Kerja Sendiri Vs Makan Gaji Vs Suri Rumah

Assalamualaikum Cantik Sihat


1 ketika dulu saya selalu terfikir kenapa kita perlu kerja?


Bangun pagi, hantar anak gi nursery, dapat gaji duit bayar orang upah jaga anak kita. Ada juga yang balik malam tak sempat nak tengok anak. Ada yang travel 1-2 jam sehari untuk ulang alik gi kerja.


Apa jenis life ni?


Macam saya takder la stress sangat, tempat keje kalau lancar 15 minit, kalau jem pun 30 minit. Balik pun masih sempat nak main and guling-guling dengan anak-anak.


Saya biasanya terfikir hal gini bila jalan jem. Kenapa semua orang ada rutin yang sama / destinasi yang sama iaitu "tempat kerja".


Makin lama makin saya dapat "idea", orang perlu kerja tak kisahlah makan gaji atau kerja sendiri bukan kerana gaji sahaja tapi untuk menyediakan kelengkapan / kemudahan hidup orang lain.


Contoh, orang kerja kilang telifon / operator pengeluaran, mereka perlu "bekerja" dengan memasang komponen telifon. Bila telifon dah siap boleh dipasang dan kita beli. Tapi kalau takder orang makan gaji yang pasang komponen telifon tu agak-agak macamana kita nak dapatkan telifon.


Kesimpulannya setiap "pekerja" adalah untuk menyediakan keperluan hidup orang lain. Jadi itu lah tujuan kita bekerja. Sooo.. saya jadi redha bila menempuh jalan jem sebab misi setiap pekerja adalah sama.


Then, adakah semua orang ikhlas untuk melakukan kerja itu?


Adakah mereka gembira?


Adakah mereka bekerja hanya untuk dapat gaji?


Gaji diperlukan untuk bayar itu ini.


Adakah mereka gembira tak dapat tengok anak-anak bila asyik balik lambat?


Adakah itu kehidupan yang mereka inginkan?


Jika mereka tak gembira dengan kerja yang mereka lakukan, kenapa mereka masih memaksa diri untuk mengharungi semua tu?


Tanggungjawab terhadap kerja? Tanggungjawab terhadap keluarga?


Atau


Tanggungjawab terhadap 'bebanan' dengan kata lain "hutang"


YES.. itulah jawapan sebenar.


Jawapan kepada kenapa kita perlu bekerja, mencari duit, mendapat duit.


Apa beza tanggungjawab terhadap keluarga dan hutang?


Zaman sekarang ni mana boleh hidup tak berhutang. Kita berhutang demi keluarga. Hutang untuk beri keselesaan pada keluarga.


Ermmmmm.. yeke?


(Soalan kepada diri sendiri)


Jadi kita korbankan masa gembira dengan keluarga demi memberi "keselesaan" kepada keluarga.


Contoh : Demi keselesaan keluarga kita beli kereta yang memerlukan installment setiap bulan Rm 1ooo yang digunakan sesekali untuk perjalanan jauh dan kereta yang ke-2 yang biasa-biasa aje dengan installment Rm 500 yang digunakan oleh isteri/suami untuk kegunaan harian. Disebabkan komitmen itu, si isteri perlu bekerja untuk bayar kereta yang ke 2


Maka hutang kereta sahaja sudah Rm 2000.


Tapi kalau kereta "selesa" tak ada, dah kurang komitmen Rm 1500. Tujuan kereta tetap sama untuk bergerak dari 1 tempat 1 tempat yang lain. Yang membezakan adalah "keselesaan".


Demi keselesaan itu, si isteri/suami mengorbankan kebahagiaan menjaga anak sendiri.


Kes / contoh ini adalah untuk mereka yang rasa "terpaksa" bekerja. Bukan untuk mereka yang memang minat dan enjoy bekerja.


Terpaksa sebab berhutang untuk keselesaan.


Itu yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat kita termasuk saya.


Hidup ini memang indah jika kita bekerja untuk berkhidmat. Bekerja untuk menyediakan keperluan orang lain, tak kisahlah secara makan gaji atau kerja sendiri .


Bukan bekerja untuk menyelesaikan hutang.


Itu yang memberikan kita kebahagiaan bekerja.


Jadi samada makan gaji atau kerja sendiri kedua-duanya adalah penting dalam kitaran hidup sesuatu masyarakat ini.


Yang penting adalah kita buat apa yang kita suka. Bukan terpaksa untuk duit.


Itu matlamat saya sekarang. Apa sahaja yang saya buat adalah untuk "berkhidmat" kepada masyarakat. Menyediakan keperluan hidup orang lain.


Bila bercakap pasal 'keselesaan' diri dan keluarga saya lebih consider kebahagiaan. Itu judgement yang saya buat sekarang dalam proses Zero Hutang.


Kerja Sendiri Vs Makan Gaji


Harap semua pembaca dapat tanya diri sendiri apa yang anda inginkan dalam 'bekerja'

Tiada ulasan: