Power of Syukur dan Sabar

Assalamualaikum.

Lynd nak share pengalaman Lynd yang masih baru dialami 2-3 hari ini.

Serius.. lepas baca dari 1 bab ke bab yang lain dalam buku 21 Formula Hidup Luar Biasa, Lynd akan terus apply dalam kehidupan Lynd sebab tu Lynd baca sikit-sikit sebab nak kasi faham dan apply dalam kehidupan.

Jumaat malam lepas, anak-anak Lynd tidur awal.

Si kakak lepas makan nasi terus baring dan tidur dalam pukul 10.30 malam. Biasa kol 12 pun jenuh lah nak kena baring sama dengan dia sebab nak kasi tidur.

Si adik Awatif pun sama, tapi mengadu sakit mata and saya nampak mata belah kanan macam bengkak sikit.

Kaseh Awatif

Then saya decide untuk tak kerja hari sabtu tu sebab takut betul dia tak sihat. Nanti papa dorang kena bawak gi bengkel pulak budak-budak ni.

And yes.. Pagi tu memang Awatif demam dan muka dia macam bengkak.

So Lynd bagi dia makan Chew Vitamin C dan minum air banyak-banyak. Panas badannya tak la teruk sangat dan dia still melasak macam biasa. Kerisauan tu kurang lah.

Tapi sebalik kerisauan itu terselit rasa SYUKUR dan SABAR.

Ermmm.. syukur kerana dia mula demam weekend so takder lah lama sangat saya perlu ambil cuti.

Redha sebab saya tak ingat bila last Awatif demam. Dia memang jarang demam atau batuk selsema berbanding Kaseh yang hampir setiap bulan ke klinik masa dia bawah 3 tahun dulu.

Dan budak nama Awatif ni memang senang dijaga. Senang diberi ubat. Allah kalau ada 4-5 orang anak lagi pun sanggup kalau macam Awatif ni.

So saya redha bila Awatif tak sihat sebab itu bukan ujian untuk dia tapi untuk saya sebenarnya. Selama ni dia mudah dijaga takkan sesekali tak sihat macam ni saya nak stress.

So.. pelik tapi benar "Syukur anak demam".

Then ahad, dia mula nampak ruam kat badan dia. Macam elergy dan saya ingat Awatif pernah kena dulu. Badan dia gatal-gatal tapi dengan tabah dia menggaru sana sini. Tak merengek. Cuma saya kesian tengok dia tak boleh tidur. Dan cuma masa mandi dia macam takut-takut mungkin sebab kulit dia dah calar disebabkan dia menggaru.

So malam hari ahad tu saya fikir saya kena EL hari isnin. Walaupun mungkin demam dan bengkak Awatif tak menyusahkan nursery untuk menjaga dia tapi saya rasa bersalah takut berjangkit dengan anak orang lain.

Awatif


Budak ceria walaupun muka bengkak.

So saya terfikir, Isnin saya cuti apa nak buat ye sebab bukan susah pun nak jaga Awatif. Nak kena rancang betul-betul supaya boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Takut dok terbaring sampai petang dengan Awatif yang dok melasak.

Allah Maha Besar.

Kuasa Sabar.

Kuasa Syukur.

Setiap ujian yang diberikan pasti akan ada ganjarannya.

Saya terfikir / terdapat idea, why not saya attend kelas Master Cery?

Memang dia ada buat kelas hari ni 9 March dan kelas tu 2 jam sahaja. Dannnn.. memang saya nak sangat gi kelas tu sebelum ni tapi disebabkan saya dah kerap sangat cuti bulan 2 sebab attend IMKK dan MMM so saya macam "tunggu akhir bulan la" so takder la nampak sangat setiap minggu saya cuti.

Tapi percaturan Allah itu memang hebat.

Allah dengar dan tahu hajat saya yang nak sangat pergi kelas tu, jadi dia atur dan susun kehidupan saya.

Allah Maha Besar.

Masa saya terfikir hal ni.. memang dapat rasa sangat-sangat Allah Maha Mendengar.

Allah Maha Hebat.

Allah Maha Berkuasa Menyusun Isi Alam.

Kalau Awatif tak demam agak-agak saya "terpaksa" ambil cuti tak?

Dan "terpergi" kelas Master Cery tak?

Master Cery

So pagi tadi mengangkut Awatif anugerah Allah ni. Dia anak bertuah. Saya tumpang rezeki dia.

Perasaan Syukur tak payah cakap lah bila Allah tunjuk kekuasaan dia depan mata. Atau sebenarnya selama ni banyak je kekuasaan Allah dah tunjuk tapi tak nampak. Bila nampak meleleh air mata.

Setiap apa yang Allah beri tu ada hikmahnya.

Apa yang penting kita harus Syukur, Sabar dan itu yang akan menyebabkan kita Senyum saat diuji.

Sooo.. saya sangat sarankan kepada sesiapa yang ingin menjalani hidup yang berbeza. Tolong lah baca buku 21 Formula Hidup Luar Biasa.

Dengan saya dah tak banyak stok

Boleh Hubungi Saya

Haslinda :

019 - 603 8353

Saya mungkin tak boleh bagi free tapi saya boleh bantu dengan menyediakan kos pos bernilai 10 sen.

Detail Disini

Dan ilmu fresh saya belajar dari Master Cery tadi BACALAH. Even wahyu pertama Nabi Muhamad SAW adalah "Iqra'"

Jika ingin betul-betul berubah BACALAH..

Tiada ulasan: