Persiapan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum Cantik Sihat.


Sudah tak lama lagi Ramadhan menjenguk. Semoga kita semua berkesempatan untuk mengambil peluang pesta ibadah ini.



Persiapan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan


Sebagai ibu pasti mestilah banyak perkara yang bermain difikiran.




  • Merebut peluang Pesta Ibadah

  • Persiapan juadah Sahur dan Berbuka

  • Menguruskan rumah tangga seperti biasa

  • Bekerja seperti biasa

  • Maintain supply EBM bagi ibu menyusu.


 

[caption id="attachment_1627" align="aligncenter" width="262"]Mother breast feeding baby Mother breast feeding baby[/caption]

Point last tu memang untuk insan-insan terpilih sahaja. Dan disebabkan tanggungjawab yang banyak itu ibu-ibu sekelian perlu sentiasa bertenaga. Maintain tenaga sampai ke petang dan seterusnya hingga lelapkan mata. Motivasi kena tinggi, keimanan kena tebal tenaga sentiasa ON.


Entry khas untuk Persiapan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan



1. Meningkatkan Sesi Mengepam EBM


Walaupun belum Ramadhan, mulakan dari sekarang tingkatkan sesi mengepam EBM. Kalau sebelum ini setiap 4 jam jadikan setiap 2-3 jam.


Walaupun hasil "kurang", menambah sesi mengepam adalah bukan untuk hasil tetapi untuk meningkatkan rangsangan. Jika kita meningkatkan rangsangan, badan mula mendapat signal bahawa baby memerlukan lebih susu. Lebih banyak signal, badan akan hasilkan lebih banyak susu. Tetapi proses itu mengambil masa bergantung kepada individu itu sendiri.



2. Power Pumping


Power pumping juga bertujuan untuk meningkatkan rangsangan. Bagaimana power pumping?


Ambil masa lebih kurang 2 jam..  Pam selama 10 minit, stop 10 minit, then pam 10 minit, stop lagi 10 minit.


Boleh juga buat pam 10 minit, stop 20 minit.


Sangat penting untuk tidak melihat hasil kerana kita nak kesan rangsangan. Power pumping juga perlu dilakukan dalam keadaan relax. Buat minuman kegemaran, letak sebelah dan pam dalam keadaan relax. Sambil online, tengok tv, membaca atau sambil baca al-quran. Cari masa yang paling relax.



3. Minum air 2-3 Liter sehari.


memtech-668x288


Walaupun berpuasa jangan jadikan alasan untuk kurang minum air. sepanjang malam sampai ke waktu sahur mesti cukupkan pengambilan air. Nak paling senang sukat berapa banyak air yang kita minum. Letak air kosong atau Performance Drink dalam botol air dan pastikan minum setiap kali anda teringat / terpandang botol air tu. Letak target untuk habiskan air dalam botol tu.


performance




4. Lewatkan Waktu Sahur


selamat-sahur-20110816144902-7205


Selain sunnah dan sangat digalakkan dalam Islam, ia juga amat penting untuk membekalkan nutrisi dan tenaga seoptimum mungkin kepada ibu menyusu. Boleh juga amalkan pengambilan Set Triple Gem semasa bersahur. Ia boleh diambil seisi keluarga selain untuk ibu menyusu.



5. Jaga Pemakanan


Amalkan makanan tinggi protein terutama ketika bersahur kerana makanan tinggi protein akan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.


Amalkan amalan berbuka puasa seperti yang disarankan oleh Rasulullah iaitu berbuka dengan buah kurma / manisan. Kerana amalan berbuka sunnah ini akan menjaga sistem penghadaman dalam keadaan baik.


Macam Lynd suka amalkan ESP + Kurma semasa bersahur. Blend kurma bersama ESP dan cukup mengenyangkan. Ia dapat membekalkan tenaga berpanjangn untuk ibu menyusu. Sebagai tambahan Lynd ambil 3 biji Alfalfa semasa bersahur.


Tips ini merupakan Set Cadangan Energy Booster yang Lynd amalkan.


InsyaAllah tips ini dapat membantu ibu-ibu untuk kekal bertenaga sepanjang hari. InsyaAllah perjalanan penyusuan kita akan berjalan lancar walaupun berpuasa.


Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty


Tiada ulasan: