Bersedia Untuk Berpantang Sendiri

Hari ini hari ke 29 berpantang.


Esok Bonda akan balik kampung. Maka bermulalah fasa berpantang sendiri.


Ermmm.. agak berdebar sebab anak besau 2.. Kalau ikutkan tenaga memang fully charge tapi berjaga-jaga tang jait tu. Al-maklumlah luka luar boleh nampak luka dalam tak tau.


Nak kena rancang betul-betul life dan rutin.


Paling penting kena bangun awal. Tak boleh malas-malas dah. Sekarang ni bangun kol 9-10 pagi sebab syok bukan sebab malam berjaga pun. Cik Indah ni behave je malam, Bangun menyusu je 2-3 x tu pun menyusu sambil mengiring je, tukar pampers sekali.


Mandikan Indah pun bonda yang buat bangun urus diri sendiri je.


Lepas ni kena bangun awal sebab minggu depan Kaseh dah gi tadika, dan persiapan Lynd juga nak kembali bekerja dan juga praktise untuk Work At Home Mom nanti. Allah.. impian terbesar ku.


Allah.. Nekad.


Akan ku tempuh kesukaran ini demi kebahagiaan di masa depan. Demi ketenangan hati dan jiwa.


Ehhhh.. dah melalut.


Keep Positive Lynd.


You can handle it.


Minda kena positif dan tubuh badan kena sihat baru lah boleh bertempur.


Nanti Lynd Share life Lynd bila berpantang sendiri ye. Wish me luck readers.


Set Energy Booster

Tiada ulasan: