Selamat Hari Jadi Sayang

Assalamualaikum..


Hari ni 2 March 2015.


Genaplah cinta hari saya Kaseh Melissa Lyana berumur 5 tahun lepas.


5 tahun lepas anak ini dilahirkan di dunia ini dengan penuh rahmat dan kesyukuran.


1st Day Kaseh LR


Sebagai anak sulung saya, dia membuatkan saya belajar untuk memegang bayi dan seterusnya menyusukan anak comel ini.


Dia pinjaman Allah untuk saya belajar rasa disayangi "tanpa sebab". Dia sekujur tubuh yang suci, mampu membuat saya rasa "hidup". Kuasa Allah, pertalian ibu dan anak yang tidak boleh digambarkan bertapa ajaibnya.


Kaseh.. Kaseh.. Kaseh..


P1010504


Syukur.. kau umpama sebutir permata yang bukan sekadar menyinar tapi menjadi pencetus semangat mama.


Kaseh yang membuatkan mama melangkah untuk melukis perjalanan masa depan mama.


Kerana Kaseh.. mama tabah..


Kerana Kaseh.. mama nampak hala tuju


(163)


Kerana Kaseh.. umpama "bahasa Tuhan" yang membawa mama ke arah impian mama.


Impian mama adalah dari cetusan rasa Kaseh. Dan mama tahu Allah sampaikan petunjuknya melalui Kaseh.


Kaseh anak yang ceria, petah dan bijak.


Kaseh Umpama Cermin Mama..


mama kaseh5


Dari segi rupa, dari segi percakapan, dari segi emosi. (Orang kata)


Mama tahu, jika 1 hari nanti mama tiada lagi dimuka bumi ini, adik-adikmu pasti tidak akan terasa kehilangan kerana dalam diri Kaseh ada mama.


Oleh kerana itu, mama perlu jadi manusia terbaik kerana mama mahu tinggalkan yang terbaik untuk anak-anak mama.


Doa mama untuk Kaseh,


Kaseh


Mama bersyukur kerana Kaseh membesar menjadi wanita solehah yang berjaya menjadi ikon wanita berjaya dunia akhirat. Kaseh membesar untuk memberi manfaat pada orang lain. Kaseh melalui perjalanan yang baik sambil mengutip pahala untuk menjadi tiket mama dan papa ke syurga. Kita sekeluarga berkumpul di Syurga bersama kerana itulah matlamat kita hidup yang sebenar-benarnya.


Selamat Hari Jadi Sayang dan Mama Sayang Kaseh dunia akhirat.


Tiada ulasan: