Kenapa Lynd memilih penyusuan susu ibu?
Kenapa Lynd pilih susu ibu untuk Kaseh dulu?
Pengalaman sendiri.. yang Lynd lalui sendiri..
Sebelum memilih dan decide untuk breastfeed Kaseh, semasa mengandung, Lynd google "Susu terbaik untuk bayi baru lahir".. konon-konon nak cari brand terbaik dan pilihan ramailah.
Jenuh tukar-tukar key words, jawapanya tetap sama iaitu SUSU IBU.
Saya macam biar betul.. Kalau orang yang tak boleh menyusukan anak, apa yang ibu kasi? Takkan lah tiada "brand" terbaik untuk bayi baru lahir.
Sudahnya Lynd give up sampai lah kisah Kak Anita datang.. barulah Lynd nekad..
Yes.. only breastmilk for my baby.
So mulalah study pasal penyusuan susu ibu.
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi :
1. Antibodi dan nutrisi lengkap kepada bayi.
2. Meningkatkan kadar IQ kepada bayi.
3. Bayi akan berapa lebih tenang dan selamat dalam pelukan ibu semasa menyusu.
4. Mengelakkan risiko jangkitan kuman akibat pengendalian botol susu jika diberi susu formula.
5. Ikatan / bonding antara ibu dan anak
dan banyak lagi sebenarnya.
Dan manfaat itu bukan hanya kepada bayi sahaja.
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu kepada Ibu dan keluarga.
1. Mempercepatkan proses pengecutan rahim dan pendarahan selepas bersalin.
2. Mengurangkan risiko penyakit barah payudara dan ovari
3. Natural bonding antara ibu dan bayi.
4. Mempercepatkan proses penurunan berat badan ibu selepas hamil.
5. Kaedah paling mudah menenangkan bayi yang suka merengek.
6. Ibu tidak perlu risau mengenai kebersihan dan keperluan susu kepada bayi.
7. Ibu tidak perlu membuat persiapan yang leceh untuk mebawa air panas dan susu formula jika mahu keluar.
8. Jika berlaku bencana alam, ibu tidak perlu bimbang mengenai kebersihan dan bekalan susu formula.
9. Menjimatkan kos dari segi perbelanjaan untuk susu formula.
10. Penyusuan secara exclusive dapat menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
Banyak kebaikan sampingan hasil dari penyusuan susu ibu.
Tetapi yang menjadi keutamaan pada Lynd adalah
SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK DAN LENGKAP UNTUK ANAK-ANAK LYND
Masih fikir pilihan yang lain.
Harapnya tidak.
Hanya susu ibu yang terbaik untuk anak kita.
———————————————————————-
Tiada ulasan:
Catat Komen