Assalamualaikum.
Persediaan Ibu Menyusu Bekerjaya
Kali ni Lynd nak share mengenai persiapan untuk ibu menyusu bekerjaya. Apa yang kita perlukan.
Kaedah Memerah Susu Ibu / Expressed Breast Milk (EBM)
Kaedah 1 : Marmet
Pam susu bukanlah kewajipan. Saya pernah jumpa beberapa wanita yang menyediakan EBM dengan kaedah marmet. Katanya breast lagi mudah kosong dan tak payah mengangkut dan membasuh kelengkapan pam susu.
Ini adalah video teknik marmet.
Kaedah 2 : Pam Susu / Breast Pump
Breastpump ada 2 jenis iaitu electrik atau manual.
Walau apa pun pilihan kita, faktor berikut perlu diambil kira :
Keselesaan - setiap ibu mempunyai pandangan yang berbeza. Ada ibu yang sesuai dengan Jenama A tidak semestinya sesuai untuk ibu lain juga. Ada kedai-kedai yang menjual breastpump ini menyediakan kemudahan untuk ibu mencuba keserasian BP dan ibu.
Faktor keselesaan dan kesusuaian dengan ibu amat penting untuk memastikan susu ibu dapat dikeluarkan dari payudara dengan maksimum mungkin. Ini kerana susu ibu akan keluar dengan lancar jika ibu tenang dan selesa.
Pam Susu Manual / Manual Breastpump
Kelebihan Manual Breastpump ini adalah kita tidak memerlukan tenaga elektrik untuk menggunakannya. Kita boleh menggunakan pam ini tanpa perlu tercari-cari plug elektrik.
Ada pelbagai jenama yang bagus di pasaran.
Breastpump pertama Lynd adalah Manual Avent. Sesuai dengan Lynd, selesa dan mudah dikendalikan.
Pam Susu Elektrik / Electric Breastpump
Breast electrik lebih cepat dan mudah untuk ibu bekerjaya. Lebih-lebih lagi double pumping. Selain menjimatkan masa, double pumping juga tidak memerlukan kita 2 kali let down reflex (LDR)
Terdapat pelbagai jenama yang ada dipasaran sekarang. Lynd masih gunakan Breastpump Spectra 3 yang Lynd beli 5 tahun dahulu dan dan masil elok bakal digunakan hingga anak ke 3 nanti.
Banyak berjasa.
Ni Lynd pam susu semasa drive menggunakan spectra 3.
Kisah Lynd pam semasa drive ada diceritakan di blog lama Lynd.
Macam Lynd mention sebelum ini, faktor pemilihan breastpump adalah dari segi keselesaan. Lynd tak tekankan dari segi harga sebabnya, jika kita ada duit lebih mesti kita nak mudah dikendalikan dan ringan.
Tapi dari segi pulangan memang apa harga pun memang menjamin pulangan dari segi wang ringgit. Kalau susu formula bajet berapa sebulan? Katakan Rm 150 sebulan untuk susu formula.
Dan kita keluarkan modal breastpump katakan Rm 500 dalam masa 4 bulan modal tu dah dapat pulangan. Itu dari segi wang ringgitlah. Kalau dari segi benefit susu ibu, priceless.
EBM Storage.
Macamana kita nak simpan susu ibu. Ada 2 cara :
Storage Bottle
Plastic Linen
Lynd suka guna plastic sebab jimat ruang dalam fridge.
Lynd susun macam ni.
1 plastic adalah untuk kegunaan 1-2 x dalam hari yang sama.
Cooler Bag
Cooler bag digunakan untuk kita simpan susu ditempat kerja jika tiada fridge dan membawa susu dari tempat keje ke rumah.
Ada yang dijual sekali 1 set dengan breastpump dan ada yang dijual berasingan.
Ada yang perlukan ais pack dan ada yang tak perlu.
Boleh buat research dulu ye yang mana yang sesuai dengan ibu-ibu,
So ini antara kelengkapan yang ibu bekerjaya kena ada dan perlu consider jika ingin menyusukan anak mereka.
Sekarang dah memang banyak gadjet yang memudahkan ibu-ibu. Cuma terpulang pada semangat dan kehendak ibu itu sendiri.
Goodluck ibu-ibu hebat..
Persediaan Ibu Menyusu Bekerjaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan