Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.


Hari ni Lynd rasa nak share mengenai pengalaman bersalin secara pembedahan. Selective Czer sebabnya masa bersalinkan Awatif Lynd mengalami third degree tear. So untuk bersalin kali ini Lynd diberi pilihan samada bersalin normal atau czer.


Doctor prefer bersalin secara pembedahan kerana risiko parut tempat koyakan lama untuk koyak lagi sekali agak tinggi.


So Lynd agree untuk czer walaupun masih menyimpan harapan untuk bersalin normal. Tapi Lynd redha je serah je kat Allah untuk berikan yang terbaik dan memudahkan segala urusan Lynd.


So Lynd diberi tarikh 10 May untuk register di bahagian bersalin Hospital Sungai Buluh. Daftar dalam pukul 11 pagi dan tukar baju hospital. So sepanjang hari Lynd buat CTG, pemeriksaan perut dan darah. Then briefing dengan doctor pakar bersalin pembedahan dan pakar bius.


Lynd diberitahu mengenai prosedur dan risiko bius dan pembedahan.


So selebihnya Lynd hanya tunggu masa untuk dapat wad. Sambil tu sembang-sembang dengan ibu-ibu lain. Ada yang selective czer macam Lynd dan ada yang tunggu bukaan sambil layan contraction. Nanti Lynd citer pengalaman Lynd sepanjang jadi pemerhati kat sana.


Then bila dah dapat wad dalam kol 8 malam, mandi dan rehat. Lynd diminta berpuasa mula pukul 12 malam dan Lynd kes-3 untuk selective czer esok.


Pukul 5 pagi nurse kejut untuk mandi dan tukar baju OT. Then Lynd dipasang drip dan tiub kencing. So proses menunggu pun bermula. Dalam kol 9.30 pagi nurse cakap kes ke-2 dah masuk OT. So i'll be next. Call husband dan minta dia standby kat OT tingkat 3. Tunggu dan tunggu.


Kami sudah diberitahu sehari sebelum tu keutamaan diberi kepada emergency czer. So yang selective czer ni akan dianjak ke belakang. So makcik redha je.


Sampai waktu melawat tengahari pun belum turn. Sambil-sambil tunggu tu sempat layan whatapps customer pun. Heeee..


Dipendekkan cerita, sampailah ke petang. Sudahnya dalam kol 7.30 malam decide tanya nurse. Penerangan diberikan bahawa ada 22 kes emergency czer hari tersebut maka OT penuh aje.


Dorang tanya samada Lynd masih tahan berpuasa tak? Kalau tak boleh buka puasa dan start balik puasa kol 12 malam dan pembedahan esok aje. So Lynd pilih untuk tunggu sebab ini antara lapar dan dahaga je. Orang lain antara hidup dan mati.


Husband tunggu kat kereta bila habis waktu melawat. Sampailah kol 8 malam nurse kata turn saya ditunda ke esok.


Tak putus ayat minta maaf mereka. Mula-mula nurse then doctor pulak yang datang. Ada yang cakap kesian sebab berlapar sepanjang hari. Lynd bukan lah tak kisah tapi it's ok. Apa sangatlah kesusahan yang Lynd tanggung berbanding orang lain. Bukan sakit pun.


Then call husband belikan makanan. Kesian En Husband menunggu sepanjang hari.


Then esoknya kol 7 baru Lynd sedar. Heeee.. Syok tidur. Nurse pun takder kejut. (ke makcik tak sedar? Heeee..)


Dalam kol 8.00 nurse dah suruh standby, bila-bila masa Lynd akan ditolak ke OT. Call husband, dia still kat rumah. Kol 8.30 Lynd ditolak ke OT, memang tak sempat nak jumpa husband sebelum masuk OT.


Yang ni kelakar, sebelum masuk OT, sambil tunggu2 team nak masuk OT. saya rasa nak buang air besar. Dok berkira, nak gi buang dulu ke tak payah. Tapi fikir, kalau tak membuang sekarang, nanti lepas bedah perut berangin camner? Baik gi sekarang masa sihat dari terpaksa bangun masa dah tak larat.


Huuuuu.. panggil nurse yang ada kat situ. Dorang risau sebab takut teran nak beranak. 2-3 kali dorang tanya. Then saya cakap..




"confirm nak buang air besar sebab dah memang time-time gini biasa saya membuang"



Hahahahaha..  Sudahnya Lynd di escord ke toilet tanpa selipar dan baju OT yang terbelah kat belakang. Terima kasih Cik Misi yang escord saya dalam keadaan saya yang rabun ini. Heeeee..


Then dah masuk OT, hanya doa ini yang Lynd baca. Lynd bagitau tubuh Lynd jangan stress, relax dan semuanya mudah.


Alhamdullah.. Dari proses bius tulang belakang sampailah tiba-tiba je Lynd dengar suara tangisan Indah yang pertama, semuanya dipermudahkan.


Indah di letakkan di dada Lynd sekejap dan Lynd rasa ni 1st time dapat tengok baby dengan ada sedikit-sedikit darah dan cecair putih tu. Kiranya freshlah.


Then nurse minta untuk cuci baby. Tak lama lepas tu, Baby Indah dihantar lagi sekali dan disusukan. Wahhhhh.. terus dia nyot..nyot.. Kebesaran Allah.. siapa yang ajar dia menyusu? Huuuu.. itu namanya fitrah.


Sepanjang tu Lynd tak rasa apa pun yang dorang buat kat perut. Suasana agak tenang berbanding kat OT masa bersalinkan Awatif, kecoh dorang bersembang.


Haaaaa.. yang ni pun dorang ada sembang. Pasal seseorang yang asyik main handphone, bila kemas fridge suka buang makanan orang. Heeee.. Tapi yang tu sebelum masuk OT. (Hahahah.. tiba-tiba teringat pulak hari ni sembangan mereka)


Baby Indah keluar dalam pukul 9.15 pagi. Lynd ditolak keluar OT pukul 10 pagi, dapatlah jumpa husband kat depan OT. Katanya dia dah jumpa baby. Heeee..


Indah


Then ditolak ke wad, ditukar baju dan pad. Lepas tu Lynd tidur je. Sampailah Lynd tersedar ada 1 tangan suam usap dahi Lynd.


Mak..


Then Lynd tengok mertua dan adik-adik ipar Lynd pun ada. Husband still kat bawah jaga Kaseh dan Awatif.


Lynd diberi ubat tahan sakit yang jenis picit sendiri tu. Morfin kot. Picit butang tu bila rasa sakit je. Ermmm.. sakit ke? Tak sangatlah.. lebih kepada takut. Nurse cakap guna bila betul-betul sakit je.


Kadang-kadang nurse datang tanya ada sakit tak dan feedback ikut rate.


1-3 sakit sikit-sikit je


4-6 sakit tapi boleh tahan


7-10 sakit sangat


dan tak semua dipasang mesin tu. Lynd tengok orang lain takder pun pasang so drip drg pasang sebelah je lah. Yang Lynd ni 2 belah kena.


Rupanya, yang tak dipasang alat tu dah diberikan morfin masa kat OT lagi. Macam Lynd dorang tak guna so Lynd kawal sendiri perlu ke tak morfin tu.


Baby Indah diletak sebelah Lynd dari petang sampai malam. Dia tidur je. So Lynd espek dia dah diberi FM lah kot. Sekali nurse datang tanya "Awak tak susukan baby awak ke? Nanti hypo" masa nurse check 3.2 kandungan gula. Nurse suruh kejut dan berikan susu. Tapi masalahnya susah nak amik sebab 2 belah tangan drip dan tangan tak sampai nak capai baby cot tu.


So Indah diangkat dan diletak di baby cot dengan bantuan nurse. Tu pun harapkan baby Indah tu memang dia tidur aje. Sampailah nurse check bacaan gula drop ke 2.9 sudahnya nurse letak Indah kat sebelah (Patutnya tak boleeh ibu tidur ngan baby), so Lynd bagi lah menyusu sambil baring.


Sebenarnya Indah tidur je, tak bangun pun. Kol 5 Lynd risau, biar betul budak ni tidur sepanjang malam, kita yang tak lena tidur.


Esoknya dalam kol 8 kot baru wayar dibuka, fuh lega boleh gerak. Bangun tukar pad dan basuh muka semua. Just bag kencing je yang tak buka lagi.


Baby Indah.. tidur jeee.. bacaan gula tak naik-naik masih 2.9 sekali bila nurse cakap " Awak kena susukan baby banyak ni kalau gula tak naik awak tak boleh balik"... Wahhhh.. taknak.. gigihlah maknya ni mengejutkan baby Indah untuk menyusu.


Mama dah rindu dendam dah ni dengan kakak-kakak awak, kita kena balik.


Malam tu baby Indah dah mula aktif, kencing berak nangis dan menyusu. So pagi esok, bacaan naik 3.0, yeayyyyy.. boleh balik..


Ehhhh.. lupa cerita pasal mama. Ok je.. boleh gerak. Kakak-kakak sekeliling yang beri semangat. Tengok dorang ok je jalan. Ada sorang sebelah katil Lynd tak tau lah sabahan atau indonesia dia ajar macamana nak bangun dan dia tolong amik selipar Lynd sebab masa tu dia dah bukak beg kencing, Lynd belum so senang sikit dia nak tunduk-tunduk.


Untuk bersalin secara pembedahan kita kena stay at least 2 malam. Macam Lynd 5 hari 4 malam. 2 malam tanpa baby 2 malam dengan baby.


Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan


Ada yang tanya sakit ke?


Ada bius tak rasa sakitlah. Dah habis bius tu sakit tu ada tapi sebenarnya lebih kepada gerun. Heeee..


Bersalin normal atau secara pembedahan ada kelebihan dan kekurangannya.


Semua ada bahagian masing-masing. Kita just minta semoga dipermudahkan segala urusan.


Indah




Anak syurga mama.. semoga membesar menjadi insan yang


Indah Keimanannya


Indah Tutur katanya


Indah Tingkah lakunya


Indah Akal Fikirannya


Mama sayang anak-anak mama.


Tiada ulasan: