Kenapa Islam Menggalakkan Berniaga

Kenapa Islam Menggalakkan Berniaga


Satu ketika dulu Lynd memang hidup dengan hanya kehidupan Lynd yang normal.


Belajar rajin-rajin, kerja makan gaji, nak gaji lebih hanya dengan cara "lompat company", tunggu increament tahunan dan bonus tahunan. Sampai lah Lynd berada di company sekarang ini. Lynd sudah cukup selesa.


Increament memang ada, bonus wajib at least 1 bulan setiap tahun. Mungkin sebab Lynd pernag berada di syarikat yang agak terumbang ambing sebelum ini, maka Lynd memang "bersyukur" sangat dengan apa yang ada.


Apa maksud Syukur?


Menerima seadanya apa yang kita dapat. Kerana kita mendapat lebih dari yang sebelum ini dan semestinya merasakan kita dapatlebih dari kawan-kawan yang lain.


Jika ada orang merungut?


"Alah.. ko tak pernah rasa company yang lagi teruk dari sini. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada kat sini"


Jika ada yang bandingkan dengan rakan-rakan yang dapat lebih di tempat lain?


Ko bagus sangat ke untuk ko dapat macam dia? Bukan teruk sangat pun company sekarang. Ko ni tak pandai bersyukur.


Lynd yang dulu memahami Syukur itu adalah sesuatu dimana kita menerima apa sahaja yang kita dapat. Jangan komplen, merungut atau minta lebih.


Then entah macamana mula terasa "ketidakcukupan" itu. Mula mencari cara berjimat dan cara urus wang. Dalam proses pemcarian itu Lynd asyik ditemukan dengan "Tambah pendapatan", "Berniaga", "Side Income" dan "pelaburan".


Dimana Lynd merasakan itu semua bukan untuk saya. Bertahun mencari dan penemuan tetap sama. Maka Allah bukakan pintu hati, berdaftar sebagai Ahli Shaklee atas niat mahu berniaga untuk tambah pendapatan.


Dan dari situ Lynd mula belajar mengenai IMPIAN, MATLAMAT dan CITA-CITA. Maka mula excited melakar impian. Tetapi bila impian tak nampak bayang sebagaimana seperti yang digambarkan. Maka "kekecewaan" mencuit.


Maka pencarian diteruskan lagi.


Kenapa mereka yang sudah berjaya, berjaya? Aku buat apa yang mereka suruh. Tapi kenapa aku tak dapat?


Terus cari lagi maka kepala diusik, dengan "Perbetulkan Niat". Niat berniaga itu. Ermmm.. niat aku betul la, nak tambah pendapatan, nak beri kesenangan kepada keluarga dan nak bantu orang lain dengan duit yang aku dapat.


Apa yang tak betul?


Maka bila tidak dapat apa yang diminta dan harapkan Lynd kecewa. Bila datang cabaran perniagaan Lynd mula "takut".


Pencarian diteruskan lagi. Masih lagi berkisar tentang niat. Seakan-akan niat yang masih tak betul.


Dan malam ni Lynd jumpa lagi "penyebab" kenapa Lynd kecewa. Yes.. betul.. Niat.


Niat Berniaga. Semakin hari Lynd semakin faham kenapa Islam menyatakan 9 dari 10 punca rezeki adalah berniaga.


Kenapa?



Apa yang kita jual adalah penyelesaikan masalah orang.


Orang berniaga nasi lemak, memudahkan orang lain mendapatkan nasi lemak dengan cepat di waktu pagi. Jadi selesai masalah orang untuk mendapatkan sarapan pagi.


Orang menjaja / menjual kain pasang adalah untuk menyelesaikan masalah orang untuk mendapatkan kain baju raya.


Dimana ada masalah di situ perniaga berperanan untuk menyelesaikan masalah orang.


Niat kena betul.


Kita berniaga bukan untuk kaya sendiri tetapi untuk selesaikan masalah orang lain.


Contoh yang lebih dekat dengan Lynd.


Berapa ramai orang kat luar sana ada masalah nak turunkan berat badan.


Ada yang kawal makan tapi tak turun-turun jugak berat badan.


Ada yang makan macam-macam ubat kurus pun tak kurus-kurus.


Ada yang tak dapat zuriat sebab berat badan berlebiha.


Ada yang susah nak beribadah dengan sempurna sebab berat berlebihan.


Ada ibu yang tension dan serabut tak dapat uruskan rumah tangga dengan sempurna sebab badan tak fit dan bertenaga.


Kalau Lynd diammmmm je..


Lynd tak kongsi bahawa rangkaian produk Shaklee dapat dapat bantu ramai orang kat luar sana untuk turunkan berat badan. Lynd diam je. Lynd asyik suruh orang beli je tapi Lynd tak explain kenapa Shaklee selamat dan patut dipilih.


Berapa ramai yang dok telan 'ubat kurus' entah apa-apa sebabnya Lynd tak kongsi bahawa Shaklee adalah produk yang selamat kerana menjalani 350 ujian bagi setiap bahan.


Sebabnya Lynd dok fikir nak "jual" je. Bukan nak kongsi kebaikan dan kenapa Shaklee patut diambil.


Bila dah sampai tahap ini, Lynd fikir "berdosa"nya Lynd. Tahu ada produk yang selamat tapi tak terangkan dan kongsikan betul-betul. Maka orang dok pilih produk yang tak selamat / diragui.


Kadang-kadang ada bisikan "supplemen" ni Pilihan dan bukan kewajipan. So tak payah lah ambil supplemen. Maka Lynd pun diamkan aje. Lynd ambil sendiri je, lantak korang lah kalau korang taknak ambil suplemen.


Jaga_Kesihatan_Jantung_Dengan_CoQHealth_Plus pil kurus ubat kurus


Lynd pandang je..


Lantak lah korang. Kita menyedut udara yang sama, gaya pemakanan yang sama, sumber makanan yang sama, tapi sebab aku tahu macamana nak kawal, macamana sesuatu penyakit itu, aku tahu produk yang boleh detox segala pencemaran itu dengan selamat maka risiko aku lebih rendah.


Korang bukan sapa-sapa pun. Asal aku dan family aku sihat dan selamat sudah.


Tapi..


Mampu ke Lynd nak berfikiran macam tu?


Disitu datangnya tanggungjawab berniaga itu sendiri. Lynd explain tentang sesuatu info, anda berminat, Lynd bekalkan.


Bukankah itu lebih bermanfaat. Lynd memberi informasi berguna dan seterusnya memudahkan anda semua untuk mendapatkannya.


Maka.. bagi mengelakkan kekecewaan dalam bisnes, Lynd kena betulkan niat untuk memberikan kesedaran. dari situ Lynd tak boleh give up. Lynd kena terus berkongsi info dan bukan memburuk-burukkan produk orang lain juga.


Maka disitu memberi salah 1 pengertian kepada kenapa Islam menyarankan kita berniaga. Kerana kita membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.


Disamping menjadi sumber pendapatan, pahala menyelesaikan masalah orang lain juga kita dapat. InsyaAllah.


Maka kepada yang ingin berniaga diluar sana, betulkan niat untuk membantu orang lain. Maka itu menjadi penyebab kita untuk tidak berputus asa.


Teruskan berkongsi dan mendapat rezeki yang diberkati.


InsyaAllah.

Tiada ulasan: