April 26, 2015

Bagus Sangat Ke Produk Shaklee

by , in

Bagus sangat ke produk Shaklee ni?


Kalau dah invest berjuta ringgit untuk RnD produk,


Berkembang pesat sangat kat Canada, China, Jepun, Mexico, Indonesia dan Taiwan


Ada 75 orang saintis sendiri


Macam-macam yang gempak lah, kenapa ia dijual oleh orang kebanyakkan?


Even orang jaga anak kat rumah pun dok jual.


Kenapa tak jual kat farmasi ke, klinik ke ?


Kenapa tak nampak pun duta-duta ke retis-retis yang buat iklan untuk Shaklee ni.


At least dapat ala-ala Qu Puteh - Qu-Puteh baru lah putih.


Terlajak laris ke.


Cantik tak kak Ton.


Ni yang dok cerita pasal Shaklee, entah sapa-sapa. Tak kenal pun.


Yang dok citer pasal Shaklee bagus tu siapa?


Doktor?


Ahli farmasi?


Pemenang Nobel?


Saintis?


Heeee... itu soalan yang bermonolog dalam diri Lynd sendiri sebelum ni. Yelah. Shaklee ni dari mana lah entahnya. Yang Lynd tahu penjual-penjual Shaklee ni dok bersaing sesama sendiri tak pun dengan pengedar jenama-jenama lain.


Aku kata aku bagus, ko kata produk aku bahaya. Tu jelah kejenya.


Maka nak menjawab soalan-soalan diatas tu,




 

Real People Real Result.


Semestinya individu yang menjual Shaklee adalah pengguna Shaklee. Prinsip Shaklee adalah, anda guna, rasai keberkesanannya dan kongsi kebaikan dengan orang lain.


Dan apabila anda berkongsi kebaikan produk Shaklee dan memperkenalkannya dan mengedarkan kepada orang lain, anda patut dibayar. Maka Shaklee akan bayar anda melalui kaedah 3C. Shaklee yang bayar ye bukan hasil dari titik peluh orang lain.


Dari mana Shaklee dapat duit untuk bayar pengedar mereka yang begitu ramai dan ada yang mencecah RM 6 angka setiap seorang?


Tahukan anda?


Duta / Model / Artis / Iklan TV semua itu berbayar?


Untuk menyiarkan iklan di TV menelan belanja ratusan ribu mengikut waktu siaran. Itu baru siaran di TV. Upah artis, tukang camera, lokasi, suntingan itu pun kos.


Dannnnn... paling tak patut, model / duta produk tu pun belum tentu pengguna produk tersebut.


Dengan semua kos tersebut, pembeli akan membayar kos produk + kos iklan dengan bukan real result lagi.


Tapi Shaklee?


Ermmmm.. ginilah bahasa pasarnya.. Dari bayar kos marketing yang tinggi tu, baik bayar "upah" pengguna produk itu sendiri untuk memperkenalkan dan mengedarkan produk Shaklee.


Model / duta itu adalah pengguna itu sendiri yang ada depan mata.


Lagi banyak dia edar, lagi banyak lah upah dia dapat.


Bagaimana cara dia nak edar tu? Terpulang lah. Online ke, jumpa kawan-kawan ke, tunjuk gambar dan cerita kisah kejayaan sendiri ke. Lagi rajin anda kongsi, lagi banyak produk diedarkan lagi banyak upah anda.


Dan ia bukan berhenti disitu.


Kita ajar pulak orang lain berkongsi kisah kejayaan mereka sebagai pengguna Shaklee maka kita akan diberi upah "melatih" / leadership bonus. Shaklee yang bayar ye bukan hasil titik peluh orang yang kita latih tu.


Maka itu merupakan prinsip Shaklee, anda guna, anda kongsi, Shaklee bayar.


Dengan cara ini anda mendapat kesihatan tubuh badan yang baik dan masa yang sama mendapat upah.


Mana lagi baik?


Iklan bombastik guna model yang dah memang cantik, dia yang dapat upah. Tapi anda yang beli guna produk tersebut tak cantik macam duta produk tu pun.


Haaaa... Ini duta Shaklee.


Pasangan Mary dan adik kembar beliau.


Twin Shaklee


Mary adalah pengguna Shaklee tapi adik kembarnya mengamalkan supplemen lain. Dapat bezakan tak yang mana Mary pengguna Shaklee dan yang mana adik kembarnya?


Maka siapa pengguna Shaklee memang secara automatik anda akan menjadi Duta Shaklee.


Jadi diharap penerangan bahasa pasar Lynd dapat menjawab serba sedikit persoalan rakan-rakan sekelian mengenai kaedah marketing Shaklee.


Kalau ada yang mahu bertanya lebih lanjut, boleh hubungi Lynd.


Menjadi tanggungjawab Lynd untuk berkongsi apa yang Lynd tahu demi kebaikan semua pihak.


Lynd : 019 - 603 8353

April 26, 2015

Kenapa Islam Menggalakkan Berniaga

by , in

Kenapa Islam Menggalakkan Berniaga


Satu ketika dulu Lynd memang hidup dengan hanya kehidupan Lynd yang normal.


Belajar rajin-rajin, kerja makan gaji, nak gaji lebih hanya dengan cara "lompat company", tunggu increament tahunan dan bonus tahunan. Sampai lah Lynd berada di company sekarang ini. Lynd sudah cukup selesa.


Increament memang ada, bonus wajib at least 1 bulan setiap tahun. Mungkin sebab Lynd pernag berada di syarikat yang agak terumbang ambing sebelum ini, maka Lynd memang "bersyukur" sangat dengan apa yang ada.


Apa maksud Syukur?


Menerima seadanya apa yang kita dapat. Kerana kita mendapat lebih dari yang sebelum ini dan semestinya merasakan kita dapatlebih dari kawan-kawan yang lain.


Jika ada orang merungut?


"Alah.. ko tak pernah rasa company yang lagi teruk dari sini. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada kat sini"


Jika ada yang bandingkan dengan rakan-rakan yang dapat lebih di tempat lain?


Ko bagus sangat ke untuk ko dapat macam dia? Bukan teruk sangat pun company sekarang. Ko ni tak pandai bersyukur.


Lynd yang dulu memahami Syukur itu adalah sesuatu dimana kita menerima apa sahaja yang kita dapat. Jangan komplen, merungut atau minta lebih.


Then entah macamana mula terasa "ketidakcukupan" itu. Mula mencari cara berjimat dan cara urus wang. Dalam proses pemcarian itu Lynd asyik ditemukan dengan "Tambah pendapatan", "Berniaga", "Side Income" dan "pelaburan".


Dimana Lynd merasakan itu semua bukan untuk saya. Bertahun mencari dan penemuan tetap sama. Maka Allah bukakan pintu hati, berdaftar sebagai Ahli Shaklee atas niat mahu berniaga untuk tambah pendapatan.


Dan dari situ Lynd mula belajar mengenai IMPIAN, MATLAMAT dan CITA-CITA. Maka mula excited melakar impian. Tetapi bila impian tak nampak bayang sebagaimana seperti yang digambarkan. Maka "kekecewaan" mencuit.


Maka pencarian diteruskan lagi.


Kenapa mereka yang sudah berjaya, berjaya? Aku buat apa yang mereka suruh. Tapi kenapa aku tak dapat?


Terus cari lagi maka kepala diusik, dengan "Perbetulkan Niat". Niat berniaga itu. Ermmm.. niat aku betul la, nak tambah pendapatan, nak beri kesenangan kepada keluarga dan nak bantu orang lain dengan duit yang aku dapat.


Apa yang tak betul?


Maka bila tidak dapat apa yang diminta dan harapkan Lynd kecewa. Bila datang cabaran perniagaan Lynd mula "takut".


Pencarian diteruskan lagi. Masih lagi berkisar tentang niat. Seakan-akan niat yang masih tak betul.


Dan malam ni Lynd jumpa lagi "penyebab" kenapa Lynd kecewa. Yes.. betul.. Niat.


Niat Berniaga. Semakin hari Lynd semakin faham kenapa Islam menyatakan 9 dari 10 punca rezeki adalah berniaga.


Kenapa?



Apa yang kita jual adalah penyelesaikan masalah orang.


Orang berniaga nasi lemak, memudahkan orang lain mendapatkan nasi lemak dengan cepat di waktu pagi. Jadi selesai masalah orang untuk mendapatkan sarapan pagi.


Orang menjaja / menjual kain pasang adalah untuk menyelesaikan masalah orang untuk mendapatkan kain baju raya.


Dimana ada masalah di situ perniaga berperanan untuk menyelesaikan masalah orang.


Niat kena betul.


Kita berniaga bukan untuk kaya sendiri tetapi untuk selesaikan masalah orang lain.


Contoh yang lebih dekat dengan Lynd.


Berapa ramai orang kat luar sana ada masalah nak turunkan berat badan.


Ada yang kawal makan tapi tak turun-turun jugak berat badan.


Ada yang makan macam-macam ubat kurus pun tak kurus-kurus.


Ada yang tak dapat zuriat sebab berat badan berlebiha.


Ada yang susah nak beribadah dengan sempurna sebab berat berlebihan.


Ada ibu yang tension dan serabut tak dapat uruskan rumah tangga dengan sempurna sebab badan tak fit dan bertenaga.


Kalau Lynd diammmmm je..


Lynd tak kongsi bahawa rangkaian produk Shaklee dapat dapat bantu ramai orang kat luar sana untuk turunkan berat badan. Lynd diam je. Lynd asyik suruh orang beli je tapi Lynd tak explain kenapa Shaklee selamat dan patut dipilih.


Berapa ramai yang dok telan 'ubat kurus' entah apa-apa sebabnya Lynd tak kongsi bahawa Shaklee adalah produk yang selamat kerana menjalani 350 ujian bagi setiap bahan.


Sebabnya Lynd dok fikir nak "jual" je. Bukan nak kongsi kebaikan dan kenapa Shaklee patut diambil.


Bila dah sampai tahap ini, Lynd fikir "berdosa"nya Lynd. Tahu ada produk yang selamat tapi tak terangkan dan kongsikan betul-betul. Maka orang dok pilih produk yang tak selamat / diragui.


Kadang-kadang ada bisikan "supplemen" ni Pilihan dan bukan kewajipan. So tak payah lah ambil supplemen. Maka Lynd pun diamkan aje. Lynd ambil sendiri je, lantak korang lah kalau korang taknak ambil suplemen.


Jaga_Kesihatan_Jantung_Dengan_CoQHealth_Plus pil kurus ubat kurus


Lynd pandang je..


Lantak lah korang. Kita menyedut udara yang sama, gaya pemakanan yang sama, sumber makanan yang sama, tapi sebab aku tahu macamana nak kawal, macamana sesuatu penyakit itu, aku tahu produk yang boleh detox segala pencemaran itu dengan selamat maka risiko aku lebih rendah.


Korang bukan sapa-sapa pun. Asal aku dan family aku sihat dan selamat sudah.


Tapi..


Mampu ke Lynd nak berfikiran macam tu?


Disitu datangnya tanggungjawab berniaga itu sendiri. Lynd explain tentang sesuatu info, anda berminat, Lynd bekalkan.


Bukankah itu lebih bermanfaat. Lynd memberi informasi berguna dan seterusnya memudahkan anda semua untuk mendapatkannya.


Maka.. bagi mengelakkan kekecewaan dalam bisnes, Lynd kena betulkan niat untuk memberikan kesedaran. dari situ Lynd tak boleh give up. Lynd kena terus berkongsi info dan bukan memburuk-burukkan produk orang lain juga.


Maka disitu memberi salah 1 pengertian kepada kenapa Islam menyarankan kita berniaga. Kerana kita membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.


Disamping menjadi sumber pendapatan, pahala menyelesaikan masalah orang lain juga kita dapat. InsyaAllah.


Maka kepada yang ingin berniaga diluar sana, betulkan niat untuk membantu orang lain. Maka itu menjadi penyebab kita untuk tidak berputus asa.


Teruskan berkongsi dan mendapat rezeki yang diberkati.


InsyaAllah.

April 26, 2015

PIH 8 Surah Amalan Ketika Mengandung

by , in

Assalamualaikum Canteks Sihat.


Berikut adalah surah-surah yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu ketika hamil.


8-surah-ibu-hamil



Surah Amalan Ketika Mengandung


Lynd nak share kisah Lynd masa mengandungkan anak ke 2, Awatif.


Klau ikutkan Lynd over due dekat 9 hari. Setiap pagi Lynd mengharap yang hari tersebut merupakan hari kelahiran Awatif. Sampai 1 tahap Lynd menggelarkan hari melahirkan itu adalah hari di mana satu-satunya sakit yang dinanti.


Yelah, mana ada sakit lain yang kita cari dan tunggu hanya sakit bersalin je yang kita tunggu dan nantikan.


Dari hari ke hari masih juga belum bersalin. Kepala asyik dok fikir apa lagi yang "tersangkut" salah dengan siapa lagi aku belum minta maaf.


Tapi 1 malam tu entah macamana terdapat "petunjuk" yang bahawasanya yang Lynd tak pernah lengkap semua surah amalan ketika hamil. Asyik separuh jalan je. Dah baca surah at-Taubah, lepas tu lupa, then baca lagi 1 round so tak proceed jugak to the next surah.


So malam 29 April tu Lynd nekad maraton lengkapkan semua surah-surah tersebut. Memang tidur lewat malam tu.


Dan Alhamdulillah, bangun esok pagi tu memang ada contraction. Call Suami, mandi, makan nasi (topup energy) the terus ke hospital. Maka memang hari tu Lynd bersalin dengan "mudah"nya Hannah Damia Awatif 3.89kg.


Heeee.. maka kepada ibu-ibu hamil sekelian, tunaikan hak baby kita. Lengkapkan surah-surah amalan tersebut.


Dan untuk kali ni sebab Lynd dah dapat date C-zer, so memang target and buat check list terus surah-surah harus di selesaikan.


Surah Amalan


So ibu-ibu sekelian, jom lengkapkan hak anak kita itu.

April 26, 2015

About Shaklee dan Kenali Produk Shaklee

by , in

Assalamualaikum Canteks Sihat


Sebagai salah seorang Shaklee Independent Distributor di Malaysia yang bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk untuk memastikan pengguna Shaklee betul-betul mengenali dan mengetahui mengenai Shaklee.


Benar.. Moto dan slogan setiap syarikat akan menjanjikan produk mereka adalah yang terbaik. Tetapi kita sebagai pengguna perlu selidik sendiri asal usul sesebuah syarikat dan produk mereka.


Jom dari apa yang Lynd study, disini Lynd kongsikan sedikit latar belakang mengenai Shaklee.


Kita bermula dengan



Roger Barnett


Roger-Barnett-


Merupakan CEO dan Chairman Shaklee Corporation yang yang ditubuhkan pada tahun 1956. Rodger Barnet yang sebelum ini mempunyai beberapa rangkaian perniagaan mengambil keputusan membeli Shaklee Corporation.


Jom Ikuti video ini kenapa beliau mengambil keputusan untuk membeli Shaklee.



Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya beliau melihat Shaklee merupakan satu jenama yang boleh melangkah jauh kerana Produk Shaklee sangat dipercayai.


Bukan atas dasar perniagaan / keuntungan semata-mata, beliau melihat Produk Shaklee dapat membantu ramai orang untuk mendapat tahap kesihatan yang baik dengan cara yang selamat.


produk shaklee



Shaklee tidak pernah berhenti untuk menjalankan ujikaji dan penambahbaikan dalam produk mereka.



produk shaklee 4




Sebelum mengeluarkan sebarang produk atau melancarkan produk baru, para saintis Shaklee akan melakukan kajian dan RnD yang berkali-kali sebelum dipasarkan.


produk shaklee 3




Disebabkan itu Shaklee bukan lah jenama makanan tambahan yang baru di dunia. Industri makanan tambahan memang mengiktiraf Shaklee sebagai supplemen terbaik di dunia.


Selain dari itu, Shaklee juga berjaya membantu ramai orang menaiktaraf kehidupan dari segi ekonomi melalui kaedah marketing yang ditawarkan.


Maka, Shaklee Produk merupakan satu jenama yang dipercayai dan digunakan tanpa ragu.


Ingin tahu lebih lanjut mengenai rangkaian produk Shaklee atau bagaimana Shaklee dapat membaiki taraf ekonomi keluarga anda?


Hubungi Saya :



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty


April 25, 2015

Testimoni Set Kurus Shaklee

by , in

Assalamualaikum.


Bulan Rejab sudah menjenguk.


Kurang 2 bulan lagi Ramadhan pun bertamu.


Masa untuk berpesta ibadah. Ramai orang ambil kesempatan Rejab untuk ganti puasa dan praktis puasa supaya bila Ramadhan nanti badan kita dah cukup fit dan "terbiasa" dengan Ramadhan dan boleh fokus kepada indah dan mata sudah tak terlalu galak untuk over makan semasa berbuka.


Selain itu ada orang yang ambil kesempatan untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa.


Turunkan berat badan ni tak semestinya nak cantik aje. Macam Lynd yang selekeh ni cantik jatuh no 2 yang no 1 adalah lebih kepada sihat dan fit.  Anak dah nak masuk 3, kalau tak fit macamana nak jaga anak-anak yang sedang membesar.


Dan sebenarnya, tips untuk seseorang ibu itu berjaya menguruskan rumah tangga adalah, mereka perlu sihat dan bertenaga. Jika badan sihat, minda kita akan lebih positif dan akan cari cara untuk menguruskan rumah tangga dengan lebih teratur.


Trust me. Lynd ada blog Home Organising dan sudah lama Lynd tak update tetapi masih ada orang yang komen dan even whatApps Lynd bertanyakan tips Lynd menguruskan rumah tangga.


Heeee.. Sejujurnya Lynd memang tunggang langgang punyer mak sebab tu Lynd banyak buat research pasal cara nak organise kehidupan Lynd.


So untuk mendapatkan kekuatan untuk buat research, menguruskan rumah tangga dan seterusnya berkongsi dengan pembaca, Lynd kena sihat dan fit. Setiap ibu kena tangkas dan dengan cara itu emosi kita akan lebih positif untuk menempuhi rutin harian kita. Tak kisah lah kita ni anak berapa orang pun.



Hari ini Lynd nak share kisah kejayaan rakan Lynd yang berjaya menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.


Kisah  Puan Dilla


testimoni kurus



Lynd bertuah sangat kerana berpeluang untuk mendapat tips kurus cara sihat Puan Dilla walaupun beliau bukanlah pelanggan Lynd. (Itulah kelebihan berada di Vitalynd Empire.. berada dalam kumpulan yang tidak lokek berkongsi tips)


Puan Dilla berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 4 bulan. Jujur beliau katakan bukan "mudah" kerana beliau tidak exercise dan hanya mengawal makan.


Kenapa Lynd kata sebelum ini, bulan ini merupakan waktu yang tepat untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan?


Sebab Puan Dilla menurunkan berat badan dengan kaedah berpuasa. Pada beliau dari menahan lapar "buta-buta" baik kita berpuasa dan dapat pahala. Tetapi beliau risau jika badan beliau kekurangan nutrisi dimana akan menyebabkan beliau merasa penat.


Sebabkan itu beliau mengamalkan pengambilan salah 1 kombinasi set Kurus Budget Shaklee iaitu Herb-Lax dan Lechitin.


Dengan mengamalkan 2 produk ini, proses "pembuangan" lancar setiap hari walaupun berpuasa. Kalau Lynd dulu asal puasa je 2-3 hari baru membuang.  Dengan mengamalkan Lechitin selera makan kita berkurangan dimana badan kita sentiasa memproses lemak yang memang ada dalam badan berbanding kita mengambil lemak dari luar setiap hari.


Lynd kagum sangat dengan Puan Dilla ni, selepas beliau berjaya menurunkan berat badan sendiri beliau membantu beberapa rakan dan saudara mara beliau untuk menurunkan berat badan.


Testimoni Set Kurus



Lynd bertuah sebab dapat mendengar sendiri testimoni set kurus shaklee dari orang yang berjaya. Dan ini membuatkan Lynd bersemangat untuk kembali langsing dan fit selepas berpantang nanti.


Anda ingin mendapatkan tips dan konsultansi ekslusif cara menurunkan berat badan denga kaedah selamat dan sihat?


Shaklee Selamat (Jawab Soalan Kelvin Zahri)


Ingin tahu lebih lanjut dan tips jimat untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi :



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty











April 24, 2015

Impian Zero Hutang

by , in

Assalamualaikum.


Apa khabar semua ?


Last week Lynd order buku Zero Hutang yang ditulis oleh salah seorang mentor kewangan saya Tuan Zulkifli.


cover-buku-zero-hutang


Memang terinspirasi bagaimana beliau "nekad" dan berazam untuk membebaskan diri dari bebanan hutang yang kebanyakkan orang anggap hutang itu hutang "normal" dimana yang biasa sahaja. Hutang pelajaran, hutang kereta, hutang rumah dan lain-lain lagi.


Dan kemudian hidup "dibawah kemampuan".


Impian Zero Hutang.


Memang terinspirasi bagaimana kita tidak perlu hidup bermewah-mewah jika kita tak mampu. Ermmm.. bukan soal tak mampu tetapi rasanya mampu tetapi kita lebih "mengutamakan" perkara lain berbanding SIMPANAN.


Yesss.. Selain membayar hutang kita perlu ada simpanan. Ada 1 soalan yang buat Lynd berfikir agak lama..


"Jika kita kurang upaya hari ini untuk bekerja, bermaksud pendapatan kita tiba-tiba ZERO, berapa lama kita boleh survive?"


Termenung sejenak.




1. Dengan apa aku nak bayar HUTANG aku bulan depan.


2. Dari mana aku nak dapat untuk perbelanjaan harian aku lepas ni?



2 perkara itu membuatkan Lynd... Ermmm.. tersedar..


Yelah.. simpanan pun segan silu je nak membukit, baru jadi busut dah kena tarah..


Hutang or so call as "pinjaman" memang ambil separuh dari income makan gaji.


Komitmen mak, ayah dan tampung perbelanjaan rumah bantu husband.


Apa yang Tuan Zulkifli buat, beliau makan gaji sambil tambah pendapatan. Bermula dengan perniagaan MLM dimana beliau merupakan pengguna kepada 1 rangkaian produk ini dan suka dengan produk tersebut. Kemudian mengedarkan kepada rakan-rakan dan orang terdekat. Dapat bonus sikit-sikit dah cukup bersyukur.


Kelebihan mula berniaga dengan perniagaan MLM ini adalah Modal dan risiko rendah. Boleh baca mengenai cara memilih MLM yang betul boleh refer pada entry beliau.


Mulakan Perniagaan Dengan MLM


Dan Lynd ada juga terangkan mengenai Shaklee sebagai perniagaan MLM


Dan kemudian beliau menjadi dealer emas yang benar-benar membawa beliau kearah Financial Freedom dan kemudian itu baru beliau berhenti kerja kerana dari segi financial beliau sudah "secure" dan kukuh.



Berbeza dengan Lynd.


Saya nak berhenti kerja secepat mungkin. Lynd nak fokus pada bisness Shaklee dan keluarga. Dari segi potensi perniagaan Shaklee, memang pendapatan dan peluang yang Shaklee tawarkan memang melebihi dan berlipat kali ganda dari pendapatan Lynd sebagai jurutera sekarang.


Lynd "terdesak" untuk berhenti kerja. Sebab Lynd taknak menganiaya rakan-rakan sekerja bila Lynd tak dapat beri komitment sepenuhnya. Bukan sebab bisnes yang mengganggu tumpuan Lynd, tapi lebih kepada keluarga.


Lynd betul-betul sentap bila Kaseh tanya "Kenapa cuti sekolah masih kena sekolah?". Memanglah. Hanya tadika yang cuti tapi dia masih perlu ke nursery kerana mama kerja. Sampai bila..?


Dan kerana itu sebenarnya Lynd terjebak untuk berbisnes dan Shaklee pilihan Lynd. Sebab Lynd nak tunaikan impian anak-anak untuk melihat ibu mereka sentiasa berada di rumah bila cuti sekolah. Bebas masa.. dalam masa yang sama berusaha untuk bebas wang.


Yesss.. Lynd terdesak.. Bila tengok rakan-rakan Shaklee akhirnya berhenti kerja dena buat full time Shaklee malahan Full time house wife dengan pendapatan berlipat kali ganda dari Lynd membuatkan Lynd bersemangat yang Lynd akan jadi salah seorang dari mereka.


Kalau mereka boleh kenapa Lynd tak boleh?


Tuan Zulkifli, impian kita sama iaitu Zero Hutang, tapi saya pilih jalan berisiko dan mencabar sedikit.


Semoga impian Lynd akan tercapai pada October 2015


 WAHM

April 23, 2015

Tips memilih Set Kurus Shaklee

by , in
Assalamualaikum.

Mesti ramai yang tercari-cari produk yang boleh menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

Lynd tertarik dengan posting Kelvin Zahri mengenai garis panduan memilih supplement untuk menurunkan berat badan.

Screenshot_2015-04-21-16-03-40

Ia berpunca dari kematian seorang pelajar berpunca dari "pill diet yang dibeli di internet".

Screenshot_2015-04-21-16-03-55

Jadi si cantik jelita sekelian, tolong hati-hati bila membeli / mendapatkan sebarang supplemen kerana apa sahaja yang kita ambil / makan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia selamat dan tidak memudaratkan.

So di sini Lynd akan bantu anda menjawab satu persatu persoalan mengenai Set Kurus Shaklee mengikut garis panduan yang diberikan oleh Kelvin Zahri .

Sebelum itu saya perkenalkan Set Kurus Shaklee / lebih tepat dikenali sebagai Set Pengurusan Berat Badan Shaklee

Moldiv_1427908136547

Soalan 1 : Jangan beli supplemen tanpa memahami cara ia berkesan.


Sebenarnya alfalfa bukanlah nama produk Shaklee pada asalnya. Alfalfa merupakan sejenis sprout, yang dijadikan dalam bentuk pil yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan khasiat alfalfa.

alfalfa-sprouts1264x188

Jadi bagaimana alfalfa dapat membantu menurunkan berat badan?

Tumbuhan alfalfa mengandungi fiber yang tinggi dimana membantu proses detox / membersihkan usus dengan berkesan.

Jadi apabila usus kita sihat dan segala unsur tidak baik dapat dikeluarkan dari badan maka segala nutrisi yang diperlukan akan diserap secara effective.

Boleh refer disini untuk memahami lebih lanjut mengenai alfalfa


Herb-Lax

Mengandungi 9 jenis herba yang membantu sistem melancarkan sistem penghadaman.



Herb-Lax is an enhanced proprietary blend that includes senna leaf, which has been traditionally used as a natural laxative. The key ingredients in Herb-Lax: Are a gentle laxative for occasional use* Encourage a mild cleansing action to aid the body's natural processes*



Bagaimana Omega dapat membantu menurunkan berat badan?



Scientists believe that omega-3 oil improves blood flow to muscles during exercise, and that the compound helps stimulate enzymes that transport fat to where it can be stored for energy.



Malah menurut www.lifehack.org, omega / minyak ikan dapat membantu pengurangkan berat badan dengan 4 cara berikut.



1. Omega 3 dapat membuang lemak dan menbina otot.

2. Omega dapat mengurangkan selera makan dan mengawal keinginan untuk pengambilan gula berlebihan.

3. Pengambilan minyak ikan dapat membuatkan program exercise anda lebih effektif (menyokong statement di atas)

4. Minyak ikan dapat meminimumkan penyimpanan lemak kerana minyak ikan merangsang kepada peningkatan sensitiviti insulin.



Lechitin adalah sejenis sumber nutrisi yang terdapat dalam makanan yang kebanyakkan dari soya.



Now there is some evidence that lecithin in the bloodstream can keep fat solvent, preventing it from clumping together and sticking to artery walls, causing clots and atherosclerosis (thickening of the artery walls).

Both causes of cardiovascular disease.



Jadi dengan cara ini kita dapat mengelakkan dari lemak yang kita makan larut dalam darah.


ESP dan Cinch makanan tambahan yang berasaskan protein soya.

Bagaimana Protein dapat membantu dalam menurunkan berat badan?

1. Protein dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding carbohidrat.

2. Protein merupakan binaan asas bagi otot kita, maka badan kita akan tidak menggeleber dengan kehilangan lemak selepas menurunkan berat badan.



Soalan 2 : Jangan beli sebarang supplemen tanpa mengenali isi kandungan


Maklumat lengkap mengenai produk Shaklee boleh didapati disini.

produk shaklee 4


Soalan 3 : Fahami dan patuhi dosage pengambilan


Ini kelebihan pelanggan Vitalynd.Com, anda akan diberi konsultansi pemakanan supplemen yang lengkap.

Dan ia takkan berakhir disitu, akan ada sesi follow up dimana jika tiada keberkesanan kita akan adjust cara pengambilan dan setiap pelanggan mempunyai reaksi yang berbeza terhadap supplemen yang diambil. InsyaAllah, pelanggan tidak akan terbiar tanpa konsultansi.


Soalan 4: Jangan guna mana-mana weight lost supplement tanpa mengawal cara pemakanan dan cara hidup sihat terlebih dahulu.


Yes. Set Kurus Shaklee bukan pil ajaib untuk kurus seolah-olah memasukkan makhluk pemakan lemak kedalam badan yang akan memakan semua lemak dalam badan. Disebabkan itu, soalan 4 ini sangat berkait dengan soalan 1 dengan memahami bagaimana supplemen Set Kurus Shaklee dapat membantu "mempercepatkan" proses menurunkan berat badan dengan selamat selepas kita mengamalkan gaya hidup sihat.


Soalan 5 : Elak dan jangan beli produk yang kurang dikenali. Just stick to the brand yang mempunyai track record positif dan dikenali.


Shaklee

 Bukan nama baru dalam industri makanan tambahan.


Sudah berada di pasaran 60 tahun, dan bertapak kukuh di Malaysia sudah terlalu lama. Ia bukan umpama sesetengah produk yang tenggelam timbul mengikut fenomena. Shaklee sentiada ada dan bertambah kukuh di Malaysia dari segi pasaran produk dan juga khidmat pelanggan.

Diharap dengan penerangan yang Lynd berikan ini dapat membantu rakan-rakan sekelian untuk memahami dan memilih Set Kurus Shaklee sebagai supplement yang dapat membantu rakan-rakan menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Ingin tahu lebih lanjut dan tips jimat untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi :


Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

April 16, 2015

Testimoni Kembali Langsing Selepas Bersalin

by , in

Assalamualaikum.


Hari ini Lynd nak share video testimoni Kembali Langsing Selepas Bersalin




 

Pengambilan Set Kehamilan Shaklee diteruskan sehingga berpantang dan menyusukan anak. Tidak perlu susah-susah tukar product. 1 Set untuk sepanjang menjadi ibu yang hebat.



Kembali Langsing Selepas Bersalin


Set Berpantang 3 + 1


Set Berpantang


Boleh ke link Set Berpantang Shaklee


Atau hubungi Saya



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

April 15, 2015

PIH 7 Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Supplement

by , in

Assalamualaikum Ibu Cantik.


Kali ni Lynd nak share mengenai passion Lynd dalam parenting ini iaitu penyusuan susu ibu atau breastfeeding.


Dan kepada sesiapa yang mengikuti Persiapan Ibu Hamil The Series by Lynd ini memang akan perasan yang Lynd memang sangat tekankan persiapan ibu hamil menghadapi hari kelahiran bayi adalah penyusuan susu ibu / breastfeeding.


Selain pengalaman Lynd menyusukan 2 orang anak sebelum ini, Lynd juga mengikuti beberapa kelas / seminar mengenai breastfeeding dan Lynd juga menjalankan kerja-kerja sukarelawan dalam membantu ibu baru bersalin yang menghadapi masalah untuk menyusukan anak mereka.


Lynd memang seronok untuk berkongsi cara dan tips untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu.


Topik yang Lynd nak kongsi kali ni memang agak pelik untuk orang yang "menjual" supplemen.


Sebab Lynd nak kongsi



Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Supplemen


Tak ke pelik tu?


Ok. Untuk memahami lagi macamana cara untuk banyakkan susu ibu, kita kena faham dulu bagaimana susu ibu dihasilkan.


Dan saya bagitahu awal-awal ye, penerangan saya ni menggunakan ayat-ayat orang biasa yang mungkin lebih difahami dan ayat ini bukan copy-paste mana-mana sebab penerangan ini mengikut pemahaman saya dari pembacaan dan penerangan semasa seminar dan ada yang saya ambil dari blog lama saya iaitu Kasehku_Hidupku


So ayat saya ni kalau mahu dibuat buku memang tak sesuai.



oxytocincycle


Mula-mula mari kita berkenalan dulu dengan 2 hormon yang terlibat dalam breastfeeding.


Hormone BF




Hormon Prolactin - Berfungsi dalam menghasilkan susu ibu. Bila kita dah meransang / stimulate breast tak kisah la melalui direct feeding / pumping, otak akan memberi isyarat supaya hormon ini dihasilkan dengan lebih banyak dan menggalakkan penghasilan susu ibu.






Hormon Oxytocin - untuk mengeluarkan susu dari badan. Juga dikenali sebagai motherhood hormone. Bila hormon prolatin sudah menghasilkan susu, Oxytocin akan ambil peranan untuk mengeluarkan susu dari breast. Pernah jadi tak bila kita teringat dekat baby kita tiba-tiba susu menitik dari breast. That why ia dipanggil motherhood hormone.


Perasaan keibuan ini lah yang menyebabkan susu itu keluar. Dan hormone ini juga memberikan kita ketenangan.




Itulah indahnya penyusuan susu ibu.


oxytocincycle



Jadi, dari peranan 2 hormon tadi dah boleh gambarkan tak bagaimana kitaran penyusuan / penyusuan susu ibu dihasilkan?


breast-feeding-flow-1


Ia bermula dari RANSANGAN / STIMULATION. Maksudnya kita meransang payudara samada melalui penyusuan direct atau pumping adalah pemulaannya.


Jika ada ransangan, otak akan memberi isyarat supaya badan menghasilkan susu.


Apa bila susu dihasilakan dan berada di payudara, ketenangan dan hormon motherhood akan meransang susu untuk keluar dari badan. Dan jika ibu-ibu perasan ada rasa "kebas" pada payudara dan dalam waktu yang sama susu keluar dengan laju itulah dipanggil "Let Down Reflex" dan itu adalah idaman wanita yang mengepam susu.


Dan jika ada sesetengah keadaan yang payudara terasa penuh dengan susu tapi susu tak keluar, itu menunjukkan hormon Oxytocin tidak menjalankan tugasnya. Dan ketika ini merupakan petanda bahawa ibu sedang stress, jadi ibu perlu tenang supaya susu dapat dikeluarkan dari payudara.


Dan bagi membantu ibu-ibu mudah faham lagi bagaimana sistem susu dihasilkan oleh badan adalah seperti sistem flash air di toilet. (Minta maaf guna contoh ini)


Air dalam toilet bowl takkan berganti dengan air baru jika kita tak flash. Kita flash keluar masa air baru akan masuk. Bila kita biar sahaja dalam waktu yang lama air dalam toilet bowl itu akan mengering sendiri.


Jika susu tidak dikeluarkan dari breast, otak takkan memberi isyarat kepada kilang susu untuk menghasilkan susu baru. Maka bila sudah lama tak diransang, maka produktiviti akan mengurang dengan sendiri kerana otak memberi isyarat bahawa tuan punyer badan tidak memerlukan susu yang banyak.


Maka kuncinya disini adalah, teruskan memberikan isyarat kepada otak supaya memberikan arahan kepada badan supaya menghasilkan susu yang lebih.


1. Power Pumping


"Tipu" badan melalui kaedah power pumping. Jangan kisah mengenai hasil yang keluar sebab itu bukan tujuan power pumping. Power pumping adalah untuk memberikan isyarat pada badan untuk hasilkan lebih susu.


2. Kerapkan Ransangan.


Dari 2 kali sesi mengepam kepada 3-4 kali sesi. Dari 4 jam sekali kepada 2 jam sekali. Sama juga prinsipnya, ia untuk memberi isyarat kepada badan.


3. Tenang / Berehat.


Jika ibu sentiasa dalam keadaan terkejar-kejar untuk mengepam maka susu ibu  juga sukar untuk keluar. Cuba cari ketenangan dengan melihat gambar / video anak. Maka hormon keibuan itu akan membantu susu untuk dihasilkan dan keluar.


Ok sekarang sudah faham bagaimana susu ibu dihasilkan?


Jika kita faham "kunci" itu maka penyusuan susu ibu akan lebih lancar dan kita tahu apa boleh dibuat jika kita berada difasa kemeruduman hasil susu ibu.


Untuk lebih info mengenai penyusuan susu ibu atau bagaimana Rangkaian Produk Shaklee dapat membantu melancarkan perjalanan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

April 13, 2015

Tip menyimpan Duit kaedah 6 Tabung Simpanan

by , in

Assalamualaikum.


Hari ni Lynd nak discuss sikit pasal kewangan.


Lynd memang suka sangat baca dan ambil tahu pasal pengurusan kewangan ni. Dari dulu lagi. Masa baca blog-blog mat salleh pasal badgeting, invesment, income management, dept management dan lain-lain tu, rasa seronok sangat tengok cara mereka uruskan kewangan.


Lynd paling suka cara menguruskan hutang baca mengenai cara menguruskan hutang.


Dan yang Lynd perasan mereka lebih banyak guna perkaraan DEPT instead of LOAN.


Kalau kita ni lagi suka guna perkataan PINJAMAN yang bermaksud HUTANG.


PINJAMAN Perumahan


PINJAMAN PTPTN


PINJAMAN Kad Kredit


PINJAMAN Kereta.


Cuba tukar perkataan pinjaman jadi HUTANG.


Saya pun start terbuka mata pasal HUTANG ni bila baca blog sifu kewangan saya Tuan Mohd Zulkifli  : Tips Urus Hutang


Barulah saya sedar mengenai ada orang yang hidup tanpa PINJAMAN kat zaman sekarang ni.


Then bila kita ada matlamat nak settle hutang kita akan mula fikir macamana nak settle hutang ini dengan cepat


Mula-mula nak kena kena tahu hutang mana yang kena settle dulu, yang mana boleh transfer ke atau apa-apa lah. Dan sebenarnya entry tu saya tak layak lagi nak buat pun dan bukan itu pun saya nak share sebenarnya.


Then.. Bila saya tengok blog mat salleh cara dorang handle duit keluar masuk ada ruang "income" beberapa kali sebulan. So saya terfikir camner boleh ada beberapa kali income kalau saya makan gaji yang gaji sebulan sekali.


Antara Blog kegemaran saya


A Bowl Full of Lemon


Saya mula tertarik dengan bisnes Shaklee sebab blog ni lah. Tapi sistem marketing Shaklee dorang lain sikit rasanya.


So mulalah dari cerita.. Uruskan bajet.. Urus Hutang.. dan sekarang tambah pendapatan dan next is menabung.


Menabung atau dengan kata lain uruskan kewangan juga lah sebab income dah ada 2 kali (belum kira lagi untung runcit). Akhir bulan gaji bulanan kerja hakiki yang biasanya habis untuk bayar hutang / pinjaman dengan kadar yang sudah ditetapkan, nafkah mak ayah yang average tak jauh beza pun dari tahun lepas increament sikit-sikit je secara tahunan dan belanja harian keluarga.


Biasanya cukup je duit gaji tu tapi yang jadi isu bila ada breakdown / nak balik kampung / melancong.


Takkan nak korek simpanan dari potongan gaji yang sepatutnya untuk betul-betul emergency.


So datanglah cerita 2nd income which is bonus Shaklee yang biasa masuk 13-16 haribulan setiap bulan.


Awal-awal dulu hilang pedoman jugak lah mau taknya dah biasa ada 1x gaji bila dah dapat gaji 2x ni macam seronok terlebih.


Tapi sekarang dah sedar diri. Masa gi IMKK hari tu Doc Azizan Osman ada ajar mengenai 6 tabung.


Tip menyimpan Duit kaedah 6 Tabung Simpanan


The-Money-Jars-System



Masa awal-awal belajar tu, "Aduh tabung NEC pun dah 90% camner nak agihkan ke tabung-tabung lain"


Apa Maksud 6 Tabung ni?


Moldiv_1428893021242





NEC (Neccesity) = Peruntukan keperluan seperti perbelanjaan harian, pakaian, pinjaman / hutang dan duit kepada ibu bapa. Kiranya duit yang habis untuk dibelanjakan keperluan bulanan.


LTSS (Long Term Spend Saving for Spending)


Seperti simpanan untuk haji / umrah. Dan pada Lynd duit ini juga untuk seperti road tax tahunan / kenduri kahwin anak / kenduri akikah anak / duit belanja anak masuk universiti.


EDU (Education)


Duit yang kita akan gunakan untuk menambah ilmu kita sendiri. Bukan untuk education anak-anak ye. Seperti kelas-kelas marketing, kelas kewangan, kelas keagamaan, seminar kekeluargaan dan pelbagai lagi peluang untuk kita menambah ilmu kita sendiri.


FUN 


Duit berseronok. Duit untuk belanja diri sendiri dan keluarga. Duit tengok wayang, spa, beli baju-baju idaman dan "perlu" dihabiskan untuk belanja diri selepas bekerja. Kalau macam plan nak gi bercuti ke 3 bulan lagi, maka hold dulu duit ini dari digunakan so bila dah 3 bulan baru habiskan untuk hotel atau perbelanjaan semasa berjalan.


FFA (Financial Freedom Account)


Ok.. Duit ni penting. Ia merupakan duit tabungan yang tidak boleh diusik LANGSUNG.


Duit ini merupakan duit yang akan digunakan untuk diberanakkan. Bila boleh guna?


Bila amount yang dikumpul cukup untuk menjana income sama seperti keperluan kita.


Maksud, jika setiap bulan kita perlukan Rm 400o untuk keperluan kita, maka duit dari FFA mestilah cukup untuk beranak dengan sendiri untuk menjana Rm 4000 sebulan tanpa perlu kita berbuat apa-apa.


Contoh : Kita kumpul duit FFA sehingga Rm 700K, beli / bina rumah sewa. Dan setiap bulan hasil kutipan sewa itu adalah Rm 4000 sebulan. Jika terjadi apa-apa pada kita atau kita tak kerja pun takper sebab kita sudah ada duit yang beranak sendiri.


Jadi buat masa sekarang ini kita perlu bekerja untuk kumpul FFA supaya 1 hari nanti kita tak perlu risau mengenai kewangan kita.


Itu lah yang dinamakan Financial Freedom.


Charity 


Duit sedekah juga adalah duit pendapatan pasif kita.


Yang kita hanya perlu percaya dan tak perlu pandai kira.




Doc Azizan cakap, takper kalau tak dapat agihkan ikut percentage ini lagi, tapi yang penting kita adjust dari masa ke semasa dan set target bila kita nak capai income / kewangan yang kita dapat asingkan mengikut sistem tabung ini.


Bagaimana pengagihan semasa kita sekarang?


Jika NEC sahaja sudah 80-90%?


Atau 110%?


Dan disinilah datangnya cerita Tingkatkan Pendapatan.


Maksudnya kita dah tak boleh nak adjust NEC kita.


Contoh :


INCOME : RM 3000


NEC = RM 2500 = 85 %


FFA / LTSS = Rm 500 = 15 %


So macamana nak NEC tu jadi 55% jika kita dah adjust NEC kita memang rm 2500?


Disinilah datangnya cerita tingkatkan pendapatan.


Silapnya mindset kita ni, meningkat pendapatan, maka meningkatnya NEC. Cari ruang loan apa bleh apply lagi, kereta mana boleh tukar lagi.


Sepatutnya :


Untuk NEC 55% = Rm 2500


Income kita kena = RM 4545


Maka selagi income kita tak cecah Rm 4545 kita "Tak Boleh" atau "Tak Patut" menaikkan NEC kita lebih dari Rm 2500.


Sepatutnya


Income = Rm 4545


NEC = Rm 2500 = 55%


FUN = RM 454.50 = 10%


FTTS = RM 454.50 = 10%


FFA = RM 454.50 = 10%


EDU = RM 454.50 = 10%


CHARITY = RM 227 = 5%


Bila dah sampai tahap ini, baru lah tingkatkan pendapatan untuk tingkat NEC kita.


Maka buat masa sekarang ni Lynd tengah pulun nak tingkatkan pendapatan bersama Shaklee supaya saya dapat agihan % tabungan saya macam kat atas tu.


Nak belajar dan nak tahu macamana Shaklee dapat membantu anda meningkatkan pendapatan?


Lebih info mengenai Side Income With Shaklee by LyndSide Income with Lynd


Daftar sebagai Ahli Shaklee


Atau


Atau hubungi Saya



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty


April 13, 2015

Menu Ikan Haruan Semasa Berpantang

by , in

Assalamualaikum..


Menu Ikan Haruan Semasa Berpantang


Ikan haruan adalah Perkara yang agak sinonim dengan wanita berpantang.


Kenapa Ikan Haruan Bagus untuk ibu selepas bersalin?


Ini kerana, kandungan Zinc dalam ikan haruan dapat membantu penyembuhan luka ibu selepas bersalin dengan cepat selain dari kandungan protein ikan haruan.


Tapi....


Lynd tak suka ikan haruan...!!!!!


Tak tahu lah kenapa. Sebab mungkin Lynd bukan penggemar ikan darat.


Ingat lagi masa bersalinkan Kaseh, Lynd kena stay kat hospital kerana Kaseh kena tahan sebab demam. Suami datang bawak sup ikan haruan yang sah-sah dia masak sendiri.


Adeh kembang tekak. Tapi telan jugak la sebab suami dah gigih gi cari ikan haruan dan masak lak tu.


Belum lagi bahagian kena paksa makan pati ikan haruan.


Ermmmmm... adeh.. nasibaiklah mahal pati tu so cakap siap-siap ngan suami kalau dah habis 6 botol ni dah lah beli. Mahal.


Heeeee...


Sampailah Lynd jumpa pengganti ikan haruan tu.


Iaitu Zinc Complex Shaklee.


Zinc Shaklee


Yeayyyyy... Dah tak payah makan ikan haruan dah. Nanti leh cakap kat en Suami dah tak payah susah-susah cari ikan haruan. Zinc Complex Shaklee kan ada.


Zinc Complex



Ingin Tahu lebih lanjut mengenai rangkaian produk Set Berpantang Shaklee ?



Set Berpantang


Boleh ke link Set Berpantang Shaklee


Atau hubungi Saya



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty


April 11, 2015

cara solat ketika hamil

by , in

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.. Lynd sudah masuk minggu ke 34 kehamilan.


Alhamdullah semuanya sihat dan Lynd masih kekal bertenaga.


Terima kasih Allah atas kurniaan kesihatan yang baik ini.


Dan start hari ini juga Lynd dah mula solat duduk atas nasihat rakan. Kalau ikutkan kederat memang boleh lagi tapi bila kawan cakap "Itu kemudahan Allah bagi.. Sila hargai dan sambut dengan gembira"


Ini Lynd share cara solat ketika hamil untuk rujukan kawan-kawan.


Panduan Solat Orang Sakit Dan Ibu Hamil



cara solat ketika hamil


Harap bermanfaat kepada mama cantik semua..

April 08, 2015

Cara Elak Kekejangan Semasa Hamil

by , in

Cara Elak Kekejangan Semasa Hamil


** Elakkan duduk atau berdiri dengan kaki bersilang dalam masa yang lama


** Regangkan betis pada waktu siang dan sebelum tidur




** Gunakan kasut atau selipar yang selesa


** Pusingkan buku lali lebih kerap semasa anda berehat


** Banyakkan berjalan atau pergerakan melainkan jika mendapat nasihat dari doktor untuk kurangkan pergerakan


** Elakkan terlalu penat dan baring mengiring ke sebelah kiri untuk menggalakkan kitaran darah dalam badan.


** Pengambilan air yang mencukupi semasa singa hari


** Mandi air suam sebelum tidur


** Ada kajian menunjukkan pengambilan potassium dan magnesium dapat mengurangkan risiko kekejangan.


Satu cara mudah yang Lynd Amalkan untuk mengurangkan risiko kekejangan adalah pengambilan Ostematrix Shaklee


Lebih Info mengenai Ostematrix Shaklee


Ostematrix2




Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty


April 08, 2015

PIH Part 6 Persediaan Ibu Menyusu Bekerjaya

by , in

Assalamualaikum.


Persediaan Ibu Menyusu Bekerjaya


Kali ni Lynd nak share mengenai persiapan untuk ibu menyusu bekerjaya. Apa yang kita perlukan.


Kaedah Memerah Susu Ibu / Expressed Breast Milk (EBM)



Kaedah 1 : Marmet


Pam susu bukanlah kewajipan. Saya pernah jumpa beberapa wanita yang menyediakan EBM dengan kaedah marmet. Katanya breast lagi mudah kosong dan tak payah mengangkut dan membasuh kelengkapan pam susu.



Ini adalah video teknik marmet.



Kaedah 2 : Pam Susu / Breast Pump


Breastpump ada 2 jenis iaitu electrik atau manual.


Walau apa pun pilihan kita, faktor berikut perlu diambil kira :


 Keselesaan - setiap ibu mempunyai pandangan yang berbeza. Ada ibu yang sesuai dengan Jenama A tidak semestinya sesuai untuk ibu lain juga. Ada kedai-kedai yang menjual breastpump ini menyediakan kemudahan untuk ibu mencuba keserasian BP dan ibu.


Faktor keselesaan dan kesusuaian dengan ibu amat penting untuk memastikan susu ibu dapat dikeluarkan dari payudara dengan maksimum mungkin. Ini kerana susu ibu akan keluar dengan lancar jika ibu tenang dan selesa.


Pam Susu Manual / Manual Breastpump


Kelebihan Manual Breastpump ini adalah kita tidak memerlukan tenaga elektrik untuk menggunakannya. Kita boleh menggunakan pam ini tanpa perlu tercari-cari plug elektrik.


download Philips_Avent_Natural_Manual_Breast_Pump_AventStore.com.my_1__32871_zoom


Ada pelbagai jenama yang bagus di pasaran.


Breastpump pertama Lynd adalah Manual Avent. Sesuai dengan Lynd, selesa dan mudah dikendalikan.


Pam Susu Elektrik / Electric Breastpump


Breast electrik lebih cepat dan mudah untuk ibu bekerjaya. Lebih-lebih lagi double pumping. Selain menjimatkan masa, double pumping juga tidak memerlukan kita 2 kali let down reflex (LDR)


medelafreestylepump



Terdapat pelbagai jenama yang ada dipasaran sekarang. Lynd masih gunakan Breastpump Spectra 3 yang Lynd  beli 5 tahun dahulu dan dan masil elok bakal digunakan hingga anak ke 3 nanti.


Banyak berjasa.


290820121003


Ni Lynd pam susu semasa drive menggunakan spectra 3.


Kisah Lynd pam semasa drive ada diceritakan di blog lama Lynd.


Kasehku-Hidupku


Macam Lynd mention sebelum ini, faktor pemilihan breastpump adalah dari segi keselesaan. Lynd tak tekankan dari segi harga sebabnya, jika kita ada duit lebih mesti kita nak mudah dikendalikan dan ringan.


Tapi dari segi pulangan memang apa harga pun memang menjamin pulangan dari segi wang ringgit. Kalau susu formula bajet berapa sebulan? Katakan Rm 150 sebulan untuk susu formula.


Dan kita keluarkan modal breastpump katakan Rm 500 dalam masa 4 bulan modal tu dah dapat pulangan. Itu dari segi wang ringgitlah. Kalau dari segi benefit susu ibu, priceless.


EBM Storage.


Macamana kita nak simpan susu ibu. Ada 2 cara :


Storage Bottle


new-pp-bottle500


Plastic Linen


Autumnz Double Ziplock Storage Bag 12 oz - FINAL



Lynd suka guna plastic sebab jimat ruang dalam fridge.


11072012927-Optimized


Lynd susun macam ni.


1 plastic adalah untuk kegunaan 1-2 x dalam hari yang sama.



Cooler Bag


Cooler bag digunakan untuk kita simpan susu ditempat kerja jika tiada fridge dan membawa susu dari tempat keje ke rumah.


Ada yang dijual sekali 1 set dengan breastpump dan ada yang dijual berasingan.


Ada yang perlukan ais pack dan ada yang tak perlu.


Boleh buat research dulu ye yang mana yang sesuai dengan ibu-ibu,


Bubbles



So ini antara kelengkapan yang ibu bekerjaya kena ada dan perlu consider jika ingin menyusukan anak mereka.


Sekarang dah memang banyak gadjet yang memudahkan ibu-ibu. Cuma terpulang pada semangat dan kehendak ibu itu sendiri.


Goodluck ibu-ibu hebat..


Persediaan Ibu Menyusu Bekerjaya



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

April 07, 2015

Kerana Siapa.. Kerana Dia..

by , in
Hari ni Lynd nak bicara santai.

Santai tapi sesak dada juga lah.

Mengenai IMPIAN.

Sejak join bisnes Shaklee dan juga join program Dr Azizan Osman, Lynd di ajar untuk berimpian.

Jika sebelum ini, hanya follow the flow dan tunggu apa Allah beri.

Bila tengok orang berjaya Lynd akan fikir "Untung dia, Allah kurniakan kejayaan"

Lynd sebelum ni pernah join Program Prof Muhaya juga, tapi lebih kepada kekeluargaan dan kebahagiaan jiwa.

Prof Muhaya punyer moto ada mention "Live by Design"

Tapi tak faham sangat.

Then dengan bisnes Shaklee, tengok tips-tips kejayaan mentor-mentor salah satunya adalah vision board.

Kita kena visualizekan impian kita dan tampal.

debt1

Ni contoh.

Ini Law of Attraction lah.

Then.. impian.. semua orang nak impian bagus-bagus dan best.

Kerete besar, rumah selesa, duit banyak, pergi melancong.

Dan memang banyak benda best.

Pun kadang-kadang stuck jugak sebab banyak sangat benda yang kita nak dan kalau boleh nak time-time tu juga.

Masa IMKK, DAO ada bagi gambaranlah lebih kurang gini.

Kehidupan kita ni sebenarnya boleh di design which is impian.

Kita set dulu apa yang kita nak.

Apa, bila, siapa detail.

Tanam dalam kepala.

Dan ACTION datang kemudian.

Kita pulak jenis takut nak letak goal / Impian sebab tak tau macamana nak capai impian tu. (HOW)

Lynd tersentap dan pegang ayat ni " Allah mengikut sebagaimana sangkaan hambaNya"

So kita set dulu "sangkaan" kita mengenai masa depan kita dan Allah akan beri dan ikut apa yang kita sangka itu dengan memberikan idea, mentor, ilmu, petunjuk dan lain-lain lagi untuk menjadikan Action kepada impian kita.

Ermmm.. Get it?

Lebih kurang gini lah.

Lynd dulu fikir.. bestnya kalau boleh jadi suri rumah dan handle rumah tangga sendiri.

Tak payah kerja.

Tapi keadaan kewangan tak membenarkan Lynd berhenti keje.

So Lynd jadi takut nak berimpian "Suri rumah"

Then.. Baca blog oversea on Home Organising, dan mostly blog yang Lynd follow mereka tak bekerja makan gaji.

Mostly buat part- time.

Ada yang buat consultation, ada yang blogger dan ada yang jual Shaklee..!!!!!

Tapi hanya pandang je lah.

Makin lama makin macam terfikir.. bestnya life dorang.

So mula terfikir "Suri rumah berpendapatan"

Dan Lynd mula jadikan itu sebagai IMPIAN.

Dan Lynd tak tahu cara lagi.

Impian.

Lynd mula search lagi mengenai peluang-peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Tapi masih tak nampak kerja dari rumah yang boleh memberikan pulangan sekurang-kurangnya menyamai gaji Lynd sekarang.

Tapi Lynd tak habis-habis nampak botol Shaklee kat blog mat salleh ni.

Bukan Lynd tak pernah dengar pasal Shaklee ni, tapi tulah.. ada "ke-anti-an" sedikit.

Kenapa anti xpayah lah citer ye.

So 2 tahun berlalu.. pencarian masih diteruskan..

Sampai lah 1 masa terfikir "Bisness Shaklee ni ada kelas jugak ke? Mat salleh ni susun botol Shaklee ni cantik je"

Dan dipendekkan cerita.. register sebagai ahli (sebab nak bisnes) dan ambil la 2 botol produk.

Niat hati konon nak test produk dulu pastu baru boleh promote.

Tapi saya tak sangka yang saya tergolong dalam golongan yang bertuah.

Rupa-rupanya group yang saya join tu adalah group yang aktif dan terbesar kat Malaysia. Iaitu kumpulan Jutawan Shaklee.

Dan kelebihanya, saya dicampak ke dalam 4 kumpulan Closed Group Facebook. Hanya ahli berdaftar bawah Jutawan sahaja yang ada access.

Kat situ baaaaaaaaaaaanyak sangat guide line untuk orang nak berbisnes, tips kejayaan, kisah kejayaan, motivasi, kelebihan produk Shaklee, amalan rohani dan tips lebih merapatkan diri dengan Allah dan banyak lah.

Dan masa tu saya fikir, bisness Shaklee boleh bawa orang sejauh tu ke?

Barulah saya sedar Shaklee berikan banyak peluang sebenarnya.

Ok.. saya taknak citer pasal peluang bisnes Shaklee sebenarnya dalam entry ini.

Back to IMPIAN.

Bila saya sedar mengenai Shaklee adalah HOW yang tuhan hantar untuk saya capai impian "suri rumah berpendapatan"..

Saya mula berimpian "BESAR".

Macam-macam saya nak. Buat vision board bagai.

Tapi tu lah.. semangat turun naik.

Kejap rasa "ok je keje, ada kawan-kawan, bisnes shaklee sambil-sambil buat duit jajan anak je pun ok"

Bila musim dapat bonus "Ok je keje ni bonus dah gerenti tiap-tiap tahun"

Tapi bila datang musim stress keje mula fikir nak berenti keje.. nak buat shaklee betul-betul.. tengok vision board balik.. than terfikir kenapa impian aku ni tak tercapai?

Hidup diteruskan..

Sampai lah saya tak ingat macamana tapi it's a learning and cara tuhan mengajar sebenarnya.

Impian saya lengkap tetapi kekurangannya adalah..


WHY..


Kenapa deretan impian tu seakan-akan jauh.

Rupanya Push Factor dan kenapa saya nak sangat jadi "Suri Rumah Berpendapatan"

Jujur.. sebabnya..



Saya dah taknak bangun pagi-pagi rutin sama kelam kabut gi keje, Kalau tak keje boleh bersantai-santai uruskan rumah sendiri. Tak perlu nak fikir pasal bos ke apa ke. Saya nak menjalani kehidupan santai dan tenang.


Ermmmmmm...

Tak tahu macamana yang saya boleh sedar kesilapan "WHY" saya tu.

Mungkin sebab dari doa atau istigharah "tanpa sebab" saya. Seolah-olah petunjuk yang menyedarkan saya.

 Impian saya mesti ada WHY yang betul.

Dan saya kongsi jawapan adalah WHY kepada impian saya adalah :

WHY 1 : Kerana Dia..Kerana Allah..

Bila baca tips kejayaan PM Cery, amalan-amalan rohani yang dia cadangkan. Amalan dengan Allah. Masa tu terfikir "Tak keje boleh lah buat tu semua".

Dan itulah jawapannya.. saya perlu berhenti kerja supaya masa saya hanya untuk Bos saya iaitu Allah.

Tapi tak bermaksud saya tak buat semua amalan tu.

Amalan macam Dhuha, saya kena bijak urus masa saya kelam kabut datang awal ke pejabat untuk dhuha sebelum waktu keje kol 8.30 am. Tapi cabarannya tetap ada. So cabaran tu yang saya jadikan push factor saya untuk keje keras lagi untuk mencapai impian saya.

Aku kene berenti keje supaya Bos aku Hanya Allah.

Makan Gaji dengan Allah.

Sebab ganjarannya bukan hanya di dunia.. ganjarannya juga diakhirat.

Dan itu matlamat kita semua.

Semoga Allah terima "susah payah" saya untuk mengadap dia ni sebagai saham.

Apa je Impian kita mesti end up kerana Allah.

Macam sekarang, Lynd tengah dalam proses jual rumah teres yang Lynd dok sekarang, impiannya nak cari tapak rumah dan bina istana kecil kami.

Dan Lynd selitkan siap-siap WHY impian Lynd tu perlu dicapai.

1. Lokasi rumah baru nak dekat dengan surau / masjid selain berpeluang gi surau dan masjid, Lynd nak bunyi azan sentiasa menyelubungi rumah Lynd setiap 5 waktu. Sebab sekarang ni susah nak dengar azan terutama subuh. Terjenguk2 kepala kot tingkap sebab nak dengar azan. Azan TV lain feelnya.

2. Design tandas dan tempat wudhuk.

Sound silly. Tapi itu impian. Lynd nak design toilet bowl dan shower asing. Supaya Lynd boleh ambil wuduk dan boleh baca Bismillah...

Korang tahu tak yang tak boleh baca bismillah dalam toilet..???

Tapi masa wuduk?

Rasa rugi tak baca bismillah.. rasa berdosa baca bismillah dalam toilet.

Ini adalah contoh on WHY..

Allah..

Mungkin dalam kes kawan-kawan yang lain setiap impian mesti diselitkan dengan Why yang kukuh untuk Tuan Punya Dunia bagi jalan dan permudahkan.

Baru lah dunia tak rugi.. Akhirat cemerlang..

Sekian bicara santai kita hari ini.
April 06, 2015

6 Cara Kembali Langsing Selepas Bersalin

by , in

Cara 1 : Amalkan pemakanan Tinggi Protein


Makanan Tinggi Protein akan memberikan rasa kenyang lebih lama berbanding karbohidrat.


Tapi masalah dalam masyarakat Melayu, semasa berpantang memang kena "pantang" makan macam-macam. Pilihan makanan juga terhad. Ada yang amalkan hanya makan nasi panas dengan lada hitam sahaja.


Sebenarnya kita perlu ambil makanan tinggi protein kerana ia membantu proses penyembuhan dengan lebih cepat.


Boleh refer Artikel Dr Ahmad Mahyudin mengenai kesan protein untuk penyembuhan.


Selain itu ambil makanan tinggi Iron dan vitamin B12 yang mengembalikan tenaga dengan lebih cepat.


Tetapi berhati-hati dengan pengambilan daging kerana ia bukan hanya membekalkan protein termasuk juga lemak dan mungkin yang orang dulu-dulu tak bagi makan daging semasa berpantang.


Tips Curi makan sumber protein semasa berpantang.


Cara 2 : Lawan Keradangan


Tekanan dan trauma akibat proses kehamilan dan bersalin akan menyebabkan imunisasi yang memberi kesan keradangan dalaman pada badan kita.


Ambil makanan yang mempunyai anti-radang yang tinggi seperti teh hijau, herba seperti kunyit dan bawang putih.


GULA..!!! adalah penyebab kepada kadar kerangangan yang tinggi dalam badan dan juga melambatkan proses penyembuhan luka.


Cara 3 : "Buat Susu" / Breastfeed your Baby


Menyusukan bayi adalah cara mudah untuk turunkan berat badan kerana kajian menunjukkan lebih kurang 500kalori dibakar setiap hari dengan penyusuan susu ibu.




Plain and simple, breastfeeding burns calories! “Our bodies burnalmost 20 calories to make just an ounce of breast milk. If your baby eats 19-30 ounces a day, that's anywhere between 380-600 calories burned,” says Joy Kosak, co-founder of Simple Wishes, a hands free pumping bra.



Oleh itu, ibu yang menyusukan anak perlu mengambil air yang banyak kerana calori yang banyak digunakan semasa menyusu dan ia seperti anda bersenam.


Cara 4 : Ketahui Vitamin Yang Diperlukan


Vitamin A - Akan hilang melalui penyusuan susu ibu. Pengambilan Vitamin A 1800mg dapat membantu untuk ibu untuk kembali sihat dan bertenaga. Vitamin A boleh didapati dari bayam, carrot dan kentang.


Vitamin C - Juga berkurangan dari badan ibu melalui penyusuan susu ibu. Oleh itu tingkatkan pengambilan vitamin c melalui oren, brokoli dan lain-lain


Vitamin D - Memberikan kekuatan kepada tulang ibu. Pengambilan 200IU sehari melalui susu, telur dan cendawan.


Vitamin E - menolong untuk menstabilkan kitaran kesihatan. Cadangan pengambilan adalah 19 mg sehari yang diperolehi dari kekacang dan telur.


Potassium - Merendahkan tekanan darah dengan pengambilan 3500 mg. Diperolahi dari pisang, kekacang dan kentang.


Cara 5 : Amalkan pengambilan Kalsium.


Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah osteoporosis dan memberikan gigi yang sihat.


Kalsium boleh diperolehi dari hasil tenusu, kekacang dan daun hijau.


Cara 6 : Pengambilan Minyak Ikan.


Susu ibu yang kaya DHA  terbukti dapat meningkatkan kadar pekembangan IQ, sensitiviti dan perkembangan minda bayi. Omega-3 dan DHA dari minyak ikan dapat mengurangkan tekanan kepada ibu selepas bersalin.


Dapatkan nutrisi penting untuk ibu selepas bersalin dari Set Berpantang Shaklee


Set Bersalin Shaklee




Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

April 04, 2015

PIH Part 5 : Mitos Penyusuan Susu Ibu

by , in

Dulu masa Lynd attend kelas Persediaan Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Hamil, perkara pertama yang dibincangkan adalah "mitos" penyusuan susu ibu.


Kenapa dikatakan mitos dan kenapa perlu dibincangkan pada sesi awal?


Kerana jika mitos / tanggapan salah ini tidak dibuang dari minda kita, segala ilmu baru mengenai penyusuan akan susah kita nak terima.


So 1st of all memang kena bersihkan minda terlebih dahulu dan betulkan tanggapan kita selama ni.


MITOS 1 : Susu Ibu Sikit Sangat Keluar, Susu Tak Cukup.


Tahukan anda.. berikut adalah saiz perut bayi baru lahir sehingga 1 bulan.


new Born Stamach Size


Jadi mereka tidak perlukan susu yang melimpah ruah dari hari pertama.


Kita selalu beranggapan bahawa susu ibu "sedikit sangat" semasa hari-hari pertama kelahiran.

Jangan risau, 1 sudu kecil setiap sesi sudah cukup mengenyangkan semasa hari-hari pertama.


Disebabkan itu Colustrum / Cecair Emas yang keluar ketika hari-hari pertama kelahiran adalah hanya sedikit sahaja.


Colostrum_vs_breastmilk
MITOS 2 : Bayi Dengan Susu Ibu Kerap Lapar?



Yes.. Kerana saiz perut yang kecil dan susu ibu yang ringan menyebabkan susu ibu senang diserap oleh sel badan bayi.

Risiko Susu Formula dengan Jumlah yang banyak ?

1. Perut bayi "dipaksa" menerima jumlah susu yang banyak.

2. Perut bayi terpaksa bekerja keras untuk menyerap susu formula yang berat. Dan menyebabkan bayi akan tidur lama kerana kepenatan.


Dan ini sebenarnya memberikan risiko kepada bayi juga.


MITOS 3 : Sebelah Payudara Untuk Nasi dan Sebelah Air




Pernah dengar tak?
"Kita kena menyusukan anak selang seli kiri dan kanan breast sebab sebelah nasi dan sebelah air. So nak kena balance kiri dan kanan"




Agak kasar jika saya kata itu adalah "mitos" dan pemahaman tu salah sebenarnya. Saya minta maaf terlebih dahulu.


Hakikatnya, kita akan dapat lihat kadang-kadang susu ibu ada kalanya pekat dan adakalanya cair.
Susu ibu yang kelihatan agak cair dikenali sebagai Foremilk yang mana akan keluar semasa awal-awal bayi menyusu.


Foremilk-Hindmilk


Bila makin lama, susu akan makin pekat dan dipanggil Hindmilk.


Foremilk mengandungi banyak air yang akan mengilangkan dahaga dan membekalkan air kepada bayi. Manakala Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak yang akan mengenyangkan bayi.


Oleh yang demikian, ibu digalakkan untuk menyusu dengan menggunakan sebelah payudara sahaja dalam 1 masa sehingga parudara benar-benar kosong sebelum beralih ke payudara sebelah lagi jika bayi masih ingin menyusu.


Ini kerana untuk memastikan bayi mendapat hind milk dan foremilk secukupnya. Jika kita hanya asyik menukar-nukar payudara semasa menyusu dalam 1 masa, dikhuatiri bayi hanya mendapat foremilk sahaja so bayi akan cepat lapar kerana hanya mendapat "lebih" air berbanding lemak.


MITOS 4 : Bayi Juga Perlukan Air Masak.


Tahukan anda kenapa bayi perlu diberikan susu ibu SAHAJA sehingga 6 bulan?


Kenapa tak boleh bagi air masak?


Ilmu ini Lynd dapat dari Puan Rita Rahayu seorang Lactation Counselor.


tsh-nurturing-doll-600px



Semasa beliau memberikan penerangan tu, terlopong mulut ni, hah. Bertapa ajaibnya ciptaan Allah.


Apabila seorang bayi menerima Colostrum dari ibu, cecair likat keemasan itu akan menyaluti dinding perut bayi. Dan lapisan ini akan kekal melindungi perut bayi dari sebarang jangkitan berkaitan dengan perut.


Ia merupakan perisai kepada perut bayi.


Tetapi.. apabila bayi diberikan air masak / atau apa sahaja makanan / minuman, lapisan ini akan "dicuci".


Perisai ini akan mula berlobang sana sini dan perut bayi akan mula terdedah kepada risiko jangkitan.


Tetapi selepas 6 bulan, bayi sudah cukup kuat dan tahan jangkitan. Disebabkan itulah bayi boleh dikatakan "bersedia" untuk menerima makanan lain dan tidak bergantung kepada lapisan perisai itu.


Jadi sekarang faham kenapa bayi tidak boleh diberi makanan / minuman selain susu ibu semasa dibawah 6 bulan?


So ini adalah antara mitos atau salah faham yang terdapat dalam masyarakat kita.


So para ibu sekelian, cuba faham dan betulkan tanggapan tersebut supaya perjalanan penyusuan kita akan lebih lancar.


———————————————————————-



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty