PIH Part 3 Kepentingan Skin to Skin Selepas Bersalin

Apa itu skin to skin?
Seperti namanya, ia merupakan sentuhan kulit antara ibu dan anak sebaik sahaja bayi dilahirkan.


baby-caesarean-620x349


Bagaimana ia dilakukan?
Sebaik sahaja bayi keluar TERUS diletakkan diatas dada emak.
Ia.. DIRECTLY.
Ibu dan bayi tanpa sebarang lapik.

So ibu kena buka baju dan letak bayi di dada dan kemudian di selimutkan kedua-duanya bersama.


Dan ia sejurus selepas dilahirkan,
so baby tak sepatutnya diangkut oleh nurse atau siapa sahaja untuk sebarang prosedur sejurus selapas kelahiran.


Baby dibiarkan diatas ibu selama SEKURANG-KURANGNYA setengah jam.
So sambil yang lain menyetelkan jahitan ibu atau apa sahaja baby dibiarkan bersama ibu.


Kepentingan Skin to Skin Selepas Bersalin


1. Membina antibodi bayi.


Antibodi pertama bayi adalah melalui ibu.
Bila bayi diletakkan bersama ibu kuman/bakteria yang ada bersama ibu akan pergi kepada bayi so semasa itu lah antibodi bayi akan terbentuk.


Tapi jika bayi dibawa oleh nurse atau Doktor untuk prosedur2 lain seperti timbang atau pemeriksaan, bakteria dr orang yang pertama bersama dengan bayi akan melekat.
So antibodi lain akan terbentuk.
Anak perlu bersama dengan ibu selepas itu kan?
Bukan kakitangan hospital kan?


2. Memberi ketenangan kepada bayi.


Semasa didalam perut, bayi mendengan degupan jantung ibu,
bila keluar dia tidak dapat mendengarnya lagi dan membuatkan dia ketakutan.
So bila diletakkan di dada ibu, ini akan memberi tahu yang "IBU ADA DISINI SAYANG"


3. Untuk stimulate breastfeeding.


Tahukah anda, secara semula jadi bayi yang baru lahir boleh menjari payudara ibu untuk menyusu.
Bila bayi diletakkan di dada ibu, bayi akan mengenal bau ibu dan mencari nenen ibu.
Dan ibu pun akan menghasilkan hormon yang menggalakan penghasilan susu.
Tetapi bila bayi tidak diperkenalkan dengan bau ibu sejurus keluar, maka bayi agak susah untuk "mengenal" ibu.


Itulah antara kebaikan skin to skin sebaik sahaja dilahirkan.
Ada jugak skin to skin yang biasa diamalkan untuk menenangkan bayi.
yang dipanggil Kanggaro Stail.


CourtneyKeim9
Ia bagus untuk perkembangan bayi pra-matang.


Tetapi semua situasi diatas adalah untuk keadaan normal.
Jika ibu / bayi ada komplikasi atau masalah semasa kelahiran, mungkin teknik ini tidak dapat dilakukan.


Masa lahirkan Kaseh dulu, agak terkilan.
Kaseh dibersihkan dahulu dan dibungkus dengan selimut dan barulah diletakkan didada ku.
Tu pun kejap sangat.
Baru lah ku tahu hospital tu pernah ditarik balik status rakan bayinya.
Huuuu..
Terkilan la jugak bila dengar citer ada orang dapat tengok anak yang masih basah dan fresh selepas baby keluar.


Masa Awatif pulak, saya mengalami komplikasi. So memang tak merasa juga skin to skin.


Takper la.
Janji semua selamat. Dan insyaAllah jika diberi peluang next baby ni saya dapat skin to skin.


———————————————————————-



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

1 ulasan:

Jacky berkata...

Masa Elea, walaupun czer, dapat skin to skin. Lepas Elea keluar, nurse sedut bendalir dalam hidung, mulut n telinga dia, then terus letak kat dada I. lama juga. Then luar operation room pon, lepas bungkus dia, letah atas dada I balik. Masa Eidlan pula, I deliver dengan doctor dan hospital yang sama. Ingat automatic skin to skin jugak. Tp nurse gi bersihkan dan bungkus Eidlan terus. I yang request nak skin to skin, dapat sekejap je sebab pakar baby kata jantung Eidlan laju sket. Sedih mak masa tu.. Dapat tengok baby dari jauh je sbb bius x hilang lagi..