Persiapan Ibu Hamil Part 1 - Polisi Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum.


Kepada ibu hamil yang sudah mula pergi check up mesti dah biasa sangat dengar mengenai Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan.


Even kalau nak buka buku merah di Klinik Kesihatan pun memang akan ada 1 sesi briefing mengenai breastfeeding ni.


Kisah benar masa Lynd mengandungkan anak pertama, Kaseh. Lynd anggap polisi adalah polisi.. hanya untuk diketahui dan takder orang ikut pun.


Ada kawan kat tempat lama Lynd keje dulu, Kak Anita dulu mengangkut beg pam susu Avent masa tu, so kita pun excited juga lah nak beli tapi tak pernah set target pun sampai bila nak menyusu walaupun tahu pasal polisi bagai.


Dan entah macamana berkesempatan berborak dengan Kak Anita dan dapat tahu dia menyusukan anak-anak dia sampai 2 tahun.


Dan masa tu lah baru Lynd sedar yang polisi tu bukan polisi semata-mata. It's work..!!!


Masa tu lah baru berkobar cari ilmu penyusuan. Cari ilmu pasal persiapan menguruskan EBM, cara pegang baby semasa menyusu dan cabaran-cabaran semasa menyusu. Dan baru lah tahu penyusuan susu ibu yang sepatutnya natural dah tak natural dah sebab banyak sangat cabaran dan mitos yang menjadi "kepercayaan" masyarakat hari ini.


So jom kita tengok apa itu Polisi Penyusuan Susu Ibu.


Polisi Penyusuan Susu ibu



Ok.. Dapat?


Penyusuan Susu Ibu secara Ekslusive selama 6 bulan.


Tak payah air masak, tak payah nestum / bijirin bayi atau susu formula sahaja.


Kenapa?


Disebabkan itulah susu ibu adalah susu terbaik. Nutrisi yang lengkap dalam susu ibu sudah cukup untuk menampung keperluan nutrisi dalam badan bayi.


breastmilk_vs_formula


Malah kandungan nutrisi dalam susu ibu adalah lebih baik dan lebih banyak dari kandungan susu formula.


Jadi kenapa pilih susu formula?


Kenapa perlu "topup" dengan susu formula dan makanan tambahan?


Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk kepentingan bayi dan ibu.


Tidak perlu fikir 2 kali.


Bayangkan kita tiada pilihan lain selain susu ibu sahaja.


Dan teruskan menimba ilmu mengenai penyusuan susu ibu.



----------------------------------------------------------------------



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty


Tiada ulasan: