Anak oh Anak di tadika

Assalamualaikum Cantik Sihat.


Hari ni Lynd dapat tau Kaseh tidur masa jawab exam semalam. Jiran yang selalu ambil Kaseh balik tadika yang bagitau.


Adehhh.. tiba-tiba tak tau rasa nak marah ke nak gelak ke frust ke. Heee..


Kaseh 5 tahun kot. Ujian tadika tak payah nak stress sangat lah. Hahahaha.. Ni gara-gara tidur lambat malam sebelumnya tu lah. Berbuka kat rumah nenek, gi terawih, sembang-sembang dah dekat kol 12 baru balik.


Mak nya ni macam takder lah kisah sangat pasal result tapi yang kesal sebab tertidur so tak siaplah ujian matematik katanya.


Hari ni nak membebel pasal anak-anak lah.


Anak-anak Lynd ni memang dok nursery dari lepas pantang lagi. Lebih kurang time 2 bulan lah. Macam Kaseh bila 4 tahun Lynd kasi masuk tadika di bawah pengurusan yang sama dengan nursery.


20131224_183017


Sesi mencuba pakaian tahun lepas yang disibukkan dengan Awatif nak try juga.


Anak di tadika


20140102_073403


Masa tu dah besau anak mama, dah pegi sekolah pakai uniform. Emosi sangat maknya ni.


Tiba-tiba jumpa gambar masa konsert dorang tahun lepas. Alolo comeynya anak mama..


Hehahaha.. Bleh cakap anak sendiri comel?


10450939_847170688652929_1226358545753428976_n


Kaseh Concert2


Kaseh Dapat anugerah tokoh pelajar.


Kaseh Concer3t Kaseh Concert


Nampak tak budak kecil comel itu?


1948080_847170458652952_3713894477222910446_n


10403238_847170541986277_2035595925651436520_nPakai mekap sampai masa mula-mula tengok dari jauh tak perasan anak sendiri. Sadis mak.


Motif entry?


Baru ku sedar anak semakin membesar.

Tiada ulasan: