Tips Mudah Bersalin

Assalamualaikum.


Hari ni Lynd nak "share" Tips Mudah Bersalin.


Definasi "mudah" bukan bermaksud "tak sakit".


Tapi macamana nak menjadi sakit bersalin itu sebagai satu yang dinanti-nanti. Sakit yang "ringan" dan "nikmat" yang membuatkan kita masih boleh senyum.


Sebab ada beberapa ibu yang cakap mereka "phobia" mahu bersalin lagi. Macam-macam sebab. Even saya pun di tanya "Ko ni tak takut ke bersalin lagi lepas kes ko dulu?" (Kisah kelahiran Awatif saya ceritakan di blog lama saya disini. Kisah Kelahiran Awatif).


Ermmm.. seperti yang dikatakan saya rasa semuanya "mudah" maka orang lain je yang tolong "phobia" bagi  pihak saya. Heeee.. Syukur atas nikmat dipermudahkan itu.


Kalau google memang ada macam-macam amalan dan tips. Tapi apa yang Lynd nak share kat sini apa yang Lynd "mampu" buat dan apa yang Lynd amalkan.



Tips 1 : Positif


Berapa juta / billion umat manusia sudah dilahirkan oleh seorang ibu? Dan setiap ibu dan bayi mengalami pelbagai kisah / proses / pengalaman kelahiran.


Jadi apa kita nak "takut". Orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? Memang ada macam-macam pengalaman "mengerikan" tetapi kena kita nak fokus pada yang tak best? Saya lagi suka baca kisah-kisah positif. Contoh, kawan saya cerita makcik dia nurse, bersalin pagi, petang dah boleh berjalan segar bugar sebab teknik melahirkan dia betul. Maka energy tak banyak guna semasa meneran. So tugas kita study lah cara betul meneran.


Bila saya disahkan perlu bersalin secara pembedahan, kisah beberapa orang keliling saya yang bersalin c-zer yang dikatakan lagi "mudah" dari bersalin normal.


Jangan dok fokus pada "susah nak batuk", "susah nak bangun", tak boleh angkat barang berat", "susu tak banyak". Perkara itu menakutkan diri sendiri dan sel-sel badan pun jadi stress.


Memang kita perlu tahu perkara-perkara diatas supaya kita berjaga-jaga. Tapi kita boleh ambil langkah pencegahan atau fikir orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh. Waaupun orang kata susah atau sakit kita kena tempuh juga jadi hanya diri kita je yang boleh setkan level "susah" tu.


Atau cuba elakkan baca atau dengar kisah-kisah ngeri. Kalau kita dah kenal pasti rakan2 yang suka cerita sakitnya / susah bersalin cuba elakkan diri dari mereka. Atau tukar topik.



Tips 2 : Minta Pada Dia


Ini je doa yang saya amalkan.


Doa Dipemudahkan Segala Urusan


bacaan-doa-dimudahkan-soal-ujian



Doa ni Lynd baca hampir sepanjang masa. Dari admit sampai ke OT. Memang minta ngan Dia je untuk mudahkan segala urusan. Tak perlu cakap atau mengadu kat media sosial.


Minta ngan dia je dipermudahkan segalanya.


Doa ni memang Lynd banyak guna untuk macam-macam urusan. Bila hilang barang, tunggu keputusan apa-apa ke, even untuk dapatkan parking best pun Lynd guna doa ni.


Suami Lynd yang kenalkan doa ni pada saya.


Mengadu dan minta pada Allah. Hanya Dia je yang dapat tolong. Kan dunia ni Dia punyer, remote control ada pada Dia jadi tak payah bebel kat suami ke, kawan ke kalau susah hati.


Sama jugak kes "ngeri" hospital kerajaan. Kenapa nurse dan doctor yang saya jumpa semuanya baik-baik? Lemah lembut dan sopan santun. Semuanya mudah.


Mungkin ada yang cakap rezeki saya lah jadi seperti yang dirancang. Tak jugak sebenarnya. Ada je kejadian tak dirancang cuma saya rasa benda tu tak susah. Itu namanya "dipermudahkan". Apa yang jadi semuanya rasa mudah.


Percayalah amalkan 2 tips ni sebenarnya kita sedang mendidik diri supaya semuanya mudah. Kita yang tentukan mudah atau susahnya hidup kita.


So ibu-ibu yang bakal bersalin selamat berjuang.


Indah



Tak sempat mekap macam Cik Ta

Tiada ulasan: