Kerana Siapa.. Kerana Dia..

Hari ni Lynd nak bicara santai.

Santai tapi sesak dada juga lah.

Mengenai IMPIAN.

Sejak join bisnes Shaklee dan juga join program Dr Azizan Osman, Lynd di ajar untuk berimpian.

Jika sebelum ini, hanya follow the flow dan tunggu apa Allah beri.

Bila tengok orang berjaya Lynd akan fikir "Untung dia, Allah kurniakan kejayaan"

Lynd sebelum ni pernah join Program Prof Muhaya juga, tapi lebih kepada kekeluargaan dan kebahagiaan jiwa.

Prof Muhaya punyer moto ada mention "Live by Design"

Tapi tak faham sangat.

Then dengan bisnes Shaklee, tengok tips-tips kejayaan mentor-mentor salah satunya adalah vision board.

Kita kena visualizekan impian kita dan tampal.

debt1

Ni contoh.

Ini Law of Attraction lah.

Then.. impian.. semua orang nak impian bagus-bagus dan best.

Kerete besar, rumah selesa, duit banyak, pergi melancong.

Dan memang banyak benda best.

Pun kadang-kadang stuck jugak sebab banyak sangat benda yang kita nak dan kalau boleh nak time-time tu juga.

Masa IMKK, DAO ada bagi gambaranlah lebih kurang gini.

Kehidupan kita ni sebenarnya boleh di design which is impian.

Kita set dulu apa yang kita nak.

Apa, bila, siapa detail.

Tanam dalam kepala.

Dan ACTION datang kemudian.

Kita pulak jenis takut nak letak goal / Impian sebab tak tau macamana nak capai impian tu. (HOW)

Lynd tersentap dan pegang ayat ni " Allah mengikut sebagaimana sangkaan hambaNya"

So kita set dulu "sangkaan" kita mengenai masa depan kita dan Allah akan beri dan ikut apa yang kita sangka itu dengan memberikan idea, mentor, ilmu, petunjuk dan lain-lain lagi untuk menjadikan Action kepada impian kita.

Ermmm.. Get it?

Lebih kurang gini lah.

Lynd dulu fikir.. bestnya kalau boleh jadi suri rumah dan handle rumah tangga sendiri.

Tak payah kerja.

Tapi keadaan kewangan tak membenarkan Lynd berhenti keje.

So Lynd jadi takut nak berimpian "Suri rumah"

Then.. Baca blog oversea on Home Organising, dan mostly blog yang Lynd follow mereka tak bekerja makan gaji.

Mostly buat part- time.

Ada yang buat consultation, ada yang blogger dan ada yang jual Shaklee..!!!!!

Tapi hanya pandang je lah.

Makin lama makin macam terfikir.. bestnya life dorang.

So mula terfikir "Suri rumah berpendapatan"

Dan Lynd mula jadikan itu sebagai IMPIAN.

Dan Lynd tak tahu cara lagi.

Impian.

Lynd mula search lagi mengenai peluang-peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Tapi masih tak nampak kerja dari rumah yang boleh memberikan pulangan sekurang-kurangnya menyamai gaji Lynd sekarang.

Tapi Lynd tak habis-habis nampak botol Shaklee kat blog mat salleh ni.

Bukan Lynd tak pernah dengar pasal Shaklee ni, tapi tulah.. ada "ke-anti-an" sedikit.

Kenapa anti xpayah lah citer ye.

So 2 tahun berlalu.. pencarian masih diteruskan..

Sampai lah 1 masa terfikir "Bisness Shaklee ni ada kelas jugak ke? Mat salleh ni susun botol Shaklee ni cantik je"

Dan dipendekkan cerita.. register sebagai ahli (sebab nak bisnes) dan ambil la 2 botol produk.

Niat hati konon nak test produk dulu pastu baru boleh promote.

Tapi saya tak sangka yang saya tergolong dalam golongan yang bertuah.

Rupa-rupanya group yang saya join tu adalah group yang aktif dan terbesar kat Malaysia. Iaitu kumpulan Jutawan Shaklee.

Dan kelebihanya, saya dicampak ke dalam 4 kumpulan Closed Group Facebook. Hanya ahli berdaftar bawah Jutawan sahaja yang ada access.

Kat situ baaaaaaaaaaaanyak sangat guide line untuk orang nak berbisnes, tips kejayaan, kisah kejayaan, motivasi, kelebihan produk Shaklee, amalan rohani dan tips lebih merapatkan diri dengan Allah dan banyak lah.

Dan masa tu saya fikir, bisness Shaklee boleh bawa orang sejauh tu ke?

Barulah saya sedar Shaklee berikan banyak peluang sebenarnya.

Ok.. saya taknak citer pasal peluang bisnes Shaklee sebenarnya dalam entry ini.

Back to IMPIAN.

Bila saya sedar mengenai Shaklee adalah HOW yang tuhan hantar untuk saya capai impian "suri rumah berpendapatan"..

Saya mula berimpian "BESAR".

Macam-macam saya nak. Buat vision board bagai.

Tapi tu lah.. semangat turun naik.

Kejap rasa "ok je keje, ada kawan-kawan, bisnes shaklee sambil-sambil buat duit jajan anak je pun ok"

Bila musim dapat bonus "Ok je keje ni bonus dah gerenti tiap-tiap tahun"

Tapi bila datang musim stress keje mula fikir nak berenti keje.. nak buat shaklee betul-betul.. tengok vision board balik.. than terfikir kenapa impian aku ni tak tercapai?

Hidup diteruskan..

Sampai lah saya tak ingat macamana tapi it's a learning and cara tuhan mengajar sebenarnya.

Impian saya lengkap tetapi kekurangannya adalah..


WHY..


Kenapa deretan impian tu seakan-akan jauh.

Rupanya Push Factor dan kenapa saya nak sangat jadi "Suri Rumah Berpendapatan"

Jujur.. sebabnya..



Saya dah taknak bangun pagi-pagi rutin sama kelam kabut gi keje, Kalau tak keje boleh bersantai-santai uruskan rumah sendiri. Tak perlu nak fikir pasal bos ke apa ke. Saya nak menjalani kehidupan santai dan tenang.


Ermmmmmm...

Tak tahu macamana yang saya boleh sedar kesilapan "WHY" saya tu.

Mungkin sebab dari doa atau istigharah "tanpa sebab" saya. Seolah-olah petunjuk yang menyedarkan saya.

 Impian saya mesti ada WHY yang betul.

Dan saya kongsi jawapan adalah WHY kepada impian saya adalah :

WHY 1 : Kerana Dia..Kerana Allah..

Bila baca tips kejayaan PM Cery, amalan-amalan rohani yang dia cadangkan. Amalan dengan Allah. Masa tu terfikir "Tak keje boleh lah buat tu semua".

Dan itulah jawapannya.. saya perlu berhenti kerja supaya masa saya hanya untuk Bos saya iaitu Allah.

Tapi tak bermaksud saya tak buat semua amalan tu.

Amalan macam Dhuha, saya kena bijak urus masa saya kelam kabut datang awal ke pejabat untuk dhuha sebelum waktu keje kol 8.30 am. Tapi cabarannya tetap ada. So cabaran tu yang saya jadikan push factor saya untuk keje keras lagi untuk mencapai impian saya.

Aku kene berenti keje supaya Bos aku Hanya Allah.

Makan Gaji dengan Allah.

Sebab ganjarannya bukan hanya di dunia.. ganjarannya juga diakhirat.

Dan itu matlamat kita semua.

Semoga Allah terima "susah payah" saya untuk mengadap dia ni sebagai saham.

Apa je Impian kita mesti end up kerana Allah.

Macam sekarang, Lynd tengah dalam proses jual rumah teres yang Lynd dok sekarang, impiannya nak cari tapak rumah dan bina istana kecil kami.

Dan Lynd selitkan siap-siap WHY impian Lynd tu perlu dicapai.

1. Lokasi rumah baru nak dekat dengan surau / masjid selain berpeluang gi surau dan masjid, Lynd nak bunyi azan sentiasa menyelubungi rumah Lynd setiap 5 waktu. Sebab sekarang ni susah nak dengar azan terutama subuh. Terjenguk2 kepala kot tingkap sebab nak dengar azan. Azan TV lain feelnya.

2. Design tandas dan tempat wudhuk.

Sound silly. Tapi itu impian. Lynd nak design toilet bowl dan shower asing. Supaya Lynd boleh ambil wuduk dan boleh baca Bismillah...

Korang tahu tak yang tak boleh baca bismillah dalam toilet..???

Tapi masa wuduk?

Rasa rugi tak baca bismillah.. rasa berdosa baca bismillah dalam toilet.

Ini adalah contoh on WHY..

Allah..

Mungkin dalam kes kawan-kawan yang lain setiap impian mesti diselitkan dengan Why yang kukuh untuk Tuan Punya Dunia bagi jalan dan permudahkan.

Baru lah dunia tak rugi.. Akhirat cemerlang..

Sekian bicara santai kita hari ini.

Tiada ulasan: