PIH 7 Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Supplement

Assalamualaikum Ibu Cantik.


Kali ni Lynd nak share mengenai passion Lynd dalam parenting ini iaitu penyusuan susu ibu atau breastfeeding.


Dan kepada sesiapa yang mengikuti Persiapan Ibu Hamil The Series by Lynd ini memang akan perasan yang Lynd memang sangat tekankan persiapan ibu hamil menghadapi hari kelahiran bayi adalah penyusuan susu ibu / breastfeeding.


Selain pengalaman Lynd menyusukan 2 orang anak sebelum ini, Lynd juga mengikuti beberapa kelas / seminar mengenai breastfeeding dan Lynd juga menjalankan kerja-kerja sukarelawan dalam membantu ibu baru bersalin yang menghadapi masalah untuk menyusukan anak mereka.


Lynd memang seronok untuk berkongsi cara dan tips untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu.


Topik yang Lynd nak kongsi kali ni memang agak pelik untuk orang yang "menjual" supplemen.


Sebab Lynd nak kongsi



Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Supplemen


Tak ke pelik tu?


Ok. Untuk memahami lagi macamana cara untuk banyakkan susu ibu, kita kena faham dulu bagaimana susu ibu dihasilkan.


Dan saya bagitahu awal-awal ye, penerangan saya ni menggunakan ayat-ayat orang biasa yang mungkin lebih difahami dan ayat ini bukan copy-paste mana-mana sebab penerangan ini mengikut pemahaman saya dari pembacaan dan penerangan semasa seminar dan ada yang saya ambil dari blog lama saya iaitu Kasehku_Hidupku


So ayat saya ni kalau mahu dibuat buku memang tak sesuai.



oxytocincycle


Mula-mula mari kita berkenalan dulu dengan 2 hormon yang terlibat dalam breastfeeding.


Hormone BF




Hormon Prolactin - Berfungsi dalam menghasilkan susu ibu. Bila kita dah meransang / stimulate breast tak kisah la melalui direct feeding / pumping, otak akan memberi isyarat supaya hormon ini dihasilkan dengan lebih banyak dan menggalakkan penghasilan susu ibu.






Hormon Oxytocin - untuk mengeluarkan susu dari badan. Juga dikenali sebagai motherhood hormone. Bila hormon prolatin sudah menghasilkan susu, Oxytocin akan ambil peranan untuk mengeluarkan susu dari breast. Pernah jadi tak bila kita teringat dekat baby kita tiba-tiba susu menitik dari breast. That why ia dipanggil motherhood hormone.


Perasaan keibuan ini lah yang menyebabkan susu itu keluar. Dan hormone ini juga memberikan kita ketenangan.




Itulah indahnya penyusuan susu ibu.


oxytocincycle



Jadi, dari peranan 2 hormon tadi dah boleh gambarkan tak bagaimana kitaran penyusuan / penyusuan susu ibu dihasilkan?


breast-feeding-flow-1


Ia bermula dari RANSANGAN / STIMULATION. Maksudnya kita meransang payudara samada melalui penyusuan direct atau pumping adalah pemulaannya.


Jika ada ransangan, otak akan memberi isyarat supaya badan menghasilkan susu.


Apa bila susu dihasilakan dan berada di payudara, ketenangan dan hormon motherhood akan meransang susu untuk keluar dari badan. Dan jika ibu-ibu perasan ada rasa "kebas" pada payudara dan dalam waktu yang sama susu keluar dengan laju itulah dipanggil "Let Down Reflex" dan itu adalah idaman wanita yang mengepam susu.


Dan jika ada sesetengah keadaan yang payudara terasa penuh dengan susu tapi susu tak keluar, itu menunjukkan hormon Oxytocin tidak menjalankan tugasnya. Dan ketika ini merupakan petanda bahawa ibu sedang stress, jadi ibu perlu tenang supaya susu dapat dikeluarkan dari payudara.


Dan bagi membantu ibu-ibu mudah faham lagi bagaimana sistem susu dihasilkan oleh badan adalah seperti sistem flash air di toilet. (Minta maaf guna contoh ini)


Air dalam toilet bowl takkan berganti dengan air baru jika kita tak flash. Kita flash keluar masa air baru akan masuk. Bila kita biar sahaja dalam waktu yang lama air dalam toilet bowl itu akan mengering sendiri.


Jika susu tidak dikeluarkan dari breast, otak takkan memberi isyarat kepada kilang susu untuk menghasilkan susu baru. Maka bila sudah lama tak diransang, maka produktiviti akan mengurang dengan sendiri kerana otak memberi isyarat bahawa tuan punyer badan tidak memerlukan susu yang banyak.


Maka kuncinya disini adalah, teruskan memberikan isyarat kepada otak supaya memberikan arahan kepada badan supaya menghasilkan susu yang lebih.


1. Power Pumping


"Tipu" badan melalui kaedah power pumping. Jangan kisah mengenai hasil yang keluar sebab itu bukan tujuan power pumping. Power pumping adalah untuk memberikan isyarat pada badan untuk hasilkan lebih susu.


2. Kerapkan Ransangan.


Dari 2 kali sesi mengepam kepada 3-4 kali sesi. Dari 4 jam sekali kepada 2 jam sekali. Sama juga prinsipnya, ia untuk memberi isyarat kepada badan.


3. Tenang / Berehat.


Jika ibu sentiasa dalam keadaan terkejar-kejar untuk mengepam maka susu ibu  juga sukar untuk keluar. Cuba cari ketenangan dengan melihat gambar / video anak. Maka hormon keibuan itu akan membantu susu untuk dihasilkan dan keluar.


Ok sekarang sudah faham bagaimana susu ibu dihasilkan?


Jika kita faham "kunci" itu maka penyusuan susu ibu akan lebih lancar dan kita tahu apa boleh dibuat jika kita berada difasa kemeruduman hasil susu ibu.


Untuk lebih info mengenai penyusuan susu ibu atau bagaimana Rangkaian Produk Shaklee dapat membantu melancarkan perjalanan penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya :



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Tiada ulasan: