PIH Part 4 : Cara Menyusukan Bayi

Cara Menyusukan Bayi


Terbahagi kepada 3 bahagian :


1. Posisi Menyusukan Bayi


2. Cara Memegang Bayi Menyusu


3. Latching / Cara lekapan bayi ke payudara.



BAHAGIAN 1 : Posisi Penyusuan Bayi.


Cara Menyusukan Bayi


Posisi ini terpulang kepada keselesaan ibu.


nursing-positions


Macam Lynd suka Cross Cradle bila menyusu sambil mengepam susu. Dalam pantang bayi tak menyusu banyak dan penghasilan susu banyak so baby menyusu sebelah sahaja dah mencukupi Jadi sebelah lagi akan bengkak.


Rugi kalau dibiar je.. so sebelah lagi menyusu dan sebelah lagi mengepam.


Best.. lega lepas tu breast kosong 2-2, bersedia untuk di topup susu baru.



BAHAGIAN 2 : Cara memegang Bayi menyusu.


Ok. Ni ramai yang salah faham. Ingatkan asal baby dapat berada di payudara kita dah kira betul.


Sebenarnya cara menyusu yang betul adalah harus memberi keselesaan kepada Ibu dan Bayi.


1. Kedudukan bayi ke payudara.


Maksudnya kedudukan bayi cukup tinggi untuk sampai ke payudara ibu dan bukan ibu yang menunduk kepada bayi dalam pangkuan.


Jika dalam keadaan duduk boleh gunakan bantal atau nursing pillow.


ClevaCushion-10-in-1-Nursing-Pillow-Demo3


Macam Lynd hanya gunakan bantal biasa yang diletakkan di pangku. Support begini penting terutama semasa dalam pantang untuk memberi keselesaan pada ibu dan proses penyusuan lebih lancar.


2. Tummy to tummy


Bedung bayi dengan kemas sebelum menyusu, apabila bayi berada dipangku ibu, halakan hadapan badan bayi ke badan ibu.


Perut bayi mengadap perut ibulah maksudnya. Jika bayi dibaringkan mengadap ke atas, dan kepala bayi tertoleh semasa menyusu, itu adalah cara yang salah kerana bayi tidak selesa kerana menelan sambil menoleh.


Untuk lebih faham, cuba ibu buat sekarang,


"Tolehkan kepala ke kiri / kanan, dan cuba menelan"


Selesa tak?


Mudah tak?


So begitu juga bayi.


BreastfeedingPositions


Nampak tak? Bayi mengiring menghala ibu.. bukan bayi menoleh.


Penting sangat ke 2 point ni?


Penting..!!!


Kerana bayi perlu selesa semasa menyusu terutama bayi baru lahir sebab si comel perlu membiasakan diri untuk menyusu. Bila dah besar sikit dah tak jadi hal sebab bayi akan pandai mencari keselesaan mereka sendiri.



BAHAGIAN 3 : Cara Latching / Lekapan Bayi


Cara Menyusukan Bayi


Ok.. Bahagian ni pun penting. Sebab untuk pastikan bayi mendapat susu dari payudara dan juga puting ibu tidak luka.


latching


Cara Lekapan Yang Betul :


1. Bayi memasukkan areola / bahagian hitam kedalam mulut bukan nipple / puting sahaja.


2. Pipi bayi nampak penuh dan kembung.


3. Dagu bayi menyentuh payudara ibu.


552dc46f336c2d6c7743a5637fed656b


Sebenarnya bayi bukan "menghisap susu".. tetapi bayi menolak areola menggunakan lidah untuk mengeluarkan susu dari payudara.


Jadi amat penting kedudukan latching yang betul supaya bayi mendapat susu yang sepenuhnya.


Jika tidak puting ibu akan luka jika salah posisi.


Bagaimana nak bagi bayi buka mulut dan mendapat melekap dengan betul?


images


Masukkan payudara ke mulut bayi  yang terbuka luas. Dan dari bahagian bawah mulut. Dorong / tolak bibir bawah bayi supaya terbuka lebih luas. Dan masukkan payudara ibu.


Ermmmm.. susah nak gambarkan.. Tapi jika ibu dah bersalin nanti cuba praktikkan cara ni. Sebab Lynd dulu pun belajar dari semasa hamil lagi.


So bila baby dah keluar kita tahu step by step macamana nak mula.


Memang mencabar pada awalnya tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang bayi mahukan iaitu keselesaan.


So harap entry ni dapat membantu sebagai persiapan ibu hamil nanti.


Selamat mencuba dan terus belajar.


———————————————————————-



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

Tiada ulasan: