Tips Menyediakan Stok Susu Ibu Dalam Pantang

Assalamualaikum Cantik Sihat


Sekarang ni dah kira gigih jugak la kumpul stok EBM (Expressed Breast Milk).


Ada beberapa persoalan biasa :




Bila nak pam kalau baby melekat je?


Nanti bila saya pam tiba-tiba baby nak menyusu macamana?


Breast tak bengkak camner nak pam?


Susu keluar sikit je camner nak buat stok?



Ok semasa baby ada sama-sama ada beberapa cara sebenarnya untuk buat stok.


Cara 1 : Sebelah susukan baby, sebelah lagi pam


Cara 2 : Pam aje, susu ibu dalam pantang takkan habis dan takkan pernah kering.


Cara 1 memang agak clearlah, tak perlu explain kot.


Untuk cara 2, mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya semasa berpantang susu ibu terhasil tanpa kawalan. Takder setting. Susu sentiasa dihasilkan. Sebab tu wanita dalam pantang akan bengkak susu / demam bengkak susu kerana badan sentiasa menghasilkan susu tanpa "setting" berapa banyak sebenarnya bayi perlukan susu.


Tapi lama kelamaan, kalau perasan bengkak susu takkan jadi banyak kali. Biasa 2-3 kali sahaja. Tau kenapa? Once breast bengkak, otak akan dapat signal yang bahawasanya ibu tak perlukan susu yang banyak sebab tu susu tak dikeluar dari breast.


So signal kurangkan penghasilan susu dihantar. So susu dah kurang dihasilkan. Itulah fasa-fasa awal simptom "susu kering" terjadi.


Ehhh.. dah melalut sampai susu kering pulak.


Pointnya disini wanita lepas bersalin akan menghasilkan susu sepanjang masa. So jangan risau bila dah pam susu tiba-tiba baby bangun nak menyusu. Jangan risau, susu sentiasa ada untuk bayi anda.


Malah lebih bagus sebab kira kita hantar signal pada otak yang kita perlukan susu lagi dan lagi.


Apa pentingnya signal-signal ni?


Signal inilah yang menentukan berapa banyak susu yang akan kita boleh pam selepas pantang dan bila kembali bekerja.


Menyediakan Stok Susu Ibu Dalam Pantang


So just pam sahaja susu anda semasa berpantang, jangan tunggu "breast penuh / bengkak susu".


Kalau susu keluar sikit je masa pam, macamana nak simpan?




Susu yang di pam dalam tempoh masa 24 jam yang sama boleh di campur


EBM5



Maksudnya, kita simpan 1 botol / plastic liner sebanyak 5 oz (1 sesi bayi menyusu). Tapi bila kita sekali pam hanya dapat 2 oz / 3 oz atau tak sampai pun 5 oz.


Maka apa kita boleh buat, simpan dulu tandakan pukul berapa kita pam.


Then bila dah 2-3 kali pam baru cukup 5 oz,  Susu yang dicampur kena pada suhu yang sama.




Pastikan yang sesi terakhir tu simpan dulu dalam fridge jangan terus campur.


EBM3



Dah cukup 5oz baru letak dalam tempat beku.


EBM2


Jangan Lupa tulis nama dan tarikh di botol / storage bag.




EBM



Tumbangkan storage bag yang disimpan supaya jadi rata. Dah beku baru dirikan dan senang sikit nak susun cantik-cantik dalam fridge.


11072012927-Optimized 11072012928-Optimized



Gambar dari blog lama saya masa bersalinkan Awatif.


Perlu basuh pam susu setiap kali guna?


TAK PAYAH..!!!


Tipsnya adalah masukkan pam (Corong dia je jangan pulak masukkan seketui pam korang dalam fridge) dan botol yang baru diguna dalam bekas bertutup then simpan dalam fridge.  Tiap kali nak guna amik je


Botol / Pam yang disimpan dalam fridge / cooler bag boleh digunakan selama 12 jam.

EBM4



Sama juga ibu yang pam susu di tempat kerja. Tak perlu basuh tiap kali guna. Simpan sekali dalam cooler bag.


20121126_135654


Dulu masa tak tahu cara ni jenuh membasuh tiap kali guna.


Menyediakan Stok Susu Ibu Dalam Pantang


So sebenarnya mudah sangat sebenarnya nak sediakan EBM semasa berpantang ni. Kena rajin study tips and trick. Doakan saya gigih dan bersemangat meneruskan usaha sediakan EBM untuk Indah ye.


Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan: