Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Impian jadi Kenyataan
Rasanya belum terlambat lagi untuk Lynd ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog kecil ini.
Alhamdullillah.. terlalu banyak yang ingin disyukuri.
Terlalu banyak kurnia Dia kepada kita.
Allah Maha Besar.
Lynd tak tahu mana nak mula tapi apa yang Lynd katakan salah 1 impian 2015 Lynd tercapai.
Dengan ini diumumkan bahawasanya Lynd bukan lagi pekerja makan gaji. Lynd sudah bekerja sendiri sepenuhnya. Rasanya belum masa lagi nak bergelar Work At Home Mom. Anak-anak masih ke nursery dan Lynd masih keluar menguruskan hal-hal kerja.
Impian jadi kenyataan. Begitu cepat dan mudah.
Kejadian itu menyakinkan Lynd pada Power of Visualisation.
Allah Maha Besar. Bila kita inginkan sesuatu minta pada Dia dan yakin maka Allah akan tunaikan dengan cara yang tidak disangka-sangka. Dunia ini milik Dia.. Dia yang mengawal segala kejadian dan makhluk di dunia ini maka kenapa kita masih ragu-ragu nak minta pada Dia?
Terima kasih Allah.
Apa lynd nak buat?
Lynd dah brainstorming dengan husband, ada beberapa projek yang kami akan jalankan. Dan semestinya Shaklee masih berjalan seperti biasa malah lebih besar-besaran sebab masa bukan lagi penghalang.
Bisness Shaklee adalah bisnes yang paling mudah dijalankan dan pulangannya lumayan jika kena caranya. Allah.. tak sabar rasanya nak buat segala apa yang Mentor Lynd ajar sebelum ini.
Disamping itu Lynd akan bantu suami untuk uruskan bengkel kereta kami iaitu Redoz Motorsports Auto service
Bengkel kami sudah beroperasi selama hampir 1 tahun. Alhamdulillah bisnes ni membuatkan kami banyak belajar.
Kepada pembaca yang berada di sekitar Puncak Alam boleh jemput ke bengkel kami untuk membaiki dan servise kereta anda dengan perkhidmatan terbaik.
Lokasi Redoz Motorsports