PIH Part 5 : Mitos Penyusuan Susu Ibu

Dulu masa Lynd attend kelas Persediaan Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Hamil, perkara pertama yang dibincangkan adalah "mitos" penyusuan susu ibu.


Kenapa dikatakan mitos dan kenapa perlu dibincangkan pada sesi awal?


Kerana jika mitos / tanggapan salah ini tidak dibuang dari minda kita, segala ilmu baru mengenai penyusuan akan susah kita nak terima.


So 1st of all memang kena bersihkan minda terlebih dahulu dan betulkan tanggapan kita selama ni.


MITOS 1 : Susu Ibu Sikit Sangat Keluar, Susu Tak Cukup.


Tahukan anda.. berikut adalah saiz perut bayi baru lahir sehingga 1 bulan.


new Born Stamach Size


Jadi mereka tidak perlukan susu yang melimpah ruah dari hari pertama.


Kita selalu beranggapan bahawa susu ibu "sedikit sangat" semasa hari-hari pertama kelahiran.

Jangan risau, 1 sudu kecil setiap sesi sudah cukup mengenyangkan semasa hari-hari pertama.


Disebabkan itu Colustrum / Cecair Emas yang keluar ketika hari-hari pertama kelahiran adalah hanya sedikit sahaja.


Colostrum_vs_breastmilk
MITOS 2 : Bayi Dengan Susu Ibu Kerap Lapar?



Yes.. Kerana saiz perut yang kecil dan susu ibu yang ringan menyebabkan susu ibu senang diserap oleh sel badan bayi.

Risiko Susu Formula dengan Jumlah yang banyak ?

1. Perut bayi "dipaksa" menerima jumlah susu yang banyak.

2. Perut bayi terpaksa bekerja keras untuk menyerap susu formula yang berat. Dan menyebabkan bayi akan tidur lama kerana kepenatan.


Dan ini sebenarnya memberikan risiko kepada bayi juga.


MITOS 3 : Sebelah Payudara Untuk Nasi dan Sebelah Air




Pernah dengar tak?
"Kita kena menyusukan anak selang seli kiri dan kanan breast sebab sebelah nasi dan sebelah air. So nak kena balance kiri dan kanan"




Agak kasar jika saya kata itu adalah "mitos" dan pemahaman tu salah sebenarnya. Saya minta maaf terlebih dahulu.


Hakikatnya, kita akan dapat lihat kadang-kadang susu ibu ada kalanya pekat dan adakalanya cair.
Susu ibu yang kelihatan agak cair dikenali sebagai Foremilk yang mana akan keluar semasa awal-awal bayi menyusu.


Foremilk-Hindmilk


Bila makin lama, susu akan makin pekat dan dipanggil Hindmilk.


Foremilk mengandungi banyak air yang akan mengilangkan dahaga dan membekalkan air kepada bayi. Manakala Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak yang akan mengenyangkan bayi.


Oleh yang demikian, ibu digalakkan untuk menyusu dengan menggunakan sebelah payudara sahaja dalam 1 masa sehingga parudara benar-benar kosong sebelum beralih ke payudara sebelah lagi jika bayi masih ingin menyusu.


Ini kerana untuk memastikan bayi mendapat hind milk dan foremilk secukupnya. Jika kita hanya asyik menukar-nukar payudara semasa menyusu dalam 1 masa, dikhuatiri bayi hanya mendapat foremilk sahaja so bayi akan cepat lapar kerana hanya mendapat "lebih" air berbanding lemak.


MITOS 4 : Bayi Juga Perlukan Air Masak.


Tahukan anda kenapa bayi perlu diberikan susu ibu SAHAJA sehingga 6 bulan?


Kenapa tak boleh bagi air masak?


Ilmu ini Lynd dapat dari Puan Rita Rahayu seorang Lactation Counselor.


tsh-nurturing-doll-600px



Semasa beliau memberikan penerangan tu, terlopong mulut ni, hah. Bertapa ajaibnya ciptaan Allah.


Apabila seorang bayi menerima Colostrum dari ibu, cecair likat keemasan itu akan menyaluti dinding perut bayi. Dan lapisan ini akan kekal melindungi perut bayi dari sebarang jangkitan berkaitan dengan perut.


Ia merupakan perisai kepada perut bayi.


Tetapi.. apabila bayi diberikan air masak / atau apa sahaja makanan / minuman, lapisan ini akan "dicuci".


Perisai ini akan mula berlobang sana sini dan perut bayi akan mula terdedah kepada risiko jangkitan.


Tetapi selepas 6 bulan, bayi sudah cukup kuat dan tahan jangkitan. Disebabkan itulah bayi boleh dikatakan "bersedia" untuk menerima makanan lain dan tidak bergantung kepada lapisan perisai itu.


Jadi sekarang faham kenapa bayi tidak boleh diberi makanan / minuman selain susu ibu semasa dibawah 6 bulan?


So ini adalah antara mitos atau salah faham yang terdapat dalam masyarakat kita.


So para ibu sekelian, cuba faham dan betulkan tanggapan tersebut supaya perjalanan penyusuan kita akan lebih lancar.


———————————————————————-



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty




Tiada ulasan: