Impian Zero Hutang

Assalamualaikum.


Apa khabar semua ?


Last week Lynd order buku Zero Hutang yang ditulis oleh salah seorang mentor kewangan saya Tuan Zulkifli.


cover-buku-zero-hutang


Memang terinspirasi bagaimana beliau "nekad" dan berazam untuk membebaskan diri dari bebanan hutang yang kebanyakkan orang anggap hutang itu hutang "normal" dimana yang biasa sahaja. Hutang pelajaran, hutang kereta, hutang rumah dan lain-lain lagi.


Dan kemudian hidup "dibawah kemampuan".


Impian Zero Hutang.


Memang terinspirasi bagaimana kita tidak perlu hidup bermewah-mewah jika kita tak mampu. Ermmm.. bukan soal tak mampu tetapi rasanya mampu tetapi kita lebih "mengutamakan" perkara lain berbanding SIMPANAN.


Yesss.. Selain membayar hutang kita perlu ada simpanan. Ada 1 soalan yang buat Lynd berfikir agak lama..


"Jika kita kurang upaya hari ini untuk bekerja, bermaksud pendapatan kita tiba-tiba ZERO, berapa lama kita boleh survive?"


Termenung sejenak.




1. Dengan apa aku nak bayar HUTANG aku bulan depan.


2. Dari mana aku nak dapat untuk perbelanjaan harian aku lepas ni?



2 perkara itu membuatkan Lynd... Ermmm.. tersedar..


Yelah.. simpanan pun segan silu je nak membukit, baru jadi busut dah kena tarah..


Hutang or so call as "pinjaman" memang ambil separuh dari income makan gaji.


Komitmen mak, ayah dan tampung perbelanjaan rumah bantu husband.


Apa yang Tuan Zulkifli buat, beliau makan gaji sambil tambah pendapatan. Bermula dengan perniagaan MLM dimana beliau merupakan pengguna kepada 1 rangkaian produk ini dan suka dengan produk tersebut. Kemudian mengedarkan kepada rakan-rakan dan orang terdekat. Dapat bonus sikit-sikit dah cukup bersyukur.


Kelebihan mula berniaga dengan perniagaan MLM ini adalah Modal dan risiko rendah. Boleh baca mengenai cara memilih MLM yang betul boleh refer pada entry beliau.


Mulakan Perniagaan Dengan MLM


Dan Lynd ada juga terangkan mengenai Shaklee sebagai perniagaan MLM


Dan kemudian beliau menjadi dealer emas yang benar-benar membawa beliau kearah Financial Freedom dan kemudian itu baru beliau berhenti kerja kerana dari segi financial beliau sudah "secure" dan kukuh.



Berbeza dengan Lynd.


Saya nak berhenti kerja secepat mungkin. Lynd nak fokus pada bisness Shaklee dan keluarga. Dari segi potensi perniagaan Shaklee, memang pendapatan dan peluang yang Shaklee tawarkan memang melebihi dan berlipat kali ganda dari pendapatan Lynd sebagai jurutera sekarang.


Lynd "terdesak" untuk berhenti kerja. Sebab Lynd taknak menganiaya rakan-rakan sekerja bila Lynd tak dapat beri komitment sepenuhnya. Bukan sebab bisnes yang mengganggu tumpuan Lynd, tapi lebih kepada keluarga.


Lynd betul-betul sentap bila Kaseh tanya "Kenapa cuti sekolah masih kena sekolah?". Memanglah. Hanya tadika yang cuti tapi dia masih perlu ke nursery kerana mama kerja. Sampai bila..?


Dan kerana itu sebenarnya Lynd terjebak untuk berbisnes dan Shaklee pilihan Lynd. Sebab Lynd nak tunaikan impian anak-anak untuk melihat ibu mereka sentiasa berada di rumah bila cuti sekolah. Bebas masa.. dalam masa yang sama berusaha untuk bebas wang.


Yesss.. Lynd terdesak.. Bila tengok rakan-rakan Shaklee akhirnya berhenti kerja dena buat full time Shaklee malahan Full time house wife dengan pendapatan berlipat kali ganda dari Lynd membuatkan Lynd bersemangat yang Lynd akan jadi salah seorang dari mereka.


Kalau mereka boleh kenapa Lynd tak boleh?


Tuan Zulkifli, impian kita sama iaitu Zero Hutang, tapi saya pilih jalan berisiko dan mencabar sedikit.


Semoga impian Lynd akan tercapai pada October 2015


 WAHM

Tiada ulasan: