Rutin Berpantang Sendiri

Assalamualaikum Cantik Sihat.


Rutin Berpantang Sendiri


Hari ini hari ke 35 baby Indah.


Hari ke 5 setengah Bonda balik ke kampung aka berpantang sendiri.


Hari pertama persekolahan selepas cuti 2 minggu.


Apa yang saya suka tentang hari ini?


Hari ini merupakan simulasi kepada rutin / kehidupan saya sebagai WAHM.


Cuma yang beza saya masih berpantang.


Berpantang interm of dari pemakanan, buat kerja berat dan merayap. Heeee..


So far alhamdulillah.. Baby Indah such a good girl.


Indah Botak


Dia seakan-akan ada rutin. Bangun pagi dalam pukul 8-9 am, mandikan dalam pukul 10 am, menyusu, urut-urut badan sikit, di bedung then dia akan tido dengan nyenyaknya.


Sesekali dia akan bangun menyusu dan mintak perhatian, then tido balik. Petang bangun dimandikan, susukan, mintak sembang then tido.


Kol 11 malam bangun kejap. Then tido balik. Malam pun bangun menyusu je. Alhamdullillah mudah jaga baby Indah.


Yang agak mencabar nak uruskan budak 2 ketui ni.


kaseh


Bukan susah apa, susah nak urus emosi mak ni hah. Cuti sekolah kerjanya sepah rumah dan bergaduh. Heee..


So macamana Lynd uruskan rutin harian Lynd.



1. Tiada Set Masa Tapi Set Tugasan.


Menguruskan baby ni agak unpredictable sebab mereka bangun bila-bila masa. So jangan set masa pukul 11 nak masak, pukul 10 sidai baju. Tapi just do it bila baby tido.


Macam Lynd bila Indah dah tido Lynd akan mula keluarkan barang-barang nak masak biarpun waktu tu baru pukul 10 pagi pun. Pukul 11 dah siap masak pun takper.


Baju-baju pun jalankan mesin basuh sebelah malam, set timer pun takper janji pagi bila ada masa terus sidai. Then lepas tu dah lapang sikit, nak bersantai sambil celup biskut ke, nak tengok TV ke nak update blog ke dah takder terkejar-kejar.



2. Masak sesimple mungkin untuk ibu dan anak.


Macam Lynd dalam pantang so variasi masakan tu kurang lah. So Lynd just suka masak sup ayam, campakkan sayur sawi / brokoli.


So ibu dan anak boleh makan sekali. Just variasikan sayur dan juga cara masakan. Kadang-kadang masak bening (Sayur air), masak sup (letak bunga lawang dan kayu manis) so anak dan ibu boleh makan.


Jangan pulak pergi masak ayam masak kicap. Anak je makan, mak kena masak benda lain. Tak ke menyusahkan. Ermmm.. mungkin Lynd bertuah sebab anak-anak Lynd tak cerewet makan, lagi-lagi Awatif, asal ada nasi dan sup dah settle.



3. Berehat dan Makan.


Kalau sempat rehat lah dulu kalau tiada tugasan penting. Contoh, dah siap masak dan sidai baju boleh baring kejap dengan baby. Sebabnya kalau kita terkejar-kejar nak update blog (itu saya) atau nak lipat baju ke, nanti bila baby bangun kita tak sempat nak rehat. Sebab baby ni pun ada masa dia minta dodoi lah, minta pangku lah. So ibu-ibu kena handle dengan badan dan emosi yang sihat. So bila ada masa rehat.


Sama juga time makan. Bila ada masa makan dulu. Jangan tahan lapar dan settlekan kerj-kerja dulu kononnya sebab nnt ibu berlapar emosi pun tak stabil untuk handle baby. (Itu saya juga..hahaha)


995031_843252722378059_6769823778945585166_n


Sangat feel WAHM.


So Lynd harap tips ini dapat membantu ibu-ibu untuk manage rutin berpantang sendiri dengan lebih teratur dan aman damai.


11391389_840399359330062_8285714959543679205_n



Ingin Berimpian Seperti Saya bersama Shaklee?


Jom sertai Team Vitalynd Empire untuk saya kongsikan cara menjana pendapatan tambahan secara part time dan full time.


Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :



Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty


1 ulasan:

Nadxoxo berkata...

ajak kakak buat kerja rumah skali :)