Rutin Impian WAHM Power of Visualization

Assalamualaikum Cantik Sihat.

Jom berangan.

Kalau sesiapa yang follow blog Lynd ni mesti tau apa impian terbesar Lynd untuk 2015 ni.

Maka sekarang memang Lynd tengah berusaha untuk melangkah lebih dekat dengan impian Lynd.

Salah 1 nya Lynd guna POWER OF VISUALIZATION.

Power-of-Visualization

Mungkin ramai yang tak faham mengenai power of visualization. Tapi percaya tak ramai jutawan dan orang-orang berjaya seluruh dunia menggunakan kaedah ini untuk mendapat apa yang mereka inginkan.

Robin Sharma, Tony Robins, Bob Proctor dan malahan orang tempatan kita Dr Azizan Osman menekankan kaedah ini.

Ehhh.. tertinggal Mentor Shaklee saya dalam kumpulan Jutawan iaitu PM Cery juga ada menerangkan dan menjadikan kaedah ini sebagai aktiviti rutin dan dimasukkan dalam master checklist kami.

Sebenarnya Lynd bukan nak explain apa itu Power of Visualization. Tapi Lynd nak berangan di entry ini. Kehidupan yang Lynd diidamkan setelah bergelar WAHM nanti.

Macamana nak buat tu Lynd just share apa yang Lynd jumpa kat sini.

mind-power-and-sports-26-728

Bila nak buat tu terpulang. Ada yang cakap sebelum tido paling mustajab.

Secara generalnya, power of visualization ni sebenarnya melatih / membuatkan kita memberitahu otak dan sel-sel badan mengenai apa yang kita nak. Latih setiap hari, gambarkan impian kita. Bila otak dan badan sudah "tahu" impian kita maka mereka akan "bergerak / bertindak" untuk membawa kita ke arah impian yang dikehendaki. Bukan bermaksud kita gambarkan sahaja dan tak perlu berbuat apa-apa. Ia juga merupakan peringatan untuk kita setiap hari. Bila jari ni rasa malas je nak update blog, maka bila tiba masa kita bayangkan impian kita maka kita cuba menyuntik kembali semangat itu.

Tapi harus diingatkan ye, teknik ini juga berkesan terhadap perkara yang negatif. Berhati-hati bila berfikir perkara yang tidak baik kerana kita sedang memberitahu badan kita mengenai perkara tak baik itu maka dikhuatiri akan membawa kita lebih dekat terhadap perkara negatif itu.

Sebab itu kita perlu fikir yang baik-baik, fokus pada apa yang kita nak.

Dan juga, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita lihat, itulah doa.

Maka fikir yang baik-baik aje ye teman-teman.

Ehhhh.. dah panjang pulak citer pasal power of visualization ni.

daydreaming_visualization

Jom ikut Lynd "berangan".

Lynd impikan bangun seawal 4.30 pagi untuk bertahajud, solat hajat, solat taubat, solat witir. Bercinta dengan Allah. Kalau study rutin orang-orang berjaya memang bangun awal even for non-muslim. Because they trust start your day early will make you stronger. Kita yang muslim ni lagi bertuah sebab Allah dah ajar kita dalam al-Quran.

Then baca al-quran sambil dan selepas solat subuh. Pukul 6.30 kejut anak-anak pegi sekolah dan sempat siapkan bekal or simple breakfast untuk mereka.

Hantar anak-anak di sekolah. Buat kerja rumah sikit-sikit. Uruskan bisnes then kol 10 pagi mula solat Dhuha dan baca al-quran.

Lepas tu sambung buat keje online dan mula masak simple2 je. Lepas settle amik anak dan bagi anak lunch dan solat zohor. Boleh mula keluar pos barang dan uruskan hal-hal luar rumah. Masa ni nak berjimba-jimba pun takperlah sebab hal rumah dan bisnes dah settle pagi.

Kalau takder urusan kat luar boleh beraktivit dengan anak-anak sambil lipat baju. Wahhhh.. heaven.

Petang masak simple-simple untuk suami dan malam dikhaskan untuk anak dan suami sahaja. No-no mengadap laptop malam-malam.

creative-visualization

Itu rutin impian Lynd. Itu kekayaan yang Lynd idamkan. Belum masuk lagi rumah, kereta, percutian dan kewangan yang diidamkan.

Itu boleh masuk Vision Board.

Hari-hari Lynd bayangkan rutin tu. Lynd sedang bagi tau sel-sel badan Lynd.

So readers, jom capai impian masing-masing dengan

Tetapkan apa Impian Anda - Apa Impian Anda

Kalau takder impian macamana nak gambarkan impian tu?

Lepas tu bayangkan..

Jom sama-sama mulakan hari ini. Bergerak ke impian kita.

11391389_840399359330062_8285714959543679205_n
Ingin Berimpian Seperti Saya bersama Shaklee?

Jom sertai Team Vitalynd Empire untuk saya kongsikan cara menjana pendapatan tambahan secara part time dan full time.

Untuk Lebih Info, Hubungi Saya :


Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty

1 ulasan:

Impian jadi Kenyataan berkata...

[…] Kejadian itu menyakinkan Lynd pada Power of Visualisation. […]