia bermonolog dengan "mesin" kat kilang ni kalau dia hilang punca bila nak settlekan masalah. Mula-mula tu saya tak faham.. tapi saya suka dengar dia cakap.. dia suka sebut pasal "GOD".. Dia sangat percaya pada tuhan dan dia sangat bergantung dan menyerahkan diri kepada tuhan mengikut kepercayaan dia lah.


Dan saya suka dengar..


Tapi.. Saya tak berapa nak hadam.. mean faham tapi tak masuk ke dalam hati.


And selepas saya join IMKK, ada beberapa sesi dengan Doktor Azizan Osman mengingatkan saya pada Rajoo ni. Yes.. apa yang DOA ajar dan cakap ada berkait dengan apa yang Rajoo cakap. Dan dari situ saya faham apa yang Rajoo cuba sampaikan sebelum ni.



Then bila kat ofis, saya jadi makin suka sembang ngan dia sebab saya rasa terus masuk ke hati.


Dia sangat pandai appreciate orang, positif and always give a good energy to people.


The 1 hari tu saya hantar email kat dia,


They Have Life 2


Entah macamana, jika sebelum ni saya hanya suka mendengar dari dia.. Kali ni saya jadi "pandai" menyuarakan kefahaman saya. And it makes me feel sooooo good. Bukan rasa bagus. Tapi nikmat berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Dan saya rasa itu yang Rajoo rasa selama ni bila dia suka bercakap mengenai self motivation.


Dah lama saya hantar email ni dan hari ni baru dia reply.


They Have Life


Ouhhhh.. dia buat saya rasa yang saya ni manusia berguna.


Saya risau jika dia tak faham.. tapi.. bila kita bercakap dengan orang yang minat yang sama insyaAllah mereka akan faham. Yang penting diri nak cuba improve diri.


Ingat lagi DAO cakap "tak guna bagi minum dekat kuda yang tak dahaga, ko letak air yang paling sedap dalam dunia ni pun belum tentu dia nak minum"


Setiap hari kita akan cuba share sesuatu dengan orang dan kita kena cuba terima apa yang orang cuba share dengan kita.


Tak faham takper.. insyaAllah 1 hari nanti bila Allah tiupkan kefahaman itu kedalam hati dalam masa yang singkat sahaja kita boleh faham semua.


Yang penting hati nak berubah.


Saya bertuah sebab dikelilingi oleh orang-orang yang positif.. dan jika kita tak boleh cari orang yang positif di keliling kita.. kita kena jadi positif supaya kita boleh jadi "orang yang positif" dikalangan orang yang memerlukan cas positif.


Hope kita semua belajar sesuatu hari ini.. selamat hari jumaat yang cemerlang..


Have a nica day..!!!


Tiada ulasan: