Antara menyayat hati sebelum dan selepas bersalin

Assalamualaikum Cantik Sihat.


Masih belum dapat "angin' nak share pengalaman bersalin. Setakat cerita-cerita sampingan je dulu ye.


Antara menyayat hati sebelum dan selepas bersalin


Antara yang 'merisaukan' sebelum serah diri ke hospital adalah sebab budak ni.


Awatif


Budak ni manja sangat terutama time tido. Nak kena peluk dan pegang dia. Saya tak boleh bayang macamana 3 hari dia tak jumpa saya. Hingga ke malam terakhir sebelum esoknya ke hospital saya tak boleh tidur bukan sebab risaukan nak bersalin. Tapi sebab i'm going to miss her. Kaseh macam ok skit sebab dia macam boleh terima kenyataan.


Risau jugak esoknya dia meraung saya nak gi sepital. Adeh.. takut maknya pun nangis sama.


Sudahnya dihari kejadian, elok je dia babai mama tinggal mama sorang-sorang kat spital.


Hello..!!! Mama bukan main risau awak boleh babai macam tu je. Ok fine. Settle 1 bab.


Then bila hari pertama balik anak-anak memang tak dibenarkan tidur ngan mama atau lasak-lasak dengan mama. Takut nanti buatnya time tido dipanjat / tersepak mama tak ke naya.


So mama ditempatkan di katil bujang, baby dalam baby cot, dan 3 beranak lagi kat tilam sebelah katil mama.


Tapi saya tengok sendiri dia tak lena tidur. Suami kata memang gitu dia setiap malam tak lena tidur dan gelisah. Kadang-kadang merengek "nak mama". Adeh.. mama boleh pandang je nak. kalau boleh mama nak peluk-peluk awak.


Sudahnya ntah pukul berapa dia naik atas katil saya tidur kat kaki mama. Aduhhh.. sayu.. She miss me.


Malam ke 2, Awatif request nak tidur dengan saya. Tapi nenek tak bagi. Nenek siap mimpi jahitan terbuka sebab anak-anak terkam mama.


Tau apa dia minta?


"Saya nak tangan mama je"


Dia tidur dekat sebelah katil dan minta saya hulur tangan pegang dia. Nak bagi tinggi sikit letak kusyen sebelah katil dan dia tidur atas kusyen kecik tu. Waaaaaaa... mama sayang kamu.


2-3 malam jugak tidur gitu. Dan bila saya dah rasa luka saya dah kering, saya ajak dia tidur sebelah saya. Bila dia lena suami / nenek angkat dia tidur kat bawah. Tapi sekarang dia tidur terus je sampai pagi.


Yang paling saya rasa sayu...


Awatif Pantang



Dia tidur bucu-bucu je. Sebab takut terkena saya katanya. Masa awal-awal dia tidur sekatil ngan saya, lagi lah tergantung. Sebelah badan atas katil, sebelah lagi kat atas kusyen.


Dan ada ketika tak jatuh pulak tu. Heran jugak sebab si lasak tidur ni boleh bertahan tidur gitu.


Manja-manja Awatif ni dia boleh terima Indah. Ada yang kata nanti dia tak suka adik lah apa lah. So far dia sayang sangat. Tipsnya saya tak suka takut-takutkan dia pasal adik. Ada sesetengah orang suka takutkan budak-budak.


"Habislah baby keluar nanti mama dah tak sayang, dah tak boleh manja dengan mama"


Tak baik tau.. ia meninggalkan kesan psikologi pada anak-anak.


Alhamdullillah. Indah disayangi oleh kakak-kakak.


11377190_834800493223282_348543591645274134_n


Love you my princess.

Tiada ulasan: