Saya Blogger

Assalamualaikum Cantik Sihat.


Hari ini sembang-sembang dengan salah seorang yang istimewa dalam hidup saya. Biasa sembang ngan dia more to inspirasi, cara nak face cabaran dalam hidup.


Dan dia minta saya share pasal life saya di blog ini. Ermmmm.. sebenarnya saya tak faham maksud dia. Apa yang dimaksudkan dengan life saya. Tapi mungkin lebih kepada aktiviti harian macam apa yang saya share dalam blog pertama saya satu ketika dahulu.


Kasehku-Hidupku.


Hidupku Rumahku Terurus


Ermmm.. mungkin. Saya nak kembalikan semangat blogging mengenai personal life. Sebenarnya bila tengok gambar dalam entry lama-lama dulu memang seronok. Kalau nak belek-belek gambar dalam folder memang beribu tapi bila siap ada discription dalam entry lagi-lagi cerita pasal anak-anak memang best.


Masa tu barulah sedar yang anak-anak saya ni dah besar. Terutama Kaseh dan Awatif. Tengok gambar-gambar kebulatan mereka 1 ketika dahulu barulah sedar yang mereka dah "panjang". (Patutlah orang dulu guna istilah "besar-panjang".


06012013363



Bulatnya Awatif


20130202_104750




Kakak Kaseh Bulat Kecik



28012012616



Even fasa kehidupan mama pun makin lama makin berubah.


Ada turun naik, kejap lancar, kejap diuji. Tapi saya sangat percaya bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ini ada hikmah. Dengan kata lain setiap apa yang berlaku ada tujuan.


Apa yang saya pegang




"Allah takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia"


"Allah menguji hambaNya kerana Dia menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam setiap ujian"



Kawan baik saya hanya Allah.


Dia Maha mendengar dan kita tak boleh berselindung dari Dia. Kalau dengan orang sedikit sebanyak kita nak tutup silap kita dan aib kita. Tapi dengan Allah, tiada apa yang boleh selindung. Dia tahu. Jika hati ini cuba menafikan "kelemahan" kita tapi tak guna.


Life diteruskan dan cuba di upgrade. Walaupun nampak duniawi tapi matlamatnya tetap akhirat.


Saya bukan bagus tapi cuba jadi bagus. Bukan di mata orang tapi hanya untuk Dia.


Indah


Saya Blogger

Tiada ulasan: