PIH 8 Surah Amalan Ketika Mengandung

Assalamualaikum Canteks Sihat.


Berikut adalah surah-surah yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu ketika hamil.


8-surah-ibu-hamil



Surah Amalan Ketika Mengandung


Lynd nak share kisah Lynd masa mengandungkan anak ke 2, Awatif.


Klau ikutkan Lynd over due dekat 9 hari. Setiap pagi Lynd mengharap yang hari tersebut merupakan hari kelahiran Awatif. Sampai 1 tahap Lynd menggelarkan hari melahirkan itu adalah hari di mana satu-satunya sakit yang dinanti.


Yelah, mana ada sakit lain yang kita cari dan tunggu hanya sakit bersalin je yang kita tunggu dan nantikan.


Dari hari ke hari masih juga belum bersalin. Kepala asyik dok fikir apa lagi yang "tersangkut" salah dengan siapa lagi aku belum minta maaf.


Tapi 1 malam tu entah macamana terdapat "petunjuk" yang bahawasanya yang Lynd tak pernah lengkap semua surah amalan ketika hamil. Asyik separuh jalan je. Dah baca surah at-Taubah, lepas tu lupa, then baca lagi 1 round so tak proceed jugak to the next surah.


So malam 29 April tu Lynd nekad maraton lengkapkan semua surah-surah tersebut. Memang tidur lewat malam tu.


Dan Alhamdulillah, bangun esok pagi tu memang ada contraction. Call Suami, mandi, makan nasi (topup energy) the terus ke hospital. Maka memang hari tu Lynd bersalin dengan "mudah"nya Hannah Damia Awatif 3.89kg.


Heeee.. maka kepada ibu-ibu hamil sekelian, tunaikan hak baby kita. Lengkapkan surah-surah amalan tersebut.


Dan untuk kali ni sebab Lynd dah dapat date C-zer, so memang target and buat check list terus surah-surah harus di selesaikan.


Surah Amalan


So ibu-ibu sekelian, jom lengkapkan hak anak kita itu.

Tiada ulasan: