Hantar Anak Ke Nursery atau Pengasuh

Assalamualaikum Cantik Sihat.



Hantar Anak Ke Nursery atau Pengasuh


Cuti sekolah sudah bermula. Ada yang seronok ada yang memeningkan.


Bagi saya yang berkerja swasta ini tiada beza sebab anak-anak still kena ke nursery / pusat asuhan. Cuma bezanya untuk Kaseh, dia tak payah pakai baju sekolah. Tu yang kadang-kadang pening kepala nak explain kat dia apa maksud "Cuti Sekolah" kenapa dia still kena gi sekolah.


Kesian jugak sebenarnya. Dan itu yang menjadi salah 1 push factor mamanya ini untuk "bekerja sendiri".


Pernah lah sembang-sembang dengan suami, dia kata kalau boleh walaupun saya tak kerja dia still nak anak-anak dia dihantar ke nursery. Sebabnya kat nursery mereka banyak aktiviti dan belajar. Agak-agak kalau kat rumah apa yang dorang buat? Ngadap TV je lah. I have to admit that.


Ermmm.. so dalam perjalanan nak jadi Work At Home Mom ni, saya mula merangka-rangka aktiviti saya. Nak hantar gi nursery atau tidak anak-anak ni? Apa motif mak kat rumah tapi anak gi nursery. Tapi kalau kat rumah anak-anak saya nak buat apa? Nak Home Schooling? I don't trust myself.


Tapi semalam Kaseh request buat soalan matematik, so saya buat soalan "campur" saya ajar macamana kira guna jari. Mula-mula dia tak faham tapi bila buat ulang-ulang, pagi ni dia suruh saya buat soalan lagi saya dah tak perlu guide. Wahhhh.. nikmatnya rasa bila anak dah boleh buat apa yang kita ajar.


Then terus saya terfikir, saya sebenarnya boleh je beraktiviti dengan anak-anak cuma saya perlu sabar.


1 hal lagi, di tadika Kaseh diajar solat Dhuha dan Asar, jadi bila Kaseh balik tengahari dia hanya solat Dhuha jelah. Rugi lak dia tak solat Asar. Then hari ni saya terfikir, why not ajak je lah Kaseh solat sekali ngan saya.


Ini yang saya suka dan kelebihan hantar anak ke nursery. Mereka ada aktiviti di bawah pengawasan cikgu / ummi. Kalau hantar ke pengasuh mungkin lebih kurang macam dok ngan saya je lah.


So kepada ibu-ibu yang sedang consider samada nak hantar anak ke nursery atau pengasuh mungkin point ini boleh diambilkira.


Lynd bukan cakap hantar anak ke pengasuh ni tak bagus. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin boleh consider baby 0-2 tahun hantar pengasuh dan lepas tu nursery.


Macam Lynd, Kaseh dan Awatif memang dari 2 bulan lagi saya dah hantar nursery. Tapi please check betul-betul pasal sesebuah nursery tu. Antaranya nisbah pengasuh dan kanak-kanak, siapa yang bekerja samada budak-budak muda atau orang yang berpengalaman jaga baby. Dan selalu buat lawatan mengejut. Jangan cakap nak check tapi macam Lynd bagi alasan nak hantar EBM.


Kalau Lynd datang tengahari secara mengejut memang ummi suruh naik atas tengok anak dan kalau anak tak tido boleh susukan direct. So bila 2-3 kali buat gitu mereka nampak terbuka dan takder nak sorok apa-apa, so Lynd dah mula yakin dah.


Sebab ada sesetengah nursery tu memang tak benarkan parent masuk. Mungkin mereka ada sebab tapi saya still tak bleh fikir kenapa.


Harap point ni dapat membantu serba sedikit ibu-ibu yang tengah consider nak hantar anak ke nursery atau pengasuh.


Dan untuk Lynd tengah merangka-rangka aktiviti dan perancangan untuk anak-anak bila saya jadi WAHM nanti.


Wish me luck readers..

1 ulasan:

Jacky berkata...

Saya baru mula hantar anak ke nursery 1 bln lepas. Nursery tu macam x benarkan sangat parent nak masuk. Saya pula x ringan mulut nak bertanya. walau sebenarnya risau juge. just tanya 2 Elea je macamana. But so far, saya suka sebab mereka ada sesi belajar. Biasanya bila tanya Elea hari ni belajar apa, dia akan cakap "belajar biasa-biasa je mama" or "xde belajar apa pun mama". tapi saya boleh tengok improvemnet Elea, dia dah boleh sebut ABC, 123, alif ba ta dengan lebih jelas dan betul, ada nyanyi lagu2 baru sambil main2 kat rumah, n bila saya baca quran dpn Elea, dia tanya "mama baca quran ye?", sedangkan saya x pernah cakap itu quran, just cakap mama nak mengaji/baca yaasin. Pernah juga konon nak buat spot check, still ibu just dtg ambil barang dari gate, x bagi saya masuk dalam rumah. cane nak buat tu lynd?