Mama Anak 3

Hari ni sudah hari ke 15.


Emosi mama anak 3 ni makin membuak-buak.


Emosi apa?


Heeee.. Emosi untuk kembali fit, langsing dan kulit tulus mulus. Disebabkan masih tak buat kerja rumah lagi so keje makcik ni sapu krim panas 1 badan dan bermasker aje lah.


Melahirkan baby baru juga bakal melahirkan the new mama.


Ada beberapa impian besar yang perlu dicapai tahun ini, maka mama perlu sihat emosi, minda dan tubuh badan untuk "bekerja". Kesukaran dan kerja keras adalah "installment" yang perlu dibayar setiap hari sebelum diberi ganjaran impian.


Ada beberapa task yang saya mulakan :




  • Update Blog setiap hari - Banyak benda nak share sebenarnya, terutama pengalaman bersalin secara pembedahan.


 

  • Kumpul Stok EBM - Kalau ikutkan breast memang bengkak aje. Bila Let Down Reflex je memang basah aje lah baju. Rugi-rugi jom kita kumpul stok EBM.


 

  • Facial Routine - Jerawat subur pulak sejak mengandung hari tu. So nak mendapatkan kulit flawless dan proses rawatan dari dalam dan luaran.


 

_ProductImages_mommy-cover


Jom mommies semua. Jom cantik dan sihat demi keluarga.

Tiada ulasan: